Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label hatyai. Show all posts
Showing posts with label hatyai. Show all posts

July 29, 2013

Backpack to Hatyai Part 3



5 perkara wajib buat di Hatyai


1.      Makan. Terdapat banyak makanan & minuman yang sedap-sedap dan halal yang boleh kita cuba di Hatyai. Antara yang paling popular ialah pulut mangga/durian,  tomyam (menu wajib), sarang burung, somtam (sejenis kerabu), udang galah sebesar lengan dan banyak lagi. Kebanyakan makanan-makanan ini boleh didapati daripada gerai-gerai (hawker stall) di sekitar hadapan Lee Garden Plaza Hotel.


Semasa di Hatyai, ada satu gerai minuman yang jadi favourite aku setiap malam. Gerai ini menjual pelbagai jenis minuman seperti lai chi kang, teh tarik,dsb.. Air kegemaran aku ialah sarang burung dan barli panas. Memang sedap.

 








2.      Urutan thai (Thai massage). Kadar cas urutan di Hatyai sangatlah murah. Serius murah. Kebiasaannya sekitar 200-300 bhat sahaja. Terdapat banyak kedai-kedai yang menawarkan khidmat urutan kaki dan badan. Pekerja-pekerjanya juga sangat peramah dan mudah mesra.

Selepas seharian berjalan ke sana ke sini, bila dapat urut kaki memang best. Bagi yang tak biasa berurut memang rasa sakit mula-mula.Tapi lepas tue rasa bestnyaaaa………ringannya badan & kaki. Esok boleh sambung jalan-jalan dan shopping lagi. Yaahuuu..

 

3.      Menaiki tuk-tuk. Tuk-tuk adalah sejenis pengangkutan utama dan terkenal di Hatyai. Tuk tuk digunakan bagi perjalanan jarak dekat di sekitar Bandar Hatyai.  Aku berpeluang menaiki tuk-tuk dari hotel ke Khlong Hae Floating Market dan bersiar-siar di sekitar Bandar Hatyai. Tuk-tuk yang kami naiki ini telah diubahsuai sedikit dan dilengkapi dengan sistem audio yang memang woowwwwww!! Siap boleh karaoke sepanjang jalan.

 
 


4.       Shopping. Kalau datang Hatyai tapi tak membeli apa-apa memang tak sah. Hatyai boleh dipanggil syurga shopping dan menawarkan pelbagai barangan daripada pakaian, aksesori hinggalah ke makanan. Beberapa tempat tumpuan shopping bagi pelancong ialah seperti di Santisuk Market, Kim Yong Market, Pasar Besar Hatyai, Pink Lady dan pasar malam.  

Barang-barang di Hatyai memang murah dan banyak pilihan. (Jika korang tak kisah pasal jenama).  Memang rambang mata lah kalau menjejakkan kaki ke pasar malam mahupun tempat-tempat shopping di Hatyai. Aku berjaya membeli sehelai cardigan dengan harga 100Tbhat sahaja. Kalau bukan sebab duit yang ku bawa terhad, haruslah aku dah borong 5-6 helai cardigan.  Jeans pun banyak pilihan dan murah. Aku tak beli sebab malas nak fitting.

 




5.      Lawatan ke Klonghae Floating Market (pasar terapung Klonghae). Floating market ni adalah tempat wajib dikunjungi. Uniknya di sini ialah terdapat ramai peniaga yang berdagang/berjualan dari dalam perahu. Ada lebih dari 20 perahu yang menawarkan pelbagai juadah makanan dan minuman yang enak.

Kebanyakan peniaga ini pula rata-rata adalah muslim. Kebanyakan makanan dan minuman di sini jual dengan harga 20-30 Tbhat sahaja. Antara juadah yang menarik ialah air minuman dan ais krim di jual dalam bekas tanah liat dengan pelbagai rupa bentuk. Bekasnya boleh dibawa pulang dan dibuat hiasan.






 
Kalau inginkan kelainan, cubalah lepak di depan Lee Garden Plaza Hotel pada waktu malam. Tak payah jalan jauh-jauh.  Memang meriah. Korang boleh makan, minum, shopping, massage dan cuci mata sambil tengok gelagat manusia. Korang akan jumpa ramai pelancong yang kebanyakkannya ialah orang Malaysia.


Dalam satu hari, penjaja-penjaja di hadapan Lee Gardens Plaza Hotel akan bertukar ganti. Waktu pagi, petang dan malam kita akan lihat penjaja yang berbeza di tempat yang sama.



Satu perkara menarik tentang penjaja di hadapan Lee Garden Plaza Hotel ialah sifat bertanggungkawab mereka menjaga kebersihan gerai dan persekitaran mereka. 

Tamat waktu jualan, mereka akan membersihkan kawasan tersebut sebelum pulang. Mereka tidak bersifat pentingkan diri kerana mereka sedar tapak menjaja turut dikongsi dan diguna bersama oleh penjaja lain pada waktu yang berbeza.

Adios.....

Best regards,
aurikel


 

 

July 8, 2013

Backpack to Hatyai Part 1


Assalamualaikum..

Alohaaaa everyone…It’s been a very long hiatus ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lamanya tak menulis di sini.

Kesempitan waktu? Tidak.

Tiada hot story? Lebih kurang lah.

Kesibukan bekerja? Tak juga.

C’mon… takkan sibuk berchenta???? LOL

 
Ok. Enough. Ketika wujud kelapangan dan mood untuk menulis. Ayuh biarkan jari jemari gemuk ini berlari di atas papan kekunci. Kira-kira dua minggu yang sudah, aku berjaya back pack ke Hatyai. Trip yang singkat tetapi menyeronokkan. Matlamat trip jangka masa pendek ini adalah :

1.       Jejak tanah Hatyai sambil tambah cop dalam pasport

2.       Jalan-jalan di Hatyai sambil melihat keunikan tempat orang

3.       Jalan-jalan melihat dan merasa pelbagai juadah makanan tempatan di Hatyai

4.       Shopping

 
Usai solat Subuh kami bergerak terus menghala Bukit Kayu Hitam. Letak kenderaan di kawasan parkir DUTY FREE ZONE, kami berjalan kaki menghala ke sempadan Bukit Kayu Hitam – Danok. Dari Danok kami menaiki commuter (van) untuk ke Hatyai dengan bayaran THB50. Perjalanan dari Danok ke Hatyai mengambil masa antara sejam ke sejam setengah (bergantung kepada trafik dan pemandu anda).

Di sekitar kawasan sempadan Bukit Kayu Hitam – Danok, terdapat banyak pemandu teksi yang menawarkan perkhidmatan terus dari Danok ke hatyai, Krabi, Bangkok dan banyak lagi kawasan di sekitar Thailand. Jika ke Hatyai, bayaran untuk menggunakan perkhidmatan ini antara 500-600 THB bagi setiap teksi. 

Sebagai pelancong dengan bajet yang terhad, kami memilih untuk menaiki commuter. Bayarannya adalah jauh lebih rendah. Namun,  keadaan dan perkhidmatan commuter adalah sangat selesa. Kebanyakan commuter menggunakan van Toyota Hiace. Sebut sahaja destinasi, penumpang  akan dihantar terus ke depan pintu lokasi penginapan.

Di Hatyai terdapat banyak hotel dengan harga yang sangat berpatutan. Boleh booking atau pun walk- in terus. They will always welcome you. Jika mahukan hotel di kawasan yang sangat dekat dengan pusat beli belah, pasar dan pusat hiburan, terdapat banyak hotel di sekitar Hatyai Central. Antara hotel yang terkenal di sana ialah Lee Garden Plaza Hotel, Grand Hotel.


Bagi manusia yang muda, lasak, sedikit cerewet dan sukakan ketenangan, hotel-hotel di sekitar Hatyai Central bukanlah idalaman hati aku. Walaupun dekat dengan kemudahan pasar & pusat membeli belah, tetapi kawasan tersebut agak sesak dan bising. Bila terlalu dekat dengan semua kemudahan, matlamat untuk jalan-jalan dan menerokai Bandar Hatyai akan berkurang.

Maka, sebuah hotel baru yang tidak jauh dari Hatyai Central telah menjadi pilihan. Hotel tersebut ialah Kiss Gardenhome Chic Hotel. Hotel ini terletak di Haimook Road Hatyai Songkhla, Thailand. Kiss Garden Home Chic Hotel tidak jauh dari kawasan central Lee Garden Plaza Hotel, kira-kira 10 minit berjalan kaki. (kalau kaki sakit sebab dah banyak sangat berjalan, mungkin perlu extra 5minit).

Aku suka hotel ni. Serius! Antara sebab aku suka hotel ni:

1.       Harganya berpatutan dengan biliknya yang cantik. Kadar untuk superior room ialah 850THB/night (including VAT & service charge). Rasanya aku tak jumpa lagi bilik cantik dengan harga macam tue kat Malaysia.

2.       Bilik cantik, bersih dan selesa. Berdasarkan survey, banyak hotel kt Hatyai bilik nampak lama, using & menakutkan. Errrkk..sorry to say tapi bab nie aku memang cerewet.

3.       Kawasan yang tidak terlalu sesak dan bising. Seriously, bila dah penat berjalan aku nak tempat yang tenang dan selesa. Bab nie penting.

Selain itu, bilik-bilk di Kiss GardenHome Chic Hotel dilengkapi dengan aircond, fridge, hair dryer, kettle & toiletries. Meh, kita layan beberapa keeping gambar Kiss GardenHome Chic Hotel, Hatyai.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 



Berapa  bintang nak beri??? :) 
Dekat depan signboard besar nie setiap tengah hari sampai petang ada orang jual air tebu. Tapi sedap lagi tebu Malaysia kot...hehehehe

 
Sekian cerita bahagian pertama backpack trip ke Hatyai. Nanti kita sambung bahagian dua pulak ye.
 
 
Regards,
aurikel

 
  
Related Posts with Thumbnails