Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

June 26, 2010

Jualan Pertengahan Tahun di Sogo

Minggu lepas menemani mr partner shopping pakaian kerja. Sudah tentu salah satu target kami ialah di Sogo Kuala Lumpur. Kami suka shopping di Sogo sebab di sini ada banyak sangat pilihan pakaian dari pelbagai jenama. 

Masa paling best shopping mestilah ketika ada SALES!!! Kali ini sales di Sogo berlangsung dari 18 Jun 2010 hingga 11 Julai 2010. 



Korang suka shopping kat mane?? 
Bila waktu paling best shopping?? ~~ masa ada duit hehhehe
Awal tahun, pertengahan tahun atau hujung tahun???


note: Jangan ghairah bila tengok sales! Bezakan keperluan dengan keinginan.  





May 21, 2010

The Body Shop Sale Mania

It's SALE time! 

Sape2 nak shopping perfume, skincare products @ The Body Shop dengan diskaun up to 70% boleh la menyerbu kedai-kedai The Body Shop yang berhampiran bermula 21May hingga 13 June!!

Attention to all LOVE YOUR BODY (LYB) MEMBERS!!!
(senang cakap kepada ahli-ahli The Body Shop)

EXTRA 10% OFF 
on already discounted prices (70%+10%=80%) upon presenting your mycard
make sure korang bawak kad pengenalan tau!!
kang tak dapat diskaun jgn salahkan ai puloks
Just for 3 DAYS
21-23 May 2010

Kepada sape2 yang nak shopping kat The Body Shop tapi bukan member boleh la bawak ai..Setakat nak tolong add on extra 10% diskaun untuk korang, takde hal la. Ai tak mintak balasan..tapi kalau nak hulur-hulur Japanese Blossom barang sebotol, lagi ai sukerr..huhuhuhuuu... sorry, tergediks puloks!!

Don't forget to bring your own shopping bag!! Save our heritage!!

November 28, 2009

Sandal

Balik je dari Johor, aku jadik tukang cat untuk rumah aku yang kat Subang Indah Court tue. Comot sandal aku sebab kena tumpahan cat. Sehari sebelum raya mood shopping datang menyerang. so, jadikan alasan untuk beli sandal baru..hehehe ---> alasan..

simple but comfortable


Beg yg cute..sebab tue tertarik nak beli -->logik ke alasan ni??


nota kaki 1: sandal aidiladha

September 14, 2009

Shopping raya la sangat..

11.32 pagi Sondag 23 ramadhan

Beratnya mata...macam lebat sangat bulu mata nie sampaikan rasa nak tertutup je kolopak mata nie. Kusyen kecik empat segi bersarung warna oren yg semakin nipis ditarik, dipeluk. Mata makin kuyu menghadap skrin CQ40. Beberapa saat kemudian, K530i berlagu. Lagu kuda laut.

Ade sesape nk ikt sy ke jj tebrau?
Reply dgn taip ON TEBRAU ke no ni b4 kul12

Hmm..patutkah ikut? Keje ada yg tak siap lagi nie. Tapi dari pukul 11 sampai 1132am sebaris pun tak ada huruf yang berjaya di taip dalam file newrb.doc.

On Tebrau

K530i berbunyi lagi.
Trima ksh wpn ade certain reply dgn kod yg salah..
siap2 sape nk pegi, dlm 1230 kite grk


Kami berempat M, F, S and D sampai JJ Tebrau lebih kurang 130pm. Operasi pertama round ground floor. Persinggahan pertama bermula di book shop HARRIS. Sempat jugak kusambar sebuah buku. Ada diskaun 15% dgn pembelian RM10 ke atas.

Next shops please.............

Singgah masuk belek2 baju, cuba kasut, angkat letak angkat letak. Sembang2 depan The Body Shop sambil sembur perfume sket . wahh..ada new limited edition perfume.

Jalan2 cuci mata tengok baju2 sampaila ke hujung. Naik eskalator ke first floor. Padini-Vinci Shop penuh sesak dengan manusia. hmm..cari baju raya kt Padini???

Lepas solat zuhur sambung lagi jalan2. Voir pun sales dasyat2. Almost la aku terbeli seluar jeans dengan diskaun 70%. Harga rm89++ jadik Rm26 ++ jer.... Nasib la saiz yg aku nak tak berjaya dijumpai. Tapi aku puji la sikap staff kat kedai tue. Baik je layan orang. Siap tolong check kan stok saiz yg aku nak tue. Cakap pun baik2 je. two thumbs up la.

Masuk kedai keluar kedai. M and F masing2 berjaya menyambar sehelai baju kat Jusco. D? Macam biasala beli miniature transformers fav dia. Aku?? Tak ada kasut atau baju yg berkenan di mata. Bagus jugak save sket duit.

Sebagai penutup shopping, pembelian terakhir berlangsung di Jusco sambil menyaksikan kegigihan kawan2 ku membeli P & B. huhuhu

lambang kegigihan seorang lelaki

shopping raya la sangat



Nota kaki 1: Bantal raya...anti-mite, diskaun 50% nie
Nota kaki 2: Alhamdulillah. Berjaya menahan diri dari membeli yg bukan keperluan.
Nota kaki 3:
En. Aben kata torsdag maksudnya khamis dalam bahasa Sweedish. Jadi sondag = ahad



July 17, 2009

J Card Day: Shopping Gila-Gila

Semalam = 16 Julai 2009 adalah J Card Day di Jaya Jusco, Taman Universiti, Skudai. Bagi yang tak berape nak tahu, J Card Day nie hanya berlaku sekali dalam setahun di mana Pasaraya besar Jusco mengadakan jualan secara besar-besaran. Diskaun sehingga 70%.

Memandangkan poket aku tengah kemarau, memang takdo niat pun nak pergi join serbu Jusco. Tapi entah macam mana petang semalam, lepas solat zuhur lebih kurang pukul 2 lebih Lab Hiliran black out. Waahh..nie macam petanda suruh pergi jalan2 dekat Jusco.. hehehe

Tak lama lepas tue ada elektrik semula. Kerja pembetulan proposal escience pun tak gerak2, sebab kertas pembetulannya tertinggal kat bilik. Hmmm...lama aku fikir.ishhkk..Tak boleh jadi nie..Aku pandang Mars.


Nak g Jusco?
Nak g ke? Mars sengih sambil pandang aku
Haa..haa..haa..Jomla.


aku sebagai pemerhati

Sampai je Jusco, parking semua penuh sampaikan kawasan tepi jalan luar Jusco pun penuh. Bila masuk ke dalam..Mak datokk..ramainya orang..diorang nie semua tak keje ek arini??amek cuti ke mc??huhuhu

Lautan manusia

Agak2nya berapa ribu la manusia yang datang serbu Jusco semalam? Bayangkan kalau ada seorang dua yang tengah demam H1N1 pun datang nk shopping gak..haa..mau kena kuarantin satu Skudai...silap2 UTM pun kena tutup seminggu..

Melihatkan kertas2 diskaun yg bergantungan pasti membuatkan ramai yg rambang mata. Semua benda nak dibeli.

Masa niie la rasa macam semua baju dalam almari kat rumah tue dah usang sangat, patut diganti baru.

Masa nie la jugak rasa macam semua barang2 katt rumah tue dah habis.

Masa nie juga terbayang2 handbag yang sangkut kat bahu nie rasa macam nak putus sangat & wajib dibeli baru.

50-70% tue...Rugi kalau tak beli. Kalau boleh nak borong sampai penuh satu kerete. Hehe Ada ke orang yang macam tue?

serbu!!happy hour!!

Sesak.Rimas.Lemas.hwoooooooaaaaaaaaaaaaaa...Macam mane diorang nie boleh tahan berasak2 macam nie. Bau jangan cerita la..Rasa macam nak muntah je kat atas longgokan kain tue..Nasib baik aku masih relevan. lalaaallaa..

Tapi serius la..sanggup diorang nie beratur punya la panjang mau dekat setengah jam, mungkin jugak sejam semata-mata nak tunggu giliran kat fitting room. Selain tue ramai yang aku tengok sekali masuk fitting room bawak dekat 10helai seluar/baju untuk dicuba.Haaa..patutla berjanggut orang lain tunggu kat luar.

Lepas beratur panjang2 bukan main lama untuk fitting baju/seluar, kena pulak beratur lanjang lagi sekali untuk bayar. Itu belum kira lagi kalau baju yang dicuba tak sesuai saiznya atau xkena warnanya. Terpaksa la pulak pergi ambil yang lain & cuba lagi.

Bagi yang malas nak fitting banyak kali, main sambar jela. Agak2la saiz tue ok ke tak. Masa ini lah kebolehan mengukur & mengagak saiz badan sendiri teruji. *memang berisiko tinggi salah beli saiz..bila balik umah menyesal sebab baju dibeli terlebih besar. Macam ni ok lagi boleh dikecikkan. Tapi kalau terbeli saiz kecik?? Tak pasal2 kena diet sebulan sebab nak muatkan baju yg kecik. huhuhu

Garu kepala auntie nie nak pilih baju..70% la katakan...

Selain diskaun besar-besaran, gelagat pekerja-pekerja JJ yang sangat bersemangat menjual juga menjadikan para pengunjung semakin bersemangat membeli. Mereka berteriak, menyanyi, ketawa, berlawak & sangat ramah melayan pelanggan. *amboi..naughty yerr

Pekerja Jusco siap panjat tinggi sambil menyanyi lagu LadyGaga

Dalam kesibukan orang bershopping sakan, yang paling aku kesian semalam bila tengok kanak2 yang menjadi mangsa. Haa..bukan mangsa dera tapi mangsa kena heret sekali pergi shopping. Dengan bilangan pengunjung yang aku rasa mencecah beribu, risiko kehilangan anak memang tinggi.

Hampir 2 jam di JJ semalam tak kurang dari 2 pengumuman aku dengar tentang anak yang kehilangan ibu bapa. Mak bapak syok shopping sampai tak sedar anak dah hilang. *Hmmm..taukey2 penculik kanak2 mesti suka kalau diorang dapat tau nie..

sian kat adik nie..sampai tertido tunggu mak dia shopping tak abes2..
nasib tak tertimbus dengan timbunan plastik2...


Anak sape ni??

Adik pakai baju belang2 nie pun aku tak tau mana parents dia. Syok je duk main sorang2 dalam troli. Siap ajak aku join dia lagi. *Sorry la dik, akak oversize la nak join duduk dalam troli tue.

Nasibla aku bukan penculik kanak-kanak. Kalau tak, menangis takde lagu la parents dia bila aku bawak lari anak dia.

Rata-rata yang datang bershopping 80% perempuan. Tapi ramai jugak lelaki yang datang. Ada yang nak beli barang untuk diri sendiri, datang tolong teman, tolong jadi tukang angkat barang, tolong jadi ATM (automated teller machine), tolong jadi tukang hulur kad kredit, tolong jaga anak & sebagainya.

Bro baju putih nie dengan baiknya menjadi hanger untuk 'barang2' wife dia..
*berwarna warni lingerie tersangkut kat tangan dia..maybe JJ dah kehabisan bakul agaknya


Berikut adalah antara sebab-sebab ramai orang shopping semalam:
1. Memang sangat memerlukan barang tersebut..*buat muka desperate
2. Dah ada satu, tapi saje nak tambah koleksi
3. Hobi masa lapang & juga hobi masa sibuk
4. Membantu menjayakan ekonomi..
5. Bila lagi nak shopping?masa sales nie la, harga barang lebih murah..*tangan non-stop pilih barang
6. Ikut member, diorang shopping sakan, takkan saya tak beli apa2
7. Kawan saya beli, saya pun beli la satu. Sebabnya kalau beli 2 percuma 1..*sambil tergelak dgn gediknya
8. Duit saya banyak sangat, tak tau nak guna buat apa. So, beli jela benda2 yg nampak menarik..*anak orang kaya bermuka bosan
9. Sayang kat awek..dia nak shopping sangat, ikut jela..*sambil garu kepala sebab lepas tue duit dalam wallet gerenti tinggal sehelai je kaler biru ..
10. Nak cari calon teman hidup...**ehh??boleh jumpa ke time sesak2 camnie??


Kembara sempena J Card Day pada petang semalam berakhir & aku pulang membawa sepotong carrot slice & paparoti.

May 23, 2009

Night at The Muzium2 and Star Trek (2009) : movie marathon bersama ir

1500
210509
City Square JB

Plan asal adalah temankan ir cari jaket..err tetiba jadi movie marathon bersama ir..eh?? padahal dalam hati memang ada niat nak tengok movie pun hehehe

Teman ir lunch dekat food court CS JB
Nasi+rendang daging+ayam goreng=RM10.50 ~~~mahal tahap gaban


memperkenalkan donut J.Co yg sangat lembut yummy2 kepada ir

1/2 dozen J.Co yg telah naik lagi harganya RM2.40 seketul
1/2 dozen = RM12.00++

the donut girl..actually she is gadis pemakan donut
she is young, single & available ;p

Kami tengok Night at the museum 2 (NATM2) & Star Trek: The Future Begins (Malaysia: English title) ..We love both movies..Balik dengan suka hati..lalalala Bagi sesape yg xsuka NATM2 jangan gaduh2 yerr.. Biasa la kadang2 sequel tak berapa best berbanding yg pertama
Malas la pulak nak buat review. Papehal enjoy the trailer..okay??


NATM2


my rating: 2.8/5
to read sypnopsis NATM2 here
to read review for this film here



Star Trek


my rating:3/5
to read sypnopsis Star Trek here
to read review for this film


note:review & sypnopsis may contain spoilers


The Body Shop sale is back!!!


Hanya nak berkongsi info dengan yg lain. Jualan hebat setahun sekali di kedai The Body Shop telah kembali. So, semalam dengan excitednya kak mars & me dah pergi melawat The Body Shop yg terdekat.Kat mane lagi kat dalam Jusco Tmn U la..

Ehemm..ehemm..ada pembetulan sikit. Bukan setakat pergi melawat tapi pergi shopping hehe Ada la kami borong sikit.. maklumlah bukan senang nak dapat harga camtue, setahun sekali je.. (alasan no 1). lagipun memang stok perfume kat bilik dh nak abes sangat dah..ada la dlm suku botol..err xsampai suku pun rasanya (alasan no 2).

Tambahan pulak, aku ada membership The Body Shop..so, masa beli semalam tambah lagi 10% diskaun bagi setiap item yg dibeli (alasan no 3)...Bila dah nak bayar teringat pulak dekat En. ATB. Tup tup En. ATB call. Ehh, dia pun nak perfume jugak?? Maka, tolongla beli satu untuk dia - EDT Kistna 100mL (alasan no 4).

Jualan yg ada diskaun nie bermula 22 Mei 2009 - 14 Jun 2009. Untuk yg ada membership ada 3 special days (22/05/09 - 24/05/09) where every purchased items get extra 10% off upon presenting your Mykad.


EDT Kistna 100mL original price RM105
after less - RM85.05

March 2, 2009

when girls went for shopping

Sabtu lepas, kak mars diminta mewakili pengetua menghadiri majlis makan malam Kolej Tun Fatimah (KTF). Bila kata nak pergi dinner orang perempuan biasala, mesti sibuk nak shopping cari baju la kasut la tudung la..

so, kami pun rancang nak g ke Kotaraya, JB untuk shopping pape yg patut. Tema dinner KTF adalah pink, merah, putih..Kalau boleh mestilah nak menepati tema kan?? hehehe

Asalnya, me nie jadi peneman kak mars shopping jer..tetiba masa tengah lunch, pengerusi JKM call. 'kak, tolong ganti saya g dinner KTF malam nie'... so, akhirnya, nak tak nak kena la join shopping sekali..(alasan jer nie..) huhuhu

Tapi prob utama adalah bajet..alamak..bulan nie mana ada bajet nak shopping..so, kena korekla tabung yogurt kat bilik tue..kat Kotaraya memg port orang2 melayu. Baju2 yg sesuai dengan adat budaya & tatasusila orang melayu. Kalau pergi kat City Square JB tue memang tak jumpalah..fesyen baju pelik2 remaja zaman sekarang je yg berlambak kat sana.

Dari satu butik ke satu butik kami jelajah.. 'wahh..cantiknya baju nie..', 'ha..yg nie sweet la..', 'yg nie pulak kalau match kan ngn yg tue sure cun abes', 'comelnya kalau pakai baju nie..kawaiiii', ...ha tue la antara dialog2 kami sepanjang jalan2 cari baju di Kotaraya. tapi lepas dialog tue ada satu lagi dialog wajib.. 'uwaaa..sepasang jer tiga ratus ringgit??!!!', 'mak ai...harga baju nie separuh gaji nie','pehhh..demam tak kebah tgk harga baju'...

hmm..kenapa agaknya baju2 tue mahal sangat..kadang2 rasa macam tak berbaloi jer..fabrik macam biasa jer, ada tue blous kami jumpa fabriknya keras je, design pun takde la cantik sangat tapi harga sampai RM80..belum masuk skirt/kain die lagi..satu perkara yg kami perasan adalah kebanyakan kedai mahal2 nie mesti tak ramai orang masuk. Kedai tue sunyi jer..yela, dah mahal sangat sape nak beli?? Nak kata design baju tue ekslusif sangat tak jugak..maybe sewa kedai mahal kot..sebab tue diorang kenakan harga mahal kat pelanggan.

Satu lagi situasi yg kami hadapi adalah...'tengok patung pakai baju nie cantik jer, tapi bila kita try kenapa macam ada yg tak kena?Macam tak sesuai je..' ha..korang pernah lalui pengalaman macam nie??? hahaha...nie pengalaman yg biasa dialami oleh ramai perempuan termasuklah orang yg menulis nie..

yela, patung tue biasanya tinggi, figure cantik, takde tisu adipos(lemak) yg terbonjol sana sini..tak kurus sangat tak gemuk..sebab tue kita selalu nampak apa yg patung pakai semuanya cantik. Walaupun begitu, tak bermakna kita yg takde figure cun macam patung tak boleh beli baju cantik2. Boleh jer...tapi kena la pandai matching & pilih yg sesuai ikut bentuk tubuh..

Berbalik kepada kisah me & kak mars g shopping untuk dinner tadi. Memandangkan butik2 lain menawarkan harga yg melebihi bajet, maka kami pun sepakat memilih untuk ke butik First lady. First lady menawarkan harga yg sangat berpatutan & pelbagai pilihan baju kurung, kebaya, kebarung & blous.

Rambang mata kejap dibuatnya..memandangkan masa yg semakin suntuk, i chose to spend not more than RM6o for a simple plain red baju kurung. tapi baju nie ada labuci2 dijahit pada kolar, pergelangan tangan & hujung baju. Takdela sarat sangat . Plus, tak perlu la pening2 nak fikir untuk beli aksesori hiasan lain. oraitla tue kan...at least next time, boleh pkai g kenduri kawin ke, majlis2 formal lain ker..
Related Posts with Thumbnails