Pages

Ads 468x60px

.

Labels

August 9, 2012

Kaki Shopping! Karpet Jakel

...
xoxo
...

Salam. Macam dah lama tak shopping. Last week demi memenuhi tuntutan material jiwa raga kami berdesup pergi jualan karpet Jakel di seksyen 7, Shah Alam.

Sila layan...

 Lokasi :Seksyen 7 Shah Alam


Tikar buluh nie serius murah kot?? Dulu aku beli saiz 150x170 nie RM35


Pelbagai jenis karpet 


Karpet mesir. Cantik, berbulu tebal, besar & berat. So tak sesuai untukku.



Tadddaaa!!! Ini jelah hasil tangkapan aku pada hari tersebut. Jadi la kaaann...rabak gak poket aku. kuikuikui. Hajat asal nak beli karpet shaggy. Alaaa...yang bulu-bulu tebal macam bulu teddy bear tue..yeke macam bulu teddy bear?? Alaa... karpet yang kalau jalan atas tue tenggelam kaki tau... 

Tapi pilihan corak yang ada agak terhad. Kualitinya juga agak kurang memuaskan hati. Sebabnya bulu karpet tue kurang tebal dan agak jarang-jarang. Boleh nampak lapisan bawah. Sekali tengok karpet shaggy kat situ macam rambut pelanggan Yun Nam Hair Care yang mengalami masalah keguguran rambut.  hehehe

Thus,  this shaggy carpet definitely is a big no for me. So, demi untuk menjadikan duit petrol dan tol untuk ke sini tidak sia-sia, maka aku pun beli la sehelai karpet jenis corak timbul. Not bad la. 

Pilihan karpet memang banyak. It is just a matter of korang berkenan ke tak suka ke tak. Taste kita kan lain-lain. Satu lagi yang penting korang mesti rajin tawar menawar. Kalau kat situ tulis harga RM699 then diorang dah turunkan sampai RM399, korang still boleh bargain lagi. Boleh turun sampai RM250. Jangan ambil then terus bayar je.

Tak caya?? Sila cuba..sebab aku berjaya hehehe Tapi kalau tak berjaya sila jangan salahkan aku.. Mungkin skill negotiation kurang tak cukup power lagi.

Tak rugi ringan mulut bertanya dan tawar menawar. Diorang pun baik je layan korang. Kalau korang rasa berkenan dengan mana-mana karpet yang bergulung, diorang sangat teruja nak tolong buka bagi korang tengok. Just ask any of their worker. 

Kalau tak silap aku, diorang pun ada happy hour time. Tapi tak lama. Lebih kurang 10 minit je. Masa nie diorang akan turunkan harga karpet kaw-kaw punya turun harga. So, siapa cepat dia dapat.!! 

K.ar Adiosssss...Happy shopping!!!


Regards,
aurikel


No comments:

Related Posts with Thumbnails