Pages

Ads 468x60px

.

Labels

March 3, 2009

happy besdaY nanie...& memori 3-1-A1


Dengan bangganya mengumumkan hari ini 3 Mac adalah ulangtahun kelahiran sahabat baik ku nanie..Umur kami sebaya tapi dia tua sikitla sebab dia lahir bulan mac aku bulan ogos. Jika dibandingkan dengan aku, dah banyak dah achievement dia dalam hidup..status dah up 2 stage dari aku..

Persahabatan kitorang bermula sejak tahun 2002 masa kat matrix sepang. Dia la housemate merangkap roomates & bedmates..aishh..jgn salah faham yer..bedmates disini bermaksud kami berkongsi katil double decker. die dok katil atas aku katil bawah. Hmm..kalau dikira lama jugakla kitorang jadik kawan.. Alhamdulillah, walaupun lepas matriks kami tak sama universitii, kami still berhubung lagi. Bukan dengan nanie jer, dengan roomates lain pun sama.

Dulu masa zaman muda2 masa belajar dekat matriks sepang, apartment kami 3-1-A1 ada 8 orang penghuni. Aku, nanie, feha & kecik sebilik. Bilik sebelah ada gojie, laila, elly & era. Antara penghuni extra yg bermastautin di situ adalah dat..hehe Rindunya pada zaman riang ria kanak2 ribena.. Sekarang semua dah ada haluan sendiri. Ada yg dah keje, kawin & ada anak yg comel.. waa...jelesnyerr..bile lak turn aku nie???huhuhu alahai, aku nie belajar pun tak habis2 lagi..


Bagi aku, kenalan datang & pergi sekelip mata tetapi sahabat patut kekal sampai akhir hayat.

Buat nanie: semoga menjadi isteri yg solehah & ibu yg mithali kay...didikla your little girl baik2. semoga dia jadi anak yg baik, cute mcm aku, patuh suruhan agama & taat pada parents..

Buat feha: jaga diri elok2 dkt bumi UK tue.., bila nak balik malaysia??

Untuk gojie: kenapa lama tak dengar khabar?senyap jer..amacam ladang tanaman biotek mu?menjadi? hmm..rindu nak berduet buat lawak dgn ko. Plus, rindu nak baca puisi ko..takde puisi baru ke?

Untuk kecik pula: bila nak hantar jemputan walimatus urus?? kalau online malam2 tue, buzz la aku..

Oh ya, khas buat elly: bila nak tayang kete baru & bf baru??hehehe..

Untuk era yg baru mendirikan rumah tangga tahun lepas: sihat? bila nak ikut jejak langkah nanie?

Tak lupa juga buat laila yg 'unique': dah pulang ke semenanjung kah belum??

alahai...rindunya kat korang semua.. semoga berjumpa lagi..


gambar zaman muda2 dulu..



No comments:

Related Posts with Thumbnails