Pages

Ads 468x60px

.

Labels

October 29, 2016

Keria Antarabangsa Hj Jalil

Salam a’laik..Alohaaaa!!!
Siapa dah pernah makan kuih Keria Antarabangsa Hj Abdul Jalil yang terkenal di kawasan Limbongan, Melaka??
SAYA!!!!

Kerja di Pusat Bandar Melaka tamat lebih awal dari jangkaan.Yahuuu!! Maka, peluang ini aku ambil untuk singgah di gerai yang sangat terkenal dengan kuih keria antarabangsa. Berkali-kali baca ulasan blogger tentang keenakan kuih ini. Mesti lah aku pun tak nak ketinggalan  merasa kuih yang dikatakan sedap ni kan..kan…

Masa aku sampai memang dah nampak barisan pelanggan yang agak panjang. Tapi sebab nak merasa kuih yang famous ni, maka ku gagahkan diri jugak beratur. Nasib kejap je dah boleh dapat kuih yang diidamkan. 

Berdasarkan pemerhatian, memang kuih ni laku keras (hard selling). Siap je angkut dari dapur letak dalam bekas, laju je pekerja gerai ni masukkan ke dalam paper bag berdasarkan permintaan pelanggan. Rata-rata pelanggan akan beli lebih kurang RM5-RM10. Almaklumlah..harga kuih pun sebiji 50 sen.

Makan panas2 – MEMANG SEDAP!! Ranggup di luar lembut di dalam. Uniknya kuih keria antarabangsa Haji Jalil ini berbanding kuih keria yang lain ialah kuih keria ni berkilat & disira dengan gula melaka dan bukannya gula biasa.

For my fellow omputeh friends, this snack is a sugar crusted sweet potato donut. But the sugar crust, daunting as it looks, isn’t saccharinely flat-out sweet but it is more of a toffee, burnt caramel sweetness

Komen secara keseluruhan:
#Sedap dimakan panas-panas (baru masak). Dah sejuk – kureng sikit.
#Tahap kemanisan – memang agak manis beb! Tak boleh makan banyak2 yer..
#Harga: 50 seketul
#Hari Jumaat kedai tutup
#Sampingan- ada jugak kuih lain & laksa dijual kat situ. Recommended ke tak?? Hahahah aku recommend kuih keria sahaja, yang lain tanggungjawab sendiri. No comment!

Lokasi/Alamat: 3123C, Jalan Limbongan, 75250 Melaka, Malaysia
Landmark: Tepi jalan sebelah Masjid Limbongan (Sebelah kanan jalan jika dari Melaka, sebelum sampai Klebang Coconut shake)
Waktu operasi: 1.00pm sampai habis (Close on Fridays)
Guideline: Waze / Google Map for “”Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil )”







Lokasi/Alamat: 3123C, Jalan Limbongan, 75250 Melaka, Malaysia
Landmark: Tepi jalan sebelah Masjid Limbongan (Sebelah kanan jalan jika dari Melaka, sebelum sampai Klebang Coconut shake)
Waktu operasi: 1.00pm sampai habis (Close on Fridays)
Guideline: Waze / Google Map for “”Kuih Keria Antarabangsa Hj Jalil )”

Love, 
aurikel
Pantai Klebang


Mandurah Hotel, Beserah Pahang


 Salam a’laik..Alohaaaa!!!
 Ulasan kali ini adalah tentang Hotel Mandurah yang terletak di Jalan Beserah, Kuantan, Pahang, Malaysia.

In summary, this hotel is :
1)                Modern
2)                Simple design
3)                Well maintained
4)                Clean & tidy
5)                Comfy bed and pillow
6)                Adequate toiletries & room facilities
7)                In house spa
8)                Fast & easy check in & check out
9)                Breakfast available but to be improved (my booking was not inclusive of breakfast, so have to pay extra)
10)            Decent location (beach side, opposite road you can found convenient store, SHELL petrol station)
11)            20-30 minutes to Gebeng Industrial area
12)            20-30 minutes to Kuantan
13)            No concierge
14)            Swimming pool shared with chalet next to this hotel but not well maintained
15)            Chalet next to this hotel also looks not well maintained











Alamat: Pantai Beserah, Jalan Kuantan-Kemaman, 26100 Kuantan, Pahang, Malaysia
Phone : 609-544 5566



Love, 
aurikel
Gebeng, Pahang


Related Posts with Thumbnails