Pages

Ads 468x60px

.

Labels

March 31, 2009

Zikir & Amalan Surah Waqiah untuk Wajah Berseri

1. Untuk sentiasa kelihatan cantik menawan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x

Amalkan membaca zikir ini dan tiup ke tapak tangan dan kemudiannya sapu ke muka kita setiap hari.

2. Amalkan membaca ayat2 seperti berikut ;

  • Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
  • Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.

*Kaedah ini adalah untuk rawatan dalaman supaya kelihatan cantik muda dan bertenaga luaran dan dalaman.

3. Bacalah surah al-Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur, nescara kita akan sentiasa murah rezeki dan mendapat ketenangan jiwa.

Sedikit tambahan info ;
Kepada yang selalu sakit kepala atau migrain tu, amalkan membaca ayat 19 dari surah al-Waqiah. Moga-moga boleh menghilangkan / meredakan sakit kepala yang dialami.

p/s: zikir & doa tue usaha tapi yg paling penting ialah menjaga solat..wallahua'lam

kredit to pakarhowto.com



March 30, 2009

Jangan minta yg bukan2 dalam kereta...

meh layan citer nie...

suami tengah memandu.

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....

si suami diam dan terus memandu kereta ...bertambah laju....(70km)

isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi.. dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak....!!

si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...

Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...

si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju.....(80km)

isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....

si suami masih diam ..tambah kelajuan (100 km)

isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita

si suami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco.......

isteri : awak ada ingin minta apa2??

suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...

isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??

si suami menjawab sebelum beliau melanggar dinding konkrit jaya jusco...

suami : saya ada air bag.....awak tak ada..



moral value:jangan mintak yg bukan2 dlm kereta...


March 29, 2009

Rentetan kes hampir murtad kerana jiran

Sambungan dari post berjudul 'Tukar agama kerana perangai jiran'.......

MUIP adakan perjumpaan dengan penduduk

KUANTAN 25 Mac – Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) akan mengadakan perjumpaan bersama penduduk bagi menyelesaikan isu sebuah keluarga yang hampir murtad kerana tekanan hidup di perkampungan PPRT Berkelompok, Jaya Gading di sini esok.

Perjumpaan itu yang bakal dihadiri sama oleh keluarga terbabit akan berlangsung di sebuah surau di perkampungan tersebut selepas solat Maghrib.

Ia diadakan berikutan dakwaan penduduk bahawa pasangan suami isteri itu berbohong dan membuat dakwaan palsu ke atas mereka.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP, Nik Ibrahim Nik Abdullah berkata, perjumpaan itu bertujuan menyiasat apa sebenarnya yang berlaku sehingga mendorong keluarga 11 beranak itu ingin keluar Islam.

“Dakwaan keluarga itu kononnya menerima tekanan hidup akibat disisihkan jiran dan ketiadaan bekalan air juga meragukan.

“Tambahan pula, penduduk di kawasan terbabit mendakwa keluarga berkenaan yang sering melakukan masalah sehingga lima laporan polis dibuat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kejayaan MUIP menyelamatkan pasangan suami isteri dan sembilan anaknya daripada murtad akibat tidak tahan hidup disisih jiran.

Pasangan yang berasal dari Terengganu itu mendakwa, mereka mengambil tindakan itu kerana tidak tahan dengan tekanan hidup akibat dicemuh oleh jiran-jiran yang didakwa turut memotong saluran paip air ke rumah mereka.

Pasangan itu berjaya diselamatkan oleh MUIP ketika dikatakan hendak melaksanakan hasrat mereka tersebut.

Bagaimanapun, dakwaan mereka dinafikan sekeras-kerasnya oleh penduduk kampung berkenaan dengan mendakwa suami isteri itu dan anak-anaknya yang sering menimbulkan masalah kepada masyarakat setempat.


kataku: kisah yg menarik..macam2 ragam manusia.. adakah manusia sanggup berbohong dgn memperjudikan agama demi menarik perhatian & simpati masyarakat???

March 28, 2009

Perhimpunan Agung UMNO 2009: Drama apakah ini??

Pemilihan perwakilan UMNO baru berlangsung beberapa hari lepas, tapi hasilnya sedikit aneh pada kaca mataku....

*gambar hiasan

Thursday March 26, 2009

Khairy, Shahrizat and Rosnah win in party polls

Stories by SA’ODAH ELIAS, SHAHANAAZ HABIB, MAZWIN NIK ANIS, JANE RITIKOS, ZULKIFLI ABD RAHMAN, MUGUNTAN VANAR, SYED AZHAR, SIRA HABIBU, SIM LEOI LEOI, DHARMENDER SINGH, IAN MCINTYRE, NELSON BENJAMIN, MARTIN CARVALHO, FLORENCE A. SAMY, RO

THE STAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil unseated Tan Sri Rafidah Aziz easily while Rembau MP Khairy Jamaluddin won the Youth chief’s post, defeating two other strongmen.

The supporters of the two new wing leaders broke into loud cheers when the results were announced last night.

Shahrizat got 507 votes compared to Rafidah’s 280.

Khairy obtained 304 votes while former Selangor mentri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo got 254 and Jerlun MP Datuk Mukhriz Mahathir trailed behind with 232.

The Wanita wing announced the results just before 9pm while the Youth wing announced its results just after 11.30pm.

The new Puteri chief is Papar MP Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid, who beat five other candidates, while her deputy is Shahanim Mohd Yusof.

Party insiders say the results showed that delegates also voted in those aligned to the new chiefs.


Kataku: aduhh..bercandakah mereka nie? Lawak apa pulak kali nie..? Bukan ke baru2 nie KJ didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana mengamalkan politik wang. ..Dahla isu tersebut menimbulkan kontroversi & tanda tanya. Hukuman pesalah rasuah berbeza2 pulak tue, ada yg hanya diberi amaran & ada pulak yg tak dibenarkan bertanding. sangat aneh mereka nie..kalau dah rasuah tetap salah & tetap dosa..kenapa pulak ada yg diberi amaran tapi ada pulak yg digantung etc. iskh2..macam la rasuah nie ada rasuah kategori besar ada rasuah kategori kecik. Percaya sungguh meraka2 nie pada En. KJ walaupun beliau telah diketahui terlibat dgn politik wang..aneh bukan??


p/s: ada sesiapa tau apa hebat sangat En. KJ nie sampai boleh dapat banyak undi???



March 26, 2009

Jahil ke B****?? makhluk aneh bernama manusia

Aneh la mereka nie.. rasanya melayu..muslim lagi..

Kata si lelaki:

"Terus terang, saya akui memang kami bercinta dan kami memang dalam perancangan mendirikan rumah tangga. InsyaAllah, kami akan berkahwin pada Jun nanti, tapi tahunnya belum tahu lagi. Kami memilih bulan Jun kerana bagus untuk mereka yang berbintang Gemini.Kami tahu dan kami baca sendiri cerita itu di akhbar.

Saya ingin membuat pembetulan di sini bahawa kami sebenarnya bukan bercium atau berpeluk. Apa yang kami buat sebenarnya adalah berbisik. Mungkin perbuatan itu menyebabkan ramai yang menyangka yang kami sebenarnya bercium. Kami berbisik pun ada sebab iaitu pada masa kejadian itu, saya terdengar ada orang yang bercerita hal yang kurang baik mengenai diri kami. Terlanjur individu itu sudah mengata kami, jadi saya sengaja mendekatkan diri di wajah O***n sambil menjerit perkataan I Love You di khalayak ramai.

Kira kami berlakon, buat begitu sebab nak bagi individu itu lagi panas dengan kami.Saya hairanlah, mengapa apabila kami berbuat begitu, orang pandang serong, tapi bila artis lain buat perkara sama, tidak ada siapa yang pertikaikan.

Kami cuma laga pipi, dan perkara ini juga dilakukan artis lain apabila mereka berjumpa. Lagi pun, adalah lebih baik apabila kami, yang memang mengaku bercinta buat begitu, daripada mereka yang tidak mengaku bercinta, tetapi buat perkara yang serupa. Mengenai isu peluk itu, ingin saya jelaskan walaupun kami berpeluk tapi tidak sampai melekapkan dada masing-masing. O***n hanya bergantung di leher saya dan saya sifatkan pelukan itu sebagai pelukan memberi semangat.."


Kataku: :
1st paragraph: Pilih bulan Jun sebab berbintang Gemini??What the neraka...!Percaya pulak tue tilikan nasib ikut bintang nie..tak tau ke haram??kenapa tah aku berasa macam ada larva gunung berapi sdg membuak2..

2nd: kau ingat orang lain buta?? Orang lain tak tahu bezakan berbisik dgn berpeluk?? makhluk planet mana agaknya lelaki nie ye??macam tue rupanya makhluk planet die berbisik...

3rd: Gila lah..dah buat perbuatan ANEH mcm tue boleh pulak pertikaikan kenapa orang pandang serong?? memang makhluk planet lain la dia nie..

4th: Hahahaha satu lagi lawak jahiliyah.. Patut aku panggil JAHIL or B***H orang macam nie? Dah terang lagi bersuluh buat perangai ANEH depan khalayak ramai..Perlukah aku definisi kan peluk itu bagaimana??

p/s: Korang kata apa??


March 24, 2009

Tukar agama kerana perangai jiran??

Hampir tukar agama kerana jiran


ZAKARIA memeluk erat Nik Ibrahim (tengah) setelah diberi kesedaran mengenai niatnya untuk bertukar agama sambil diperhatikan Pengurus Pusat Kutipan Zakat Kuantan, Halidan Md. Daud di Kuantan semalam.


KUANTAN - Sebuah keluarga miskin di sini hampir nekad menukar agama kerana mendakwa tertekan dengan kerenah jiran dan dibelenggu masalah bekalan air.

Tindakan mereka itu bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) yang bergegas menemui keluarga berkenaan semalam sebaik sahaja mengetahui mengenai berita tersebut.

Terdahulu pasangan terlibat, Zakaria Deraman, 42, dan isterinya, Nurhamiza Mat Jusoh, 32, bersama sembilan anak mereka berusia antara enam hingga 14 tahun dikatakan bercadang menemui seorang paderi di sebuah gereja untuk mendapatkan pandangan.

Menceritakan bagaimana mereka boleh bertindak demikian, Nurhamiza mendakwa, segalanya bermula apabila dia sekeluarga tidak tahan menerima tekanan ketika menetap di rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sejak dua tahun lalu.

"Kehadiran kami sekeluarga di sini tidak disenangi oleh jiran-jiran dan kami dilayan seperti pendatang. Petang kelmarin, rumah kami dibaling dengan objek keras sehingga cermin tingkap pecah menyebabkan kami hidup dalam ketakutan," ceritanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambah Nurhamiza, bekalan air di rumahnya yang hanya diperoleh dari surau berdekatan juga telah diputuskan oleh pihak tertentu.

Dia mendakwa, anak-anaknya turut ketakutan setiap kali ke surau untuk membuka paip air kerana sering diganggu setiap kali melintasi rumah jiran.

Ditanya kenapa beliau tidak memohon bekalan air terus ke rumah mereka suaminya, Zakaria memberitahu, dia telah beberapa kali meminta kemudahan itu melalui penghulu kampung tetapi sehingga sekarang tidak menerima jawapan.

Dalam pada itu, walaupun terpaksa kais pagi makan pagi sebagai pencari besi buruk, Zakaria mengakui dia masih mampu menyara keluarga dan menyekolahkan empat anaknya.

Pasangan berasal dari Terengganu itu juga mengakui ada menerima bantuan daripada kerajaan termasuk rumah PPRT yang dihuni selepas beberapa tahun tinggal di pondok usang berhampiran sebuah lombong berdekatan.


p/s: Aku paham orang2 islam kat malaysia nie sibuk buat kutipan berjuta-juta untuk bantu umat islam di Gaza & di negara2 lain..kalau benar prihatin, kenapa kes begini terjadi?Aku percaya ini bukan kes pertama & bukan juga satu-satunya kes orang islam nak tukar agama kerana desakan hidup..

p/s II: apa komen korang??

March 23, 2009

Finally..






Alhamdulillah..
Last saturday night,
everything went well as planned..
all hard works are over now..
But it worth more than we expect



p/s: penat membuat persiapan masih bersisa, sebab tue post kali nie pendek jer..wait for the details on next post, okeh??

March 18, 2009

usaha pembuka pintu rezeki..

Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3. Ayat ini terkenal sebagai salah satu doa agar dimurahkan rezeki..



"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

Amalkanlah setiap hari di dalam doa selepas solat..amin..


*kredit to najjahreeyahafiz.blogspot.com yg mengingatkan saya tentang kelebihan ayat ini..
Sebarkanlah ilmu walaupun sekadar satu huruf..



March 17, 2009

You're invited.....

Please to invite Mr/Ms/Dato'/Datin/Tan Sri/YB________________________ to our 5th annual dinner, Sanggar Sanjung V.

Date:21st March 2009
Venue: Dewan Sultan Iskandar, UTM
Time: 8pm
RM10/person
Theme: Elegant & Glamorous

Special Performance:
Korean Dance
Live Indie band

Viola & Piano performance

New Talented Singers

Special Award:
The Most Elegant Bachelor
Miss Glamorous

20 lucky draw with 3 great grand prizes await you..


p/s: nak join???leave me a message k. Hurry up! seat is limited!!


Powered by:
HEP UTM
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd
Garden Cafe
Minimart KTGB


March 16, 2009

KTGB Bowling Tournament

Pelangi Leisure Mall...we arrived too early..the place still closed


the only girls team..fight....oooohhh!!
indonesian-sudanese-malaysian

indonesian pair


malaysia vs sudan??? or MARS vs NOUF???
..relax..jgn gaduh2 yerr..games belum bermula



diorang nie posing jer lebih...main pun belum lagi..huahuahua

OOpss!!soorry..the prizes are not yours..PUT THEM BACK! ggrrr..


READY??!!
one pair is missing...who??? btw,the shoes are colorful..

colourful ball....nouf & elaf as first timer claimed that the lightest ball is still very heavy..
but to be surprised, elaf played very well..she even got strike!!woow!!

KTGBian filled more than half of the lanes..chaiyok!!


Beberapa aksi menarik yg sempat dirakam...

The tournament ended around 1230pm..


while waiting for the bus to return to KTGB..
iskh3x..tak senonoh betul diorang nie..mcm refugee pun ada huhuhu

The winner is PF team (lelaki) & the best player with the highest dropped pin was Razi.. yahuu...
hamper prize yg dimenangi oleh team PF telah disedekahkan kpd semua peserta yg terlibat untuk dimakan beramai2 .. amboi.. baiknya PF2 yer kasi budak2 nie makan hadiah hamper tue..

Matlamat tercapai..program terlaksana dengan jayanya...
Mode: SUCCESSFUL



March 9, 2009

Paksaan kali kedua..

Ini kali kedua dipaksa menjawab tag oleh afieda..amboi2 cik afieda..suka yerr suruh saye menjawab tag anda..nak korek rahsia la tuee...

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Benda?? hmm...barang2 kepunyaanku yg dibeli dgn titik peluh sendiri

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
Perfume Morrocan Rose from The Body Shop

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu??
Di rumah kediaman keluarga.... kat dewan sivik ke..kt hotel pun boleh...

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
Hubungan??? Dengan siapa??maaf..soalan ini tidak lengkap...

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
yes..i'm in love with the dj ~~~~~~~~~

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam??
Kafe KDSE..nama restoran xingat

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Quran saintifik : Meneroka kecemerlangan quran daripada teropong sains

8. Apakah nama penuh kamu??
a.z.i.r a.i.r.u.s... baca secara reverse osmosis yerr kawan2..(tiru fieda nie)

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
Ofcoz dengan mak la...

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??

my brothers & sisters....waahhh...coming soon punyer story nie...

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
charlie rovers crew, nanie, ladylike & sahabat2 rapatku lahhh...yg lain2 malas nk tulis..hehe

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
definitely

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
Merantau ke negara orang....ai suka jalan2 tau..

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
fieda
-Suka paksa ai buat tag tau...
-my classmates masa kat SKTM & SMKS18

-live in Puchong

-pakai keta myVi hitam

-ada 4 org adik beradik



15. 8 perkara yang amat saya gilai??
- korean drama (latest: boys after flower @ hana yori dango korean version)
-
japanese drama (ada bnyk koleksi baru belum sempat tengok)
-
english drama series
- anime (latest watched: lovely complex...)
- jalan2 or traveling (tapi jarang dapat buat..)
- window shopping + shopping
- tgk wayang+popcorn+ice lemon tea
- shoes+handbag+perfume

16. Pelukan atau ciuman??
nak dua-dua xoxoxoxoxoxoxo

17. 8 perkataan yang sering diucapkan? (kalau marah kat sapa2 ahh)-
kalau marah selalunya sound terus..kalau marah tahap gaban diam + muncung jela..kumpul lava dulu pastue baru meletup!!hahaha sometimes, kuar jugakla perkataan2 di bawah nie:

-blah la..
-bengong...
-menyampahhhh!!!
-malas nak layan..
-Hello!!!!!!
-suka hati lahh...
-biol betul la...


18. 8 buah buku yang paling baru di baca??
- TUNAS by hlovate
- PhD thesis : neural network & genetic algorithm for modeling of tapioca starch hydrolysis process
-Bachelor thesis: Effect of normalization & training algorithm on radial basis function (RBF) performance
- Using Matlab Graphic
- the rest is journals......


19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
-Destiny
-Dan sebenarnya-yuna
-i'm yours- jason mraz
-one in a million
-soledad
-Tercipta untukku
-Terima kasih cinta
-when you believe

ha...diharapkan cik fieda berpuas hati dgn jwpn saye nie..honesty is the best policy.. uhuk2

Selamat Hari Wanita

..8 Mac...
Selamat Hari Wanita buat mak tersayang, wancu, wah, wande,opah, nanie, santz, nursia, kak mars, sahabat2 wanita ku(xmuat nak tulis semua nama), my sisters...kenalan2 wanita ku..sepupu sepapat perempuan ku..kesimpulannya kepada semua wanita lahhh..
LOL semoga kita semua menjadi wanita yg hebat..bukan hebat untuk menandingi lelaki tetapi hebat dalam erti kata berjaya menjadi anak perempuan yg taat, muslimah yg solehah, isteri yg diredhai suami, ibu yg disanjungi anak2, pekerja yg disenangi majikan, bos yg dihormati pekerja2, sahabat yg disayangi dunia akhirat serta berjaya dlm kareer & setiap tanggungjawab yg diberikan...aminnnn...

Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi,. kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan . Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.

Secara dasarnya merayakan hari wanita ini mengetengahkan dua perkara;

1. Untuk mengecapi keamanan, keselamatan, kemajuan tamadun, memartabatkan hak asasi manusia dan asas-asas kebebasan, kita memerlukan penglibatan yang aktif dari kaum wanita. Oleh itu kaum wanita perlu di beri layanan yang adil dan saksama kerana kemajuan wanita melambangkan kemajuan sesuatu bangsa.

2. Untuk memperakui dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam mengukuhkan keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat.

"Bagi wanita di seluruh dunia, makna nya lebih luas dan simbolik. Ini lah harinya mereka melihat dan merenung kembali, sejauh manakah perjuangan mereka dalam mengendalikan keadilan, keamanan, keselamatan dan kemajuan. Di hari ini jugalah kita berkumpul dan berjumpa untuk bersatu, membina rangkaian 'networking', bergerak untuk satu agenda perubahan yang bermakna dan memberi faedah.

Beberapa dekad yang berlalu menunjukkan kemajuan wanita dalam pelbagai bidang kehidupan. Wanita mula menonjol dalam pelajaran dan pendidikan, mereka mendapat hak penjagaan kesihatan yang memuaskan, penglibatan dalam tenaga buruh telah berganda, beberapa peraturan dan legislature yang menjamin hak dan peluang peningkatan kerjaya serta saraan hidup yang lebih baik telah di luluskan, hak hak asasi manusia terhadap wanita telah di ketengahkan malah beberapa negara di dunia telah melantik wanita dalam membuat keputusan 'policy makers' dalam sistem pemerintahan. Namun bilangan penglibatan wanita masih belum di tahap yang membanggakan

Walaupun begitu, isu isu wanita masih banyak yang perlu di ketengahkan dan di perjuangkan. Wanita adalah mahkluk yang termiskin di dunia, 1.3 billion orang miskin adalah wanita. Di Asia dan Afrika 75% wanita yang berumur 25 tahun keatas adalah buta huruf. Di sana sini wanita sentiasa menjadi mangsa perceraian, mangsa rogol, deraan dan keganasan rumahtangga yang menyebabkan kecacatan malah kematian.

Kesengsaran mental dan fizikal wanita Bosnia yang hidup ibarat menggalas biawak hidup kerana mengandungkan anak-anak hasil rogolan tentera Serbia perlu di tafakuri. Terkini wanita di Chechen telah menjadi mangsa buas nafsu ganas tentera Rusia yang merogol dan kemudian membunuh wanita tersebut. Walhal wanita itu perlu perlindungan, keselamatan, keamananan dan ini mencabul hak ahak asasi mereka untuk hidup bebas dari dizalimi. Wanita memerlukan satu kehidupan yang harmonis aman damai dan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Hanya wanita yang boleh mengetengahkan isu wanita dengan lebih berkesan. Oleh itu kita melihat betapa pentingnya wanita bermuafakat dan bekerjasama dan melibatkan diri dalam bidang politik dan ekonomi. Oleh itu hari wanita ini sememangnya perlu dijadikan hari untuk kita merenung kembali dan meneliti kemajuan-kemajuan yang telah dibuat, menggerakkan agenda wanita untuk perubahan, memperbaharui keinginan, keazaman, kemahuan dan semangat ingin maju untuk masa depan yang gemilang dari wanita biasa menjadi wanita pencipta sejarah dan memimpin masyarakat.

Untuk mengungguli isu wanita, pemimpin wanita perlu dilengkapi dan dibekali dengan keyakinan yang teguh dan ilmu yang kontemporari. Kerana hanya dengan keyakinan yang teguh dan mantap yang yakin dan semngat yang bernyala sahajalah boleh menjadi bahanapi dalam perjuangan menuntut keadilan, keamanan, keselamatan dan kesejahteraan.

Kita perlu percaya bahwa wanita mampu melakukan apa yang mereka lakukan, wanita pula perlu keyakinan spiritual dalam diri mereka dan keyakinan itulah yang memberikan inspirasi kepadanya untuk bekerja dan berjuang."

Dipetik dari,
Dari Wanita kepada Wanita
Fuziah Salleh


March 8, 2009

MASA '09: special performance by..


Malasla pulak nak tunggu lama2 jawapan untuk soalan teka-teki siapakah artis yg membuat persembahan istimewa sempena MASA '09 tue..ada yg bg jwpn thru YM n email, eleh..segan la tue kalau letak jwpn dekat ruang komen tp jwpn xbtul..huhuhu

Lagipun, since nursia a.k.a ladylike dah bagitau jwpn die kat bhgn komen tue..nak tak nak kena la mengaku jwpn tue betul.. yaa the special guest for that night is NUBHAN....(die nie my kazen ~~ fatin favourite singer tau..apa yg best sgt??ha..yg nie yg me xtau yerr, tue kena tanya fatin..fatin ckp dia hensem??ohhh tidak...muka cam blurr je mlm tue)


Malam tue Nubhan telah memulakan persembahannya dengan lagu yg me suka...lagu Letto yg bertajuk Permintaan hati...apa lagi...Nubhan start je menyanyi maka berduyun-duyun la gadis KTF berlari kehadapan stage..
ramai sangat yg datang depan stage, ada yg ambil gambar, bagi bunga & dtg bersalam..what???!! bersalam..??hmm..nubhan punya pasal, sampai over limit yerr..luupa la tue..mane boleh salam lelaki dgn perempuan bukan muhrim...!! nak kena ketuk tangan diorang2 nie agaknya...


Persembahan kedua & terakhir Nubhan adallah lagu yg telah menaikkan populariti dirinya iaitu ' Ada untukmu'... bagi memeriahkan lagi suasana, Nubhan telah menjemput beberapa orang gadis volunteer untuk berlakon sebagai model2 dlm nyanyiannya...

Ha..apa lagi..berebut2 la gadis pada malam tersebut untuk beraksi secara live di pentas DSI bersama Nubhan..how about me?? me duduk kat meja VIP bersama pengerusi/ wakil dari kolej2 lain..tengok jela gelagat adik-adik tue...lagipun Nubhan jer kat atas tue.. belum cukup nak buat me cairr la...LOL



MASA '09..special performance

This post is related to my entry entitled 'when girls when for shopping'.

We (kak mars & I) went for Malam Anugerah Srikandi KTF@ MASA 2009 on last weekend. This annual dinner of KTF was held at Dewan Sultan Ismail, DSI..


hmmm..FYI, KTGB will be organizing their annual dinner too...Sanggar Sanjung is coming soon..
now, everybody is busy preparing for our college biggest event...Goodluck to all JKM, pengetua, fellow & PF and also to all Sanggar sanjung committee.. chaiyok!!chaiyok!!

Lets back to our main topic. MASA '09..can you guess what is their special performance that night?? They invited a singer which i can say makes all the girls screamed & melted that night (hahaha.. over nya ayat nie..melting ke bdk2 KTF tue??haha lebih kurang la...kalau tak, takkan la bahagian depan stage tue penuh dgn diorang sampai kami2 yg duduk meja VIP pun dah tak nampak sangat apa yg berlaku on stage.LOL
)

Let me give you all some clues:
1.They invite a male singer
2. He is ex-AF (AF ke berapa??ha..yg nie yg me tak tau sbb me nie bkn stok masyarakat malaysia yg layan AF..tapi rasanya macam junior mawi je..)

3. Muka dia nie mcm blurr2 jerr.. huahuahua (tuan punya diri jgn amek hati yee)

4. He is one of the top 5 finalist & he won the 3rd place..(my kazen told me this, kalau salah xtau la huhuhu)

5. kalau baca dlm magazine ada orang kata suara dia nie unik sikit..yeke?? boleh la kot kalau berdasarkan performance dia pd malam MASA '09 tue..so, ada company dh amek dia jd recording artis

6. He can speak mandarin...(waa..no wonder i saw some chinese girls became so excited when they see him on stage that night..
7. chinese look??hahaha ada la sikit2 kot muka dia tue..


So, why don't you guys tell me...who do you think the special artist performed that night???

March 5, 2009

Naive or Stupid??


As usual, pagi2 aku dh baca news online..tapi pagi nie ada satu artikel di The Star online yg buat aku rasa nak gelak..pelik aku dengan orang mcm nie..sudah terang lagi bersuluh yg dia ditawarkan kerja sebagai gigolo & dia pun menerima..now, dia buat aduan lak...

so, adakah dia menjangkakan tugas sebagai gigolo tue macam kerja seorang engineer, macam CEO, macam pembaca berita, macam janitor?ataupun adakah dia menyangka tugas gigolo adalah seperti waiter di restaurant??? ataupun sebenarnya dia tak tahu gigolo tue apa??mungkin kah perkataan gigolo pun tak pernah dengar?atau pun dia ingat gigolo adalah model yg menjadi duta pakaian POLO?? yg nie yg kita tak tahu...


Mungkin salah satu tugas gigolo adalah berposing naked utk majalah PLAYGIRL or PLAYWOMAN (ala2 magazine PLAYBOY...) huhuhu.. so, apalah yg nak dihairankan kalau si mangsa nie (David-bukan nama sebenar) diminta buat photo shoot naked. Ha..si David nie sendiri mengaku dia setuju nak posing macam tue...

Sekarang, nak risau buatpe???
nak ngadu2 kenapa??
haa..korang cakapla aku zalim ke hape..takde simpati ke hapa..tapi ini RBF~~realiti bukan fantasi..

Bukan David nie jer, ada ramai lg orang macam nie..
kenapa nak pilih jadi gigolo, pel****, 'anak ikan', mistress etc...
Berlambak keje lain, keje kilang ke, pengawal keselamatan ke..
jangan pandang hina keje macam nie..
eh, ingat keje kilang nie gaji ciput sangat??

kalau rajin pulun OT every month confirm blh dpt seribu lebih tau..
lebih dari tue pun boleh dapat kalau rajin..
kan bagus kalau dapat rezeki dari sumber yg halal/ sah..

So, sekarang nie berbalik kepada mangsa kes nie, persoalan di benak ku. adalah...naive ke stupid diorang nie??? Tak kisah la lelaki ke perempuan ke...kenapa la tak fikir dulu sebelum buat??bagi aku la kan.. obviously S.T.U.P.I.D....

p/s: ha..even si david pun siap ngaku dia buat stupid decision ..



March 3, 2009

happy besdaY nanie...& memori 3-1-A1


Dengan bangganya mengumumkan hari ini 3 Mac adalah ulangtahun kelahiran sahabat baik ku nanie..Umur kami sebaya tapi dia tua sikitla sebab dia lahir bulan mac aku bulan ogos. Jika dibandingkan dengan aku, dah banyak dah achievement dia dalam hidup..status dah up 2 stage dari aku..

Persahabatan kitorang bermula sejak tahun 2002 masa kat matrix sepang. Dia la housemate merangkap roomates & bedmates..aishh..jgn salah faham yer..bedmates disini bermaksud kami berkongsi katil double decker. die dok katil atas aku katil bawah. Hmm..kalau dikira lama jugakla kitorang jadik kawan.. Alhamdulillah, walaupun lepas matriks kami tak sama universitii, kami still berhubung lagi. Bukan dengan nanie jer, dengan roomates lain pun sama.

Dulu masa zaman muda2 masa belajar dekat matriks sepang, apartment kami 3-1-A1 ada 8 orang penghuni. Aku, nanie, feha & kecik sebilik. Bilik sebelah ada gojie, laila, elly & era. Antara penghuni extra yg bermastautin di situ adalah dat..hehe Rindunya pada zaman riang ria kanak2 ribena.. Sekarang semua dah ada haluan sendiri. Ada yg dah keje, kawin & ada anak yg comel.. waa...jelesnyerr..bile lak turn aku nie???huhuhu alahai, aku nie belajar pun tak habis2 lagi..


Bagi aku, kenalan datang & pergi sekelip mata tetapi sahabat patut kekal sampai akhir hayat.

Buat nanie: semoga menjadi isteri yg solehah & ibu yg mithali kay...didikla your little girl baik2. semoga dia jadi anak yg baik, cute mcm aku, patuh suruhan agama & taat pada parents..

Buat feha: jaga diri elok2 dkt bumi UK tue.., bila nak balik malaysia??

Untuk gojie: kenapa lama tak dengar khabar?senyap jer..amacam ladang tanaman biotek mu?menjadi? hmm..rindu nak berduet buat lawak dgn ko. Plus, rindu nak baca puisi ko..takde puisi baru ke?

Untuk kecik pula: bila nak hantar jemputan walimatus urus?? kalau online malam2 tue, buzz la aku..

Oh ya, khas buat elly: bila nak tayang kete baru & bf baru??hehehe..

Untuk era yg baru mendirikan rumah tangga tahun lepas: sihat? bila nak ikut jejak langkah nanie?

Tak lupa juga buat laila yg 'unique': dah pulang ke semenanjung kah belum??

alahai...rindunya kat korang semua.. semoga berjumpa lagi..


gambar zaman muda2 dulu..



Noreul saranghae..


Ada orang kate ai nie typical girl sbb ai suka tonton drama melayu,cerekarama, drama korea. etc..buat keje tak berfaedah!membazir masa!!hiburan je semua tue..!!yes..memang tue hiburan..so, what??!! tak mau join pi duk diam2 kat mana2 kay.. ~_0 hohohoho

hmm..suka hati korangla nak label apa pun..tak kuasa ai nak pegi plaster mulut korang..yang penting ai suka tengok..bukan paksa diorang tengok pun..please la ye, i'm not spending my entire life or waste one whole day tengok drama semata2..satu hari tgk satu dua episod jadik la..kalau dah boring tahap gaban sangat boleh la kot buat marathon sket..

So, siapa suka tengok drama korea??sila angkat tangan tinggi2 yea...hehe i am one of the thousands makhluk kat earth planet yg layan cerita korea..kenapa??sebab selalunya cerita2 korea nie ada mixing of macam2 elemen serius, sedih, lucu, gembira etc..satu hal lagi adalah style diorang bercakap nie selalunya penuh excited..siap dgn mimik2 muka sekali..tue yg best tue..

Ha..antara cerita2 yg ada dalam koleksi adalah seperti:

- coffee prince(favorite nie),

- my lovely samson (perempuan tak cantik yg pandai buat pastri tue)

- my 19 years old sister in law (ketabahan heroin citer nie utk survive patut dicontohi)

- who are you (nie mengarut sket cerite die..tapi kelakar gk la)

- bad couple (kisah andartu yg sibuk nk cari life partner)

- Full house (cerita yg memg sgt famous..)

- my girl (citer fav yg blh buat org tergelak2..lagu2 pun best gak)
- Hello baby (heroin my girl..lawak gk citer nie)

- sassy girl choon hyang (cerita psl bdk high school)
- something about 1% (budak baik dibalas baik)
- witch yu hee (citer nie pun menarik)

- boys over flower (hana yori dango/meteor garden korean version)

Banyak lagi cerita lain yg dah tengok tapi hanya yg menarik sahaja dibuat koleksi..Kalau ada sesiapa yg berminat nak dapatkan cerita korea (drama/movie), bolehla buzz buzz ai kay...you all sebut je cerita apa, insyaallah boleh tolong dapatkan...So, sempena post kali nie, apa kata belajar sikit2 bahasa korea..


love
사랑해요.
Saranghaeyo.

like
좋아해요.
Joahaeyo.

hate
미워해요.
Miwohaeyo.

detest
증오해요.
Jeungohaeyo.

dearly love
사모해요.
Samohaeyo.

Thank you.
고맙습니다.
Gomapseumnida.

Thank you.
감사합니다.
Gamsahamnida.

I am sorry.
미안합니다.
Mianhamnida.

I am very sorry.
죄송합니다.
Joesonghamnida.

I feel (am)…
나는 ..해요
Naneun ..haeyo.

angry
화가나요.
Hwaganayo.

sad
슬퍼요.
Seulpeoyo.

happy
기뻐요.
Gippeoyo.

merry
즐거워요.
Jeulgeowoyo.

excited
신나요.
Sinnayo.

depressed
우울해요.
Uulhaeyo.

afraid
무서워요.
Museowoyo.

nervous
불안해요.
Bulanhaeyo.

thankful
고마워요.
Gomawoyo.

sorry
미안해요.
Mianhaeyo.

puzzled
황당해요.
Hwangdanghaeyo.

confused
당황스러워요.
Danghwangseureowoyo.

pleased
만족스러워요.
Manjokseureowoyo.

disappointed
실망이예요.
Silmangiyeyo.

excited
흥분되요.
Heungbundoeyo.

surprised
놀라워요.
Nolrawoyo.

happy
행복해요.
Haengbokaeyo.

unhappy
불행해요.
Bulhaenghaeyo.

lonely
고독해요.
Godokaeyo.

lonely
외로워요.
Oerowoyo.

refreshed
상쾌해요.
Sangkoaehaeyo.

unpleasant
불쾌해요.
Bulkoaehaeyo.

comfortable
편해요.
Pyeonhaeyo.

falsely accused
억울해요.
Eogulhaeyo.

shameful
부끄러워요.
Bukkeureowoyo.

ashamed
창피해요.
Changpihaeyo.

stuffy (or difficulty in breathing)
답답해요.
dapdapaeyo.

bored
지루해요.
Jiruhaeyo.

painful
아파요.
Apayo.

It is …
(그것은) ..해요
(Geugeoseun) ..haeyo.

inconvenient
불편해요.
Bulpyeonhaeyo.

hard
힘들어요.
Himdeureoyo.

difficult
어려워요.
Eoryeowoyo.

easy
쉬워요.
Swiwoyo.

interesting
재미있어요.
Jaemiisseoyo.

mystic
신비해요.
Sinbihaeyo.

charming
매력적이예요.
Maeryeokjeokiyeyo.

moving
감동적이예요.
Gamdongjeokiyeyo.

admirable
훌륭해요.
Hullyunghaeyo.

stylish
멋있어요.
Meositsseoyo.

pretty
예뻐요.
Yeppeoyo.

beautiful
아름다워요.
Areumdawoyo.

cute
귀여워요.
Gwiyeowoyo.

complicated
복잡해요.
Bokjaphaeyo.

simple
단순해요.
Dansunhaeyo

p/s: walaupun akan ada orang mengata post ai nie tak ilmiah (bak kate prof arshad~~panel 1st initial proposal ai: no contribution to knowledge!!ai tak kisah..tak kuasa nak plaster mulut2 orang lain tue..

If you like it, i'm glad you read it, but if you hate it..just close your eyes..tak payah sibuk nak baca huhuhu amacam?garang tak? LOL...


Tapi bila tengok cerita jangan la sekadar tengok kosong je tanpa belajar apa2, tak pun gelak sakan semata-mata atau beria-ria menangis syahdu syahdan . Mana2 pengalaman yg boleh diaplikasikan dalam hidup, dlm perhubungan, dlm persahabatan cuba la praktikan..Kadang2 dlm drama banyak tips2 yg boleh kita jadikan panduan untuk improve life kita terutamanya tentang kasih sayang, semangat juang yg tinggi & tak cepat putus asa.

Ha...Perasan tak?kalau tulisan bahasa korea mesti ada simbol yg bulat2 (o) tue kan? tue salah satu cara nak bezakan tulisan korean dgn tulisan jepun..yela, sekali tengok lebih kurang sama je kan??....

Ada kajian mengatakan orang yg mempelajari banyak bahasa risiko dia mendapat alzheimer akan berkurang sbb saraf2 otaknya digunakan secara aktif..wallahua'lam.. tapi tak salah pun mencuba..bagus kalau dapat menguasai banyak bahasa..
kan??

noreul saranghae~~~i love you..

March 2, 2009

when girls went for shopping

Sabtu lepas, kak mars diminta mewakili pengetua menghadiri majlis makan malam Kolej Tun Fatimah (KTF). Bila kata nak pergi dinner orang perempuan biasala, mesti sibuk nak shopping cari baju la kasut la tudung la..

so, kami pun rancang nak g ke Kotaraya, JB untuk shopping pape yg patut. Tema dinner KTF adalah pink, merah, putih..Kalau boleh mestilah nak menepati tema kan?? hehehe

Asalnya, me nie jadi peneman kak mars shopping jer..tetiba masa tengah lunch, pengerusi JKM call. 'kak, tolong ganti saya g dinner KTF malam nie'... so, akhirnya, nak tak nak kena la join shopping sekali..(alasan jer nie..) huhuhu

Tapi prob utama adalah bajet..alamak..bulan nie mana ada bajet nak shopping..so, kena korekla tabung yogurt kat bilik tue..kat Kotaraya memg port orang2 melayu. Baju2 yg sesuai dengan adat budaya & tatasusila orang melayu. Kalau pergi kat City Square JB tue memang tak jumpalah..fesyen baju pelik2 remaja zaman sekarang je yg berlambak kat sana.

Dari satu butik ke satu butik kami jelajah.. 'wahh..cantiknya baju nie..', 'ha..yg nie sweet la..', 'yg nie pulak kalau match kan ngn yg tue sure cun abes', 'comelnya kalau pakai baju nie..kawaiiii', ...ha tue la antara dialog2 kami sepanjang jalan2 cari baju di Kotaraya. tapi lepas dialog tue ada satu lagi dialog wajib.. 'uwaaa..sepasang jer tiga ratus ringgit??!!!', 'mak ai...harga baju nie separuh gaji nie','pehhh..demam tak kebah tgk harga baju'...

hmm..kenapa agaknya baju2 tue mahal sangat..kadang2 rasa macam tak berbaloi jer..fabrik macam biasa jer, ada tue blous kami jumpa fabriknya keras je, design pun takde la cantik sangat tapi harga sampai RM80..belum masuk skirt/kain die lagi..satu perkara yg kami perasan adalah kebanyakan kedai mahal2 nie mesti tak ramai orang masuk. Kedai tue sunyi jer..yela, dah mahal sangat sape nak beli?? Nak kata design baju tue ekslusif sangat tak jugak..maybe sewa kedai mahal kot..sebab tue diorang kenakan harga mahal kat pelanggan.

Satu lagi situasi yg kami hadapi adalah...'tengok patung pakai baju nie cantik jer, tapi bila kita try kenapa macam ada yg tak kena?Macam tak sesuai je..' ha..korang pernah lalui pengalaman macam nie??? hahaha...nie pengalaman yg biasa dialami oleh ramai perempuan termasuklah orang yg menulis nie..

yela, patung tue biasanya tinggi, figure cantik, takde tisu adipos(lemak) yg terbonjol sana sini..tak kurus sangat tak gemuk..sebab tue kita selalu nampak apa yg patung pakai semuanya cantik. Walaupun begitu, tak bermakna kita yg takde figure cun macam patung tak boleh beli baju cantik2. Boleh jer...tapi kena la pandai matching & pilih yg sesuai ikut bentuk tubuh..

Berbalik kepada kisah me & kak mars g shopping untuk dinner tadi. Memandangkan butik2 lain menawarkan harga yg melebihi bajet, maka kami pun sepakat memilih untuk ke butik First lady. First lady menawarkan harga yg sangat berpatutan & pelbagai pilihan baju kurung, kebaya, kebarung & blous.

Rambang mata kejap dibuatnya..memandangkan masa yg semakin suntuk, i chose to spend not more than RM6o for a simple plain red baju kurung. tapi baju nie ada labuci2 dijahit pada kolar, pergelangan tangan & hujung baju. Takdela sarat sangat . Plus, tak perlu la pening2 nak fikir untuk beli aksesori hiasan lain. oraitla tue kan...at least next time, boleh pkai g kenduri kawin ke, majlis2 formal lain ker..
Related Posts with Thumbnails