Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label International Women Day(IWD). Show all posts
Showing posts with label International Women Day(IWD). Show all posts

March 8, 2011

UNGU, Orchid Day & Hari Wanita

...
xoxo
...


Salam. Good Afternoon. Dah lunch? Asyik tanya pasal makan aje kan??.hehehehe

Dengan jujurnya aku mengisytiharkan tahun nie my favourite color is purple. Serius weehh..mane-mane pergi aku nampak kebanyakan benda yang cantik ialah apabila ada warna purple atau dengan nama lain UNGU.

Hari isnin pergi kerja pakai ungu. Hari ahad pergi jalan-jalan juga pakai ungu. Cantiknya ungu.. Sweetnya ungu. Oh ya..buat hati tambah gembira apabila dapat bunga warna ungu.


Taddaaa...



Cantik kan orkid warna ungu. Orkid nie real bukan plastik tau.Nie sempena Orchid Day. 

Kelmarin ada orang bagitau 'ungu warna melambangkan kesetiaan'.
Whooaaaa.. means aku nie setia lah orangnya ek? hehehhe
meoww..meow.. *sedang malu-malu kucen

Oh ya, 8 Mac adalah hari Wanita Sedunia
So, kepada semua wanita terutamanya my mom, my aunties
my best friends, my buddies..
SELAMAT HARI WANITA

Anggaplah macam I bagi bunga orkid yang cantik tue dekat korang eh.
xoxoxo

When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause girl you're amazing
Just the way you are




March 9, 2009

Selamat Hari Wanita

..8 Mac...
Selamat Hari Wanita buat mak tersayang, wancu, wah, wande,opah, nanie, santz, nursia, kak mars, sahabat2 wanita ku(xmuat nak tulis semua nama), my sisters...kenalan2 wanita ku..sepupu sepapat perempuan ku..kesimpulannya kepada semua wanita lahhh..
LOL semoga kita semua menjadi wanita yg hebat..bukan hebat untuk menandingi lelaki tetapi hebat dalam erti kata berjaya menjadi anak perempuan yg taat, muslimah yg solehah, isteri yg diredhai suami, ibu yg disanjungi anak2, pekerja yg disenangi majikan, bos yg dihormati pekerja2, sahabat yg disayangi dunia akhirat serta berjaya dlm kareer & setiap tanggungjawab yg diberikan...aminnnn...

Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi,. kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan . Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.

Secara dasarnya merayakan hari wanita ini mengetengahkan dua perkara;

1. Untuk mengecapi keamanan, keselamatan, kemajuan tamadun, memartabatkan hak asasi manusia dan asas-asas kebebasan, kita memerlukan penglibatan yang aktif dari kaum wanita. Oleh itu kaum wanita perlu di beri layanan yang adil dan saksama kerana kemajuan wanita melambangkan kemajuan sesuatu bangsa.

2. Untuk memperakui dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam mengukuhkan keamanan, keselamatan dan keadilan sejagat.

"Bagi wanita di seluruh dunia, makna nya lebih luas dan simbolik. Ini lah harinya mereka melihat dan merenung kembali, sejauh manakah perjuangan mereka dalam mengendalikan keadilan, keamanan, keselamatan dan kemajuan. Di hari ini jugalah kita berkumpul dan berjumpa untuk bersatu, membina rangkaian 'networking', bergerak untuk satu agenda perubahan yang bermakna dan memberi faedah.

Beberapa dekad yang berlalu menunjukkan kemajuan wanita dalam pelbagai bidang kehidupan. Wanita mula menonjol dalam pelajaran dan pendidikan, mereka mendapat hak penjagaan kesihatan yang memuaskan, penglibatan dalam tenaga buruh telah berganda, beberapa peraturan dan legislature yang menjamin hak dan peluang peningkatan kerjaya serta saraan hidup yang lebih baik telah di luluskan, hak hak asasi manusia terhadap wanita telah di ketengahkan malah beberapa negara di dunia telah melantik wanita dalam membuat keputusan 'policy makers' dalam sistem pemerintahan. Namun bilangan penglibatan wanita masih belum di tahap yang membanggakan

Walaupun begitu, isu isu wanita masih banyak yang perlu di ketengahkan dan di perjuangkan. Wanita adalah mahkluk yang termiskin di dunia, 1.3 billion orang miskin adalah wanita. Di Asia dan Afrika 75% wanita yang berumur 25 tahun keatas adalah buta huruf. Di sana sini wanita sentiasa menjadi mangsa perceraian, mangsa rogol, deraan dan keganasan rumahtangga yang menyebabkan kecacatan malah kematian.

Kesengsaran mental dan fizikal wanita Bosnia yang hidup ibarat menggalas biawak hidup kerana mengandungkan anak-anak hasil rogolan tentera Serbia perlu di tafakuri. Terkini wanita di Chechen telah menjadi mangsa buas nafsu ganas tentera Rusia yang merogol dan kemudian membunuh wanita tersebut. Walhal wanita itu perlu perlindungan, keselamatan, keamananan dan ini mencabul hak ahak asasi mereka untuk hidup bebas dari dizalimi. Wanita memerlukan satu kehidupan yang harmonis aman damai dan kualiti kehidupan yang lebih baik.

Hanya wanita yang boleh mengetengahkan isu wanita dengan lebih berkesan. Oleh itu kita melihat betapa pentingnya wanita bermuafakat dan bekerjasama dan melibatkan diri dalam bidang politik dan ekonomi. Oleh itu hari wanita ini sememangnya perlu dijadikan hari untuk kita merenung kembali dan meneliti kemajuan-kemajuan yang telah dibuat, menggerakkan agenda wanita untuk perubahan, memperbaharui keinginan, keazaman, kemahuan dan semangat ingin maju untuk masa depan yang gemilang dari wanita biasa menjadi wanita pencipta sejarah dan memimpin masyarakat.

Untuk mengungguli isu wanita, pemimpin wanita perlu dilengkapi dan dibekali dengan keyakinan yang teguh dan ilmu yang kontemporari. Kerana hanya dengan keyakinan yang teguh dan mantap yang yakin dan semngat yang bernyala sahajalah boleh menjadi bahanapi dalam perjuangan menuntut keadilan, keamanan, keselamatan dan kesejahteraan.

Kita perlu percaya bahwa wanita mampu melakukan apa yang mereka lakukan, wanita pula perlu keyakinan spiritual dalam diri mereka dan keyakinan itulah yang memberikan inspirasi kepadanya untuk bekerja dan berjuang."

Dipetik dari,
Dari Wanita kepada Wanita
Fuziah Salleh


Related Posts with Thumbnails