Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label kaki shopping. Show all posts
Showing posts with label kaki shopping. Show all posts

July 29, 2013

Backpack to Hatyai Part 3



5 perkara wajib buat di Hatyai


1.      Makan. Terdapat banyak makanan & minuman yang sedap-sedap dan halal yang boleh kita cuba di Hatyai. Antara yang paling popular ialah pulut mangga/durian,  tomyam (menu wajib), sarang burung, somtam (sejenis kerabu), udang galah sebesar lengan dan banyak lagi. Kebanyakan makanan-makanan ini boleh didapati daripada gerai-gerai (hawker stall) di sekitar hadapan Lee Garden Plaza Hotel.


Semasa di Hatyai, ada satu gerai minuman yang jadi favourite aku setiap malam. Gerai ini menjual pelbagai jenis minuman seperti lai chi kang, teh tarik,dsb.. Air kegemaran aku ialah sarang burung dan barli panas. Memang sedap.

 








2.      Urutan thai (Thai massage). Kadar cas urutan di Hatyai sangatlah murah. Serius murah. Kebiasaannya sekitar 200-300 bhat sahaja. Terdapat banyak kedai-kedai yang menawarkan khidmat urutan kaki dan badan. Pekerja-pekerjanya juga sangat peramah dan mudah mesra.

Selepas seharian berjalan ke sana ke sini, bila dapat urut kaki memang best. Bagi yang tak biasa berurut memang rasa sakit mula-mula.Tapi lepas tue rasa bestnyaaaa………ringannya badan & kaki. Esok boleh sambung jalan-jalan dan shopping lagi. Yaahuuu..

 

3.      Menaiki tuk-tuk. Tuk-tuk adalah sejenis pengangkutan utama dan terkenal di Hatyai. Tuk tuk digunakan bagi perjalanan jarak dekat di sekitar Bandar Hatyai.  Aku berpeluang menaiki tuk-tuk dari hotel ke Khlong Hae Floating Market dan bersiar-siar di sekitar Bandar Hatyai. Tuk-tuk yang kami naiki ini telah diubahsuai sedikit dan dilengkapi dengan sistem audio yang memang woowwwwww!! Siap boleh karaoke sepanjang jalan.

 
 


4.       Shopping. Kalau datang Hatyai tapi tak membeli apa-apa memang tak sah. Hatyai boleh dipanggil syurga shopping dan menawarkan pelbagai barangan daripada pakaian, aksesori hinggalah ke makanan. Beberapa tempat tumpuan shopping bagi pelancong ialah seperti di Santisuk Market, Kim Yong Market, Pasar Besar Hatyai, Pink Lady dan pasar malam.  

Barang-barang di Hatyai memang murah dan banyak pilihan. (Jika korang tak kisah pasal jenama).  Memang rambang mata lah kalau menjejakkan kaki ke pasar malam mahupun tempat-tempat shopping di Hatyai. Aku berjaya membeli sehelai cardigan dengan harga 100Tbhat sahaja. Kalau bukan sebab duit yang ku bawa terhad, haruslah aku dah borong 5-6 helai cardigan.  Jeans pun banyak pilihan dan murah. Aku tak beli sebab malas nak fitting.

 




5.      Lawatan ke Klonghae Floating Market (pasar terapung Klonghae). Floating market ni adalah tempat wajib dikunjungi. Uniknya di sini ialah terdapat ramai peniaga yang berdagang/berjualan dari dalam perahu. Ada lebih dari 20 perahu yang menawarkan pelbagai juadah makanan dan minuman yang enak.

Kebanyakan peniaga ini pula rata-rata adalah muslim. Kebanyakan makanan dan minuman di sini jual dengan harga 20-30 Tbhat sahaja. Antara juadah yang menarik ialah air minuman dan ais krim di jual dalam bekas tanah liat dengan pelbagai rupa bentuk. Bekasnya boleh dibawa pulang dan dibuat hiasan.






 
Kalau inginkan kelainan, cubalah lepak di depan Lee Garden Plaza Hotel pada waktu malam. Tak payah jalan jauh-jauh.  Memang meriah. Korang boleh makan, minum, shopping, massage dan cuci mata sambil tengok gelagat manusia. Korang akan jumpa ramai pelancong yang kebanyakkannya ialah orang Malaysia.


Dalam satu hari, penjaja-penjaja di hadapan Lee Gardens Plaza Hotel akan bertukar ganti. Waktu pagi, petang dan malam kita akan lihat penjaja yang berbeza di tempat yang sama.



Satu perkara menarik tentang penjaja di hadapan Lee Garden Plaza Hotel ialah sifat bertanggungkawab mereka menjaga kebersihan gerai dan persekitaran mereka. 

Tamat waktu jualan, mereka akan membersihkan kawasan tersebut sebelum pulang. Mereka tidak bersifat pentingkan diri kerana mereka sedar tapak menjaja turut dikongsi dan diguna bersama oleh penjaja lain pada waktu yang berbeza.

Adios.....

Best regards,
aurikel


 

 

December 25, 2012

|Kaki Shopping - Buku| Popular Bookshop

Salam a'laik.

Attention: Kaki shopping merangkap kaki buku.

Too bad I missed the BIG BAD WOLF di The Mines tempoh hari. They were having 60 hours non stop giving 75%-95% discounts on books. Gila tak best?? Kalau jadi pergi, confirm lebih dari sedozen buku iols borong bawak balik tau.
 


Walaupun tak dapat pergi BIG BAD WOLF dan borong sedozen buku, dapat borong buku dekat POPULAR bookshop pun jadilah. hehehe

Sekarang sampai 31 Disember 2012, POPULAR Book di Summit USJ adakan diskaun 20% hingga 70%.  Kebanyakan novel fiksyen 20% diskaun, buku-buku ilmiah ada 20% hingga 25% diskaun. Hard cover book ada yang less sampai 70%. Unfortunately, tiada yang menarik minat aku bah.


 
Gaji mahupun claim semua belum masuk. Maka, ini jela hasil tangkapan yang berjaya dibuat. Mami said Alhamdulillah. Praise to Allah. Ada juga rezeki nak beli buku kan...
 
Hmm..asyik tambah koleksi novel je. Buku-buku agama???? hehehehhe  rasa nak sekeh kepala sendiri kan. Liat sungguh.



Truly iolls,
aurikel


November 27, 2012

Salvatore Ferragamo Leather Purse

Ahoyyy!!! Seriously..saya jatuh hati tengok purse Salvatore Ferragamo yang simple tapi cun ahh!! Kalau tak beli pun, jom cuci mata...hehehehe

Salvatore Ferragamo Continental Wallet
Color: Charcoal - seriously suka color nie. rare.
Material: calfskin leather
Measurement: (Approximately) Length 19cm; Height 10.5cm; Width 3cm

Salvatore Ferragamo Continental Wallet
This one sama macam yang kat atas tapi berbeza warna.
Color: Poudre - most people call it pink belacan kan??? nice & sweet
Material: calfskin leather
Measurement: (Approximately) Length 19cm; Height 10.5cm; Width 3cm

 
Salvatore Ferragamo Gancio Bit Continental Wallet
Sleeek style kan... ??
Color: Blue baltic - smart & elegant color
Material: Pebbled calf leather
Measurement: (Approximately) Length 18cm; Height 8.5cm; Width 2cm
 
 
Siapa purplelicious punya orang, Gancio Bit Continental wallet also available in purple color.
 

 
.....or maybe .........

 
 
If you like them, or looking for sleek & elegant wallet, please visit REEBONZ ya!!
Happy shopping!!
 
 
 
xoxo
aurikel



October 31, 2012

Kaki Shopping @ Reebonz

Hye girls!!
For those who love shopping branded handbags, you may check this out!
|
|
|
|
V
 

REEBONZ.COM

 
Practise Smart Shopping ya !!


Regards,
aurikel

 
 
 

August 15, 2012

Kaki Shopping! Victoria Secret

...

xoxo
...

Salam. Hye reader..Who love Victoria Secret?? ME!!! cewahh..laju je jawab. Sendiri tanya sendiri jawab kann.... Besides The Body Shop, Victoria Secret is another of my favourite. So....for this coming raya...taaadddaaaaaa...


And of course, this is my forever favourite smell among VS Fantasies. I took gift set which include 1 body mist, 1 lotion and 1 shower foam. Not to forget an extra body mist is Ravishing Love scent.

Rabak poket lagi... T_T

For those who love online shopping, don't waste your time and energy. You may purchase lots of great scent from cikmune onlineshop. 














Ehhh???!! Hari nie last la promo! Aigooo.. But..don't worry. Promo nie mungkin last hari nie tapi macam2 lagi product VS dijual dengan harga yang berpatutan.

Ciou!! Happy shopping girls!!


Regards,
aurikel


August 9, 2012

Kaki Shopping! Karpet Jakel

...
xoxo
...

Salam. Macam dah lama tak shopping. Last week demi memenuhi tuntutan material jiwa raga kami berdesup pergi jualan karpet Jakel di seksyen 7, Shah Alam.

Sila layan...

 Lokasi :Seksyen 7 Shah Alam


Tikar buluh nie serius murah kot?? Dulu aku beli saiz 150x170 nie RM35


Pelbagai jenis karpet 


Karpet mesir. Cantik, berbulu tebal, besar & berat. So tak sesuai untukku.



Tadddaaa!!! Ini jelah hasil tangkapan aku pada hari tersebut. Jadi la kaaann...rabak gak poket aku. kuikuikui. Hajat asal nak beli karpet shaggy. Alaaa...yang bulu-bulu tebal macam bulu teddy bear tue..yeke macam bulu teddy bear?? Alaa... karpet yang kalau jalan atas tue tenggelam kaki tau... 

Tapi pilihan corak yang ada agak terhad. Kualitinya juga agak kurang memuaskan hati. Sebabnya bulu karpet tue kurang tebal dan agak jarang-jarang. Boleh nampak lapisan bawah. Sekali tengok karpet shaggy kat situ macam rambut pelanggan Yun Nam Hair Care yang mengalami masalah keguguran rambut.  hehehe

Thus,  this shaggy carpet definitely is a big no for me. So, demi untuk menjadikan duit petrol dan tol untuk ke sini tidak sia-sia, maka aku pun beli la sehelai karpet jenis corak timbul. Not bad la. 

Pilihan karpet memang banyak. It is just a matter of korang berkenan ke tak suka ke tak. Taste kita kan lain-lain. Satu lagi yang penting korang mesti rajin tawar menawar. Kalau kat situ tulis harga RM699 then diorang dah turunkan sampai RM399, korang still boleh bargain lagi. Boleh turun sampai RM250. Jangan ambil then terus bayar je.

Tak caya?? Sila cuba..sebab aku berjaya hehehe Tapi kalau tak berjaya sila jangan salahkan aku.. Mungkin skill negotiation kurang tak cukup power lagi.

Tak rugi ringan mulut bertanya dan tawar menawar. Diorang pun baik je layan korang. Kalau korang rasa berkenan dengan mana-mana karpet yang bergulung, diorang sangat teruja nak tolong buka bagi korang tengok. Just ask any of their worker. 

Kalau tak silap aku, diorang pun ada happy hour time. Tapi tak lama. Lebih kurang 10 minit je. Masa nie diorang akan turunkan harga karpet kaw-kaw punya turun harga. So, siapa cepat dia dapat.!! 

K.ar Adiosssss...Happy shopping!!!


Regards,
aurikel


June 16, 2012

Tudung Segera Paku Pakis

...

xoxo
...

Orang Malaysia memang kreatif. Corak tudung pun boleh diberi macam-macam nama. Kalau difikirkan logik ada bagusnya..kalau takde nama, susah pulak nama rujuk yang mana satu. kan??

Hari Jumaat yang lepas, saya berkesempatan jalan2 cuci mata di Jalan TAR. Punya la banyak pilihan tudung dan kain hela. Rambang mata dibuatnya..sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Tapi yang menarik perhatian saya adalah gelagat peniaga yang kreatif demi menarik perhatian pelanggan dan bersaing sesama sendiri.

Salah satu taktik menarik perhatian pelanggan ialah dengan memberi nama yang unik dan kreatif pada tudung jualan mereka.

mentang-mentang KL selalu jerebu

Nie dah takde idea sangat la ni

Kulat susu???

Paku pakis pun boleh glamer dekat KL ni



nota kuku: saya jeles tengok orang pakai tudung segera tapi masih nampak cun. Kenapa muka saya kalau pakai tudung segera nie nampak macam muka makcik-makcik???


Regards,
aurikel



December 21, 2010

|Kaki Shopping| Habib Jewel

..
Ini entri malas + takde mood. 
Kan best kalau ada orang nak bawak pergi shopping kat Habib Jewel.
Tak mintak banyak pun..dapat sebentuk pun jadi lah hhehehehe

...



December 2, 2010

|Kaki Shopping| Larrie Shoes Warehouse Sale

...

Cari kasut kerja? Kasut jalan-jalan?
Kasut nak buat hantaran?? Sandal?
Larrie Corporation is having its WAREHOUSE SALES!!!
3 Dec 2010 – 5 Dec 2010

Brand offered:
  • Larrie
  • Camel Active
  • Alain Delon
  • NYC
  • Crocodile
  • Marelli

Location: SERDANG
Time: 10:00AM – 8:00PM
Address: No.1, Jalan BS 7/1, Tmn Bukit Serdang, Seksyen 7, 43300, Sri Kembangan, Selangor





November 24, 2010

|Kaki Shopping| Reject Shop Warehouse Sale



Lokasi :
Metrojaya Warehouse
Lot 15 Jalan Ragum 15/17
Section 15
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia


May 21, 2010

The Body Shop Sale Mania

It's SALE time! 

Sape2 nak shopping perfume, skincare products @ The Body Shop dengan diskaun up to 70% boleh la menyerbu kedai-kedai The Body Shop yang berhampiran bermula 21May hingga 13 June!!

Attention to all LOVE YOUR BODY (LYB) MEMBERS!!!
(senang cakap kepada ahli-ahli The Body Shop)

EXTRA 10% OFF 
on already discounted prices (70%+10%=80%) upon presenting your mycard
make sure korang bawak kad pengenalan tau!!
kang tak dapat diskaun jgn salahkan ai puloks
Just for 3 DAYS
21-23 May 2010

Kepada sape2 yang nak shopping kat The Body Shop tapi bukan member boleh la bawak ai..Setakat nak tolong add on extra 10% diskaun untuk korang, takde hal la. Ai tak mintak balasan..tapi kalau nak hulur-hulur Japanese Blossom barang sebotol, lagi ai sukerr..huhuhuhuuu... sorry, tergediks puloks!!

Don't forget to bring your own shopping bag!! Save our heritage!!

Related Posts with Thumbnails