Pages

Ads 468x60px

.

Labels

August 26, 2015

Asam Pedas Muar Terbaik

Assalamualaikum….ALohaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…..

Saya paling seronok bila nak cerita pasal makanan. Antara makanan kegemaran saya ialah asam pedas. Pelbagai jenis dan rasa asam pedas di pelbagai tempat saya dah cuba. Namun, my most favourite asam pedas ialah asam pedas muar telur ikan di gerai no 8 Dataran Tanjung Emas. 

Spesifik okay. Gerai No 8 Dataran Tanjung Emas, Muar Johor. 

Serius sedap! Menjilat jari. Siap bertambah meratah asam pedas dan telur ikannya. Kuah yang pekat, masam, masin, pedas semuanya seimbang. Lagi-lagi kalau dimakan masa panas-panas. ~~~oiii..kecur liur dibuatnya…








Craving Great Food,
aurikel
 
 

Sarapan Mee Tauhu di Kedai Kopi Mee Tauhu Tawau

Assalamualaikum...

Breakfast like a KING!! Jom cuba bersarapan dengan menu yang terkenal di sekitar Tawau iaitu mee tauhu.
Mee tauhu terdiri daripada sepiring mee goreng kosong dihidangkan bersama tofu / tauhu dimasak tauchu dan juga sambal belacan. 

Sedap ke tak??? Hehehe boleh lah masuk tekak...Dengan syarat mee goreng kosong tue korang kena siram dengan kuah tauhu. Sebelum itu, pastikan korang campur dan gaul sebati sambal belacan ke dalam kuah tauhu. Bila dah sebati, siramlah kuah tauhu ke atas mee goreng, gaul-gaulkan supaya mee jadi agak basah-basah. Sekarang, mee tauhu sedia dimakan.




 

LOCATION:
Leeka Light Industrial Estate,
Jalan Taman Perindustrian Leeka, Off Jalan Apas,
91000 Tawau, Sabah


With love from Borneo ,

aurikel

August 25, 2015

LA Hotel, Tawau Sabah


Assalamualaikum... Berdebu-debus dah blog ni kena tinggal..huhuhu Lama sungguh tak menulis di blog sendiri.

Kali ni aku nak kongsi pengalaman mengendalikan projek di Tawau. Orang di Tawau nie sopan-sopan belaka. Kalau muslim, memang mereka suka beri salam. 10 kali masuk meeting room, 10 kali lah mereka bagi salam pada aku.  Bagus kan…??

Hotel yang menjadi lubuk persinggahan aku kalau setiap kali ke Tawau ialah LA Hotel. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman di situ, aku buat sedikit catatan ringkas yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang bercadang untuk menginap di hotel ini ketika berada di Tawau.  

Room Cleanliness: 4.5/5
Bed & pillow: 5/5 - memang comfort bah..
Space: 5/5 -spacious walaupun standard room
Toilet cleanliness: 4/5
Toiletries: 5/5 - complete from toothbrush, comb, shaver, shower cap, soap, syampoo
Shower rain : 5/5 - terbaik.. air deras macam air terjun
Hair dryer : 4/5 - functioning well
Tv: 4/5 - clear walaupun basic chanel je ada
Aircond : 4/5 - functioning well & silent
Kettle & mug : 4/5 available
Arah kiblat : 5/5 available
Location: 4/5 - center of town, decent, nearby ada 3 kedai makan.. also nearby shops lot, bank, fast food etc (within 1km)
staff: 4/5 - friendly, helpful, fast check in check out process
Buffet breakfast : 3/5 - fair, can improve the menu spreads
View : 4/5 - great view on roof top & higher level room
Internet: 3.5/5 - wifi available & stable 

Recommended? - yes

                                                                             Queen bed
                                                                        room view
                                                                       Toiletries

                                                                          View from 1st floor
 


With love from Borneo ,
aurikel

Related Posts with Thumbnails