Pages

Ads 468x60px

.

Labels

July 29, 2013

Backpack to Hatyai Part 3



5 perkara wajib buat di Hatyai


1.      Makan. Terdapat banyak makanan & minuman yang sedap-sedap dan halal yang boleh kita cuba di Hatyai. Antara yang paling popular ialah pulut mangga/durian,  tomyam (menu wajib), sarang burung, somtam (sejenis kerabu), udang galah sebesar lengan dan banyak lagi. Kebanyakan makanan-makanan ini boleh didapati daripada gerai-gerai (hawker stall) di sekitar hadapan Lee Garden Plaza Hotel.


Semasa di Hatyai, ada satu gerai minuman yang jadi favourite aku setiap malam. Gerai ini menjual pelbagai jenis minuman seperti lai chi kang, teh tarik,dsb.. Air kegemaran aku ialah sarang burung dan barli panas. Memang sedap.

 








2.      Urutan thai (Thai massage). Kadar cas urutan di Hatyai sangatlah murah. Serius murah. Kebiasaannya sekitar 200-300 bhat sahaja. Terdapat banyak kedai-kedai yang menawarkan khidmat urutan kaki dan badan. Pekerja-pekerjanya juga sangat peramah dan mudah mesra.

Selepas seharian berjalan ke sana ke sini, bila dapat urut kaki memang best. Bagi yang tak biasa berurut memang rasa sakit mula-mula.Tapi lepas tue rasa bestnyaaaa………ringannya badan & kaki. Esok boleh sambung jalan-jalan dan shopping lagi. Yaahuuu..

 

3.      Menaiki tuk-tuk. Tuk-tuk adalah sejenis pengangkutan utama dan terkenal di Hatyai. Tuk tuk digunakan bagi perjalanan jarak dekat di sekitar Bandar Hatyai.  Aku berpeluang menaiki tuk-tuk dari hotel ke Khlong Hae Floating Market dan bersiar-siar di sekitar Bandar Hatyai. Tuk-tuk yang kami naiki ini telah diubahsuai sedikit dan dilengkapi dengan sistem audio yang memang woowwwwww!! Siap boleh karaoke sepanjang jalan.

 
 


4.       Shopping. Kalau datang Hatyai tapi tak membeli apa-apa memang tak sah. Hatyai boleh dipanggil syurga shopping dan menawarkan pelbagai barangan daripada pakaian, aksesori hinggalah ke makanan. Beberapa tempat tumpuan shopping bagi pelancong ialah seperti di Santisuk Market, Kim Yong Market, Pasar Besar Hatyai, Pink Lady dan pasar malam.  

Barang-barang di Hatyai memang murah dan banyak pilihan. (Jika korang tak kisah pasal jenama).  Memang rambang mata lah kalau menjejakkan kaki ke pasar malam mahupun tempat-tempat shopping di Hatyai. Aku berjaya membeli sehelai cardigan dengan harga 100Tbhat sahaja. Kalau bukan sebab duit yang ku bawa terhad, haruslah aku dah borong 5-6 helai cardigan.  Jeans pun banyak pilihan dan murah. Aku tak beli sebab malas nak fitting.

 




5.      Lawatan ke Klonghae Floating Market (pasar terapung Klonghae). Floating market ni adalah tempat wajib dikunjungi. Uniknya di sini ialah terdapat ramai peniaga yang berdagang/berjualan dari dalam perahu. Ada lebih dari 20 perahu yang menawarkan pelbagai juadah makanan dan minuman yang enak.

Kebanyakan peniaga ini pula rata-rata adalah muslim. Kebanyakan makanan dan minuman di sini jual dengan harga 20-30 Tbhat sahaja. Antara juadah yang menarik ialah air minuman dan ais krim di jual dalam bekas tanah liat dengan pelbagai rupa bentuk. Bekasnya boleh dibawa pulang dan dibuat hiasan.






 
Kalau inginkan kelainan, cubalah lepak di depan Lee Garden Plaza Hotel pada waktu malam. Tak payah jalan jauh-jauh.  Memang meriah. Korang boleh makan, minum, shopping, massage dan cuci mata sambil tengok gelagat manusia. Korang akan jumpa ramai pelancong yang kebanyakkannya ialah orang Malaysia.


Dalam satu hari, penjaja-penjaja di hadapan Lee Gardens Plaza Hotel akan bertukar ganti. Waktu pagi, petang dan malam kita akan lihat penjaja yang berbeza di tempat yang sama.



Satu perkara menarik tentang penjaja di hadapan Lee Garden Plaza Hotel ialah sifat bertanggungkawab mereka menjaga kebersihan gerai dan persekitaran mereka. 

Tamat waktu jualan, mereka akan membersihkan kawasan tersebut sebelum pulang. Mereka tidak bersifat pentingkan diri kerana mereka sedar tapak menjaja turut dikongsi dan diguna bersama oleh penjaja lain pada waktu yang berbeza.

Adios.....

Best regards,
aurikel


 

 

No comments:

Related Posts with Thumbnails