Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3. Ayat ini terkenal sebagai salah satu doa agar dimurahkan rezeki..

"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :
* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
Amalkanlah setiap hari di dalam doa selepas solat..amin..*kredit to najjahreeyahafiz.blogspot.com yg mengingatkan saya tentang kelebihan ayat ini..
Sebarkanlah ilmu walaupun sekadar satu huruf..
Sebarkanlah ilmu walaupun sekadar satu huruf..


2 comments:
bagus..bagus.. moga2 murah rezeki...
thanks wana. nampak sangat la kan yang orang ni teringatkan arwah nenek.
al-fatihah.
Post a Comment