Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label JB. Show all posts
Showing posts with label JB. Show all posts

December 16, 2009

|JJCM| Taman Merdeka ~~Goodbye Dinner

Farewell party @Goodbye Dinner untuk salah seorang geng perut stokin yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat phD telah selamat diadakan dengan jayanya di Taman Merdeka, Johor Bahru. Yeaayy..Makan besar lagi. Taman Merdeka jadi pilihan sebab masa kami buat survey tempat nie kira paling okayla.


Tempat makan kat sini diuruskan oleh JB Catering. Setiap isnin hingga khamis disediakan hidangan dinner ala buffet dengan bayaran hanya RM12.90 (dewasa) dari pukul 7ptg hingga 12 tgh malam.. Makanla apa sahaja yang tersedia. Lauk yang disediakan bukan satu,bukan dua & bukan juga tiga tapi ada lebih kurang12-13 pilihan lauk pauk. Rambang perut tengok deretan lauk pauk. Rasa macam semua nak sumbat dalam pinggan. Terus lupa kat diet huhuhu Antara lauk pauk yang ada:



udang goreng

 
tauhu


sotong goreng tepung..sedap nie


ayam masak kicap,kari kambing, kari ayam


sayur


ulam-ulaman


kupang masak pedas...the best among all


kentang dengan mayonis & thousand island sos


sambal belacan?cencalok?budu?sambal cicah cili padi? sambal tumbuk? semua ada



 Hidangan pencuci mulut:

popia goreng

kek, kuih muih & buah-buahan


bubur pulut hitam...(bubur kacang pun ada) ..sedapnyerrr..just nice..
tak terlalu manis atau terlalu berlemak..
kuahnya tak terlalu pekat atau terlalu cair

puding castard pun ada..bau harum esen vanila

yang nie pun ada..nama apa tah, puding sagu kot

 Tadaaaaaaaa...
meja kami dah penuh dengan lauk pauk
nie pun ada lagi yang belum letak..mee/bihun sup..roti jala..nasi arab..
Oh ya. Makan malam  BBQ disediakan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. Bayaran lebih sikit la tapi still bawah RM20. Makanan sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.

Buat makluman semua, di sini juga menyediakan perkhidmatan karaoke. RM5 bagi setiap 3 lagu. So, kalau dah kenyang perut suka hati, bolehla nyanyi-nyanyi pulak. Jangan risau, mikrofon, speaker, set karaoke & audien disediakan. Diulangi ye..AUDIENS disediakan. heheheh Just make sure suara anda tue tidak menyebabkan audien lain yang sedang makan muntah hijau.

JB Catering juga turut menerima tempahan catering untuk majlis-majlis perkahwinan, pertunangan, party harijadi & sebagainya. Sesiapa yang berminat mengadakan resepi perkahwinan di sini boleh contact Restoran JB Catering & Food Supplies, PBT 20532 Taman Merdeka, Jalan Kolam Air, 80100 Johor Bahru, Johor.  07-221 4775. Taman Merdeka nie terletak berhampiran dengan tasik. Cantik.

Tasik berhampiran Taman Merdeka.
*gambar ihsan dari encik google 

 wajah-wajah kekenyangan




May 27, 2009

|JJCM| Nasi ayam penyet...


Malam nie buat kali keduanya aku dinner kat Restoran Pinang, Taman Universiti, Skudai. (dekat sangat dengan Jusco Taman U). Cik Mars punya idea.. (nampak macam dia dah ketagih nasi ayam penyet..hehe). Menu kami sudah tentu nasi ayam penyet. Kat restoran nie cuma jual nasi ayam penyet, lele penyet & puyuh penyet sahaja..yang penyet2 sahaja okay..?? haa kalau rasa tekak tue nak makan mee bandung ke, tomyam ke, nasi goreng pataya sila la bergerak ke restoran yang lain yerr..

Menu nasi ayam penyet disediakan dalam sebuah pinggan yg agak besar, mengandungi nasi putih, ayam yg digoreng garing (besar & sedap ayam dia), sambal belacan, veggie (kobis timun etc), tempe & limau untuk perahan serta kuah sup. Sepinggan nasi ayam penyet berharga RM4.50. Budak2 laki terutamanya sangat suka makan kat sini. Yela...nasi dahla banyak, ayam besar pulak tue..marvellous beb..

Selain dari restoran pinang, terdapat juga restoran2 yg berhampiran turut menjual menu nasi ayam penyet. Tapi dah si Faiz Nadal recommend makan kat sini, kitorang pun makan jela kat sini. Kalau rasa tak nak makan ayam penyet, bolehla cuba makan lele penyet. atau puyuh penyet. Masa memula dengar perkataan lele penyet rasa nak tergelak pun ada. Rupanya lele penyet tue bermaksud ikan keli penyet...hehehe

Ketua pemakan nasi ayam penyet

Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nasi ayam penyet

Makan dengan penuh berselera walaupun sambal belacannya sangat pedas

Licin beb..tulang ayam pun tak tinggal





nota 1: Gambar2 di atas terpaksa di'cencored'kan atas sebab2 peribadi.
nota2: gambar2 di atas adalah semasa pertama kali makan nasi ayam penyet
nota 3:tiada dalam gambar (me & mars) - takde sape nak amek gambar,
semua sibuk terkam nasi ayam penyet..



March 2, 2009

when girls went for shopping

Sabtu lepas, kak mars diminta mewakili pengetua menghadiri majlis makan malam Kolej Tun Fatimah (KTF). Bila kata nak pergi dinner orang perempuan biasala, mesti sibuk nak shopping cari baju la kasut la tudung la..

so, kami pun rancang nak g ke Kotaraya, JB untuk shopping pape yg patut. Tema dinner KTF adalah pink, merah, putih..Kalau boleh mestilah nak menepati tema kan?? hehehe

Asalnya, me nie jadi peneman kak mars shopping jer..tetiba masa tengah lunch, pengerusi JKM call. 'kak, tolong ganti saya g dinner KTF malam nie'... so, akhirnya, nak tak nak kena la join shopping sekali..(alasan jer nie..) huhuhu

Tapi prob utama adalah bajet..alamak..bulan nie mana ada bajet nak shopping..so, kena korekla tabung yogurt kat bilik tue..kat Kotaraya memg port orang2 melayu. Baju2 yg sesuai dengan adat budaya & tatasusila orang melayu. Kalau pergi kat City Square JB tue memang tak jumpalah..fesyen baju pelik2 remaja zaman sekarang je yg berlambak kat sana.

Dari satu butik ke satu butik kami jelajah.. 'wahh..cantiknya baju nie..', 'ha..yg nie sweet la..', 'yg nie pulak kalau match kan ngn yg tue sure cun abes', 'comelnya kalau pakai baju nie..kawaiiii', ...ha tue la antara dialog2 kami sepanjang jalan2 cari baju di Kotaraya. tapi lepas dialog tue ada satu lagi dialog wajib.. 'uwaaa..sepasang jer tiga ratus ringgit??!!!', 'mak ai...harga baju nie separuh gaji nie','pehhh..demam tak kebah tgk harga baju'...

hmm..kenapa agaknya baju2 tue mahal sangat..kadang2 rasa macam tak berbaloi jer..fabrik macam biasa jer, ada tue blous kami jumpa fabriknya keras je, design pun takde la cantik sangat tapi harga sampai RM80..belum masuk skirt/kain die lagi..satu perkara yg kami perasan adalah kebanyakan kedai mahal2 nie mesti tak ramai orang masuk. Kedai tue sunyi jer..yela, dah mahal sangat sape nak beli?? Nak kata design baju tue ekslusif sangat tak jugak..maybe sewa kedai mahal kot..sebab tue diorang kenakan harga mahal kat pelanggan.

Satu lagi situasi yg kami hadapi adalah...'tengok patung pakai baju nie cantik jer, tapi bila kita try kenapa macam ada yg tak kena?Macam tak sesuai je..' ha..korang pernah lalui pengalaman macam nie??? hahaha...nie pengalaman yg biasa dialami oleh ramai perempuan termasuklah orang yg menulis nie..

yela, patung tue biasanya tinggi, figure cantik, takde tisu adipos(lemak) yg terbonjol sana sini..tak kurus sangat tak gemuk..sebab tue kita selalu nampak apa yg patung pakai semuanya cantik. Walaupun begitu, tak bermakna kita yg takde figure cun macam patung tak boleh beli baju cantik2. Boleh jer...tapi kena la pandai matching & pilih yg sesuai ikut bentuk tubuh..

Berbalik kepada kisah me & kak mars g shopping untuk dinner tadi. Memandangkan butik2 lain menawarkan harga yg melebihi bajet, maka kami pun sepakat memilih untuk ke butik First lady. First lady menawarkan harga yg sangat berpatutan & pelbagai pilihan baju kurung, kebaya, kebarung & blous.

Rambang mata kejap dibuatnya..memandangkan masa yg semakin suntuk, i chose to spend not more than RM6o for a simple plain red baju kurung. tapi baju nie ada labuci2 dijahit pada kolar, pergelangan tangan & hujung baju. Takdela sarat sangat . Plus, tak perlu la pening2 nak fikir untuk beli aksesori hiasan lain. oraitla tue kan...at least next time, boleh pkai g kenduri kawin ke, majlis2 formal lain ker..
Related Posts with Thumbnails