Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

December 15, 2009

Pulau Pangkor & KPJKM



Pada 11 hingga 13 Disember 2009, aku telah menjadi pengiring kepada sekumpulan pelajar untuk program Kem Pembentukan JKM (KPJKM) KDSE di Pulau Pangkor. Walaupun kampung aku kat Perak, tapi selama nie tak pernah lagi sampai kat Pulau Pangkor.Kami bertolak dengan bas UTM lebih kurang 720 pagi dan tiba di Jeti Lumut pada pukul 430petang.


Tiba di Kem Rimba Pangkor, Teluk Nipah


Petang di Pulau Pangkor



Solat subuh berjemaah + tazkirah


Riadah pagi


Bacaan doa sebelum memulakan aktiviti air


 Ready untuk berkayak ke Coral Island


Tagteam PF


Latihan floating


Bersedia untuk aktiviti snorkeling


Sempat bertapa??


Kegegehan


 BBQ time...bagi diorang makan puas2 dulu
kemudian baru boleh buat kerahan minda huhuhu


  Dah puas main air waktu siang..now its working time!!


 Salah satu kumpulan membentangkan kertas kerja..
wahh..KDSE bakal membuka kembali mini mart dengan tagline yg baru
'KDSE dihatiku, singgah selalu lupakan yang lain'


PF-PF yang sempat main jetski...diorang nie gaya je lebey.. hahaha
uwaaaa...pic sendiri main jetski takde terpaksa la tempel muka org lain


Ahad, sebelum balik UTM~~Shopping time....
Thanks to Sha yang menjadi model kaki shopping

Nota jari 1: Great time in pangkor. Best sangat dapat main jetski tapi rasa tak puas sebab sekejap sangat.
Nota jari 2: aaahhhhhhh..gian nak main jetski
Nota jari 3: Kaki luka-luka terpijak batu-batu tajam..Tumitku rabak huhuhuhu...



October 12, 2009

Hari Ahad di Sengkang

Sambungan kisah Program Khidmat Bakti di Sengkang.

Hari ahad. Setelah tidur dengan nyenyak di bilik 313, Hotel Ophir agenda hari itu bermula dengan sarapan pagi di Pekan Tangkak. Pekena roti canai, teh tarik, tauhu sumbat & wantan sekali sekala memang best. Memula jenuh jugak nak cari warung Melayu sebab kawasan Pekan Tangkak tersebut kebanyakannya restoran cina. Tak pasal-pasal lak menu pagi kami itik gantung hehehe

Bila perut dah kenyang, apa lagi?? Shopping time..................

Banyaknya kedai2 kain. Rambang mata aku tengok. Banyak gak corak-corak kain yg aku belum pernah tengok. Hajat di hati memang nak sambar sehelai dua. Comforter satu set dengan bedsheet pun blh dpt dengan harga RM39. Walaupun bukan berjenama terkenal seperti Akemi tapi corak2 & warnanya menarik gak. Queen size tue..


Tapi bila fikir-fikir balik...hmmmm..tak jadi lah. Tiada dalam bajet bulan ini!! Sabarlah wahai nafsu...huhuhu

Budak2 kecik yg sangat gembira bermain kejar2 & hide n seek kat kedai kain.

Selepas shopping, kami kembali ke hotel, bersiap untuk ke majlis penutup INTECH o9 dan check out.

Taadaa....inilah banner program Bakti Siswa INTECH UTM '09

Berbaju oren. Student UTM yg jadi anak-anak angkat orang kampung


Sambutan para VIP & tetamu dimulakan dengan pertunjukan silat Sendeng secara beramai-ramai.


Persembahan silat diiringi pemuzik-pemuzik. Berpeluh-peluh diorang main alat muzik especially yg tukang tiup serunai tue..


Selepas pertunjukan silat beramai-ramai, pertunjukan silat bersenjatakan keris dipersembahkan kepada hadirin & VIP. Tak lama selepas para tetamu duduk di khemah, ucapan aluan & menyanyikan beberapa buah lagu, hujan pun turun dengan lebat.


Khemah VIP


Khemah orang kampung


Aku & si kecik.. err sape lg cute?

Hujan turun sangat lebat. Nasib diorang memang dah sediakan khemah. Memandangkan pengetua aku adalah VIP, maka aku & kuncu-kuncu KDSE pun kena la bertugas jadi baby sitter. Lepas majlis tamat, kami makan2 sket (roti jala & rendang yg sedap + kuih muih yg sedap+ buah tembikai yg digemari ramai).

Dalam perjalanan pulang ke UTM, selepas berhenti di stesen petrol BHP kami pun meneruskan perjalanan dengan confident tak sesat lagi. Agak lama bergerak kami menyaksikan pemandangan yg tidak kami saksikan semalam.

Eh, kenapa kita tak perasan lalu jalan nie semalam ek?

Sebagai penyedap hati, aku pun menjawab pertanyaan sendiri.

Semalam gelap sangat agaknya..sebab tue kita tak perasan.

Keyakinan kami tak lama, apabila kami sampai ke dead end -jalan mati daa...depan ada sungai. huhuhuhu SESAT lagi..




October 10, 2009

Hujung Minggu di Sengkang

Hujung minggu pertama bulan Oktober, join Pengetua KDSE ke Sengkang. Alaaa..yang aku citer kitorang sesat sebab dapat arahan & landmark yg aneh-aneh tue.. (my last post).

Plan asal konon-konon datang nak tolong rewang. Orang kampung nak buat majlis sambutan hari raya pada keesokan harinya (ahad). Memandangkan pengembaraan kami mengambil masa yg lebih panjang dari yg dijangkakan hampir pukul 10 malam baru kami tiba di Sengkang.

Sebaik sahaja sampai di kawasan yg ada banyak pelita (hhaha..nie landmark nie..), actually kawasan masjid, orang kampung & pelajar2 yang terlibat dengan program khidmat bakti tersebut sedang sibuk merewang. Ada yang tengah kacau dodol, masak rendang, masak ketupat, bakar lemang etc etc.

Kampung yg ada pelita..nie la dia
err..xnampak ek pelita tue??maap ler..kamera HP 2.0MP je


Orang2 yg gagah kacau dodol..berpeluh-peluh...


Makcik-makcik nie khusyuk masak rendang sambil berborak..
xbley nak selit langsung..tapi rendang diorang sedap sangat tau


Pakcik -pakcik ngan brader nie plak masak ketupat kot..

Niat nak tolong rewang terpaksa aku batalkan sebab orang2 kampung semua bersemangat nak buat keje. hehehe So, aku pun duduk la kat khemah sambil tengok cerita Geng pengembaraan Upin & Ipin sambil borak2 ngan seorang anak jati kampung nie. Namanya kak Suzana. Dah kahwin dah & dah ada anak pun. Family dia pun terlibat sebagai salah sebuah keluarga angkat bagi pelajar2 dari UTM nie.

Kami bergerak ke tempat penginapan tatkala jam hampir pukul 12 tengah malam. Mata dah mengantuk tahap tak boleh tahan masa tue. Satu hal pulak, tempat penginapan kami terletak di pekan Tangkak. Meredah malam mencari tempat penginapan dengan sekali lagi diberi landmark yg aneh. Kali nie kluenya hotel terletak di sebelah stesen Petronas. Macam masuk Explorace la pulak.

Adehhh...macam la kami nie biasa sangat dengan area Pekan Tangkak tue. Ingat Pekan tue besarnya sekangkang kera? Sampai2 je terus tau kat mane? Kenderaan kami hampir terlepas hotel tersebut kerana tak perasan stesen minyak Petronas yang gelap & sunyi sepi.


3 single beds in Hotel Ophir, Tangkak
Not bad..rasanya dah cukup selesa dah nie. Ada aircond, heater,tv


Okay, time to krohh2x...gudnite..Aktiviti hari Ahad, next post cerita k..daaaa~~



October 8, 2009

Landmark aneh



3 Oktober 2009. 530pm. Toyota Innova hitam dipandu oleh Pengetua KDSE, Dr Haslenda meluncur meninggalkan UTM. Tiga orang PF, seorang staf pejabat KDSE serta 2orang anak Dr Haslenda turut serta dalam perjalanan ke Bukit Gambir, Tangkak.

Sepanjang perjalanan dari Skudai ke Tangkak hujan turun renyai. Pengembaraan menjadi sukar selepas kami keluar dari Plaza Tol Tangkak. Aneh sungguh landmark yang diberi oleh informer. Kami diminta mencari 'jalan baru yang ada kon' dan 'selekoh tajam.' Jenuh pulak kami mencari jalan raya yg baru dibuat + kon+selekoh tajam. Landmark lain yg diberi adalah 2 jambatan.

Pening. Keliru. Sepanjang jalan kami meneliti jalan raya.

Jalan nie macam baru
Tak lah. Nie macam dah 3 bulan buat je..


Yang nie macam jalan baru tak?
Entahla..dahla jalan basah.
Susah nak pasti kan baru atau lama.

Kon pun tak ada.


Nie ke selekoh tajam yg diorang kata tue?
Tajam ke?macam biasa je..
Nak drift pun tak best selekoh mcm nie


Hmm..macam mana la mereka define 'jalan baru'.

Sepanjang jalan kami mencari jalan baru. Nak belok kiri atau kanan, tak de la pulak dalam direction. Setelah beberapa kali berhenti, kami dapat arahan baru untuk belok ke arah Sengkang.

Ggrrrr...kalau bagitau awal2 kan senang. Berdekatan simpang untuk belok ke Sengkong tue ada deretan kedai, CIMB bank, stesen minyak, balai polis traffic light etc etc. Kan lagi mudah kalau mereka bagitau landmark yang senang kita nampak & jumpa.

Nie mesti kes blaja Geografi tak khatam.

Bila dah masuk simpang ke Sengkang sekali lagi kami dapat arahan.

Jalan terus sampai jumpa jalan baru yang ada kon.

haishhhh...memang nak kena diorang nie. Dekat 10 minit, nasib baik jumpa jugak jalan raya yang baru di tar dan ada kon disusun-susun. Tapi kena call jugak nak tau masuk kiri ke kanan.

Arahan seterusnya. Masuk kiri dan jalan terus sampai jumpa pelita.

Pelita?? Dushh..dush..3x

Sekali lagi diorang bagi landmark aneh. Punya la banyak bangunan lain boleh jadi landmark, pelita jugak jadi pilihan. Satu keje la pulak kami kena cari pelita.


Finally, kami jumpa masjid. Depan masjid ada banyak pelita.

Adehhh...kalau mereka cakap 'jalan terus sampai jumpa masjid' kan lagi senang.. Memang wajar kena hantar masuk kelas Geografi la diorang nie.hehehehe


Nota kaki: First time aku jumpa orang bagi landmark aneh2 mcm nie..







October 1, 2009

LINUX VARSITI


Dengan sukacitanya menjemput sesiapa yg berminat menghadiri program Linux Varsiti Edisi Selatan (Johor). Sesiapa yg berminat mengetahui tentang Open Source atau mempunyai pengalaman dalam bidang Open Source sangat dialu-alukan.

Tarikh: 5 Oktober 2009
Masa: 8.30 pagi - 6.30 ptg
Lokasi: Tingkat 4, Blok D07 CICT, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai


Nota kaki 1: Lunch is provided. Limited seat. For first 130 participant only.
Nota kaki 2: Warga UTM yang berminat boleh join Komuniti OSS UTM. Check out more at facebook.


August 25, 2009

3 stooges yg gigih

Hari kedua puasa, sekali lagi berbuka di luar. Kali ini di tempat yg nun jauh tinggi terletak di atas bukit cendawan. Oppss..wujud ke bukit cendawan kat utm? Tak kisahla..yg penting kegigihan kami untuk berbuka di atas bukit tersebut.

Ahli majlis berbuka kali ini cuma 3 orang. Tema berbuka: 3 beradik. Ke 3 stooges?. Almaklumlah yg lain masih berbahagia bersama keluarga di kampung.


bro & sis


home made rendang, sayur & nasi impit from Bahau
ikan pari bakar Taman U mari

Ada la 2 meja lain yg berhampiran ada student2 chinese yg telah berbuka lebih awal di samping meja sebelah kami 2 guys yg sama2 buka puasa gak.

Maka dengan gigihnya kami pun berbuka puasa sambil menikmati view yg indah permai. hahaha indah la sangat.. mata cuma nampak ikan pari je..Anyway, thanks to bro yg belanja ikan pari bakar & bawak sajian yg beraneka and not to forget sis yg beli kuih pulut besar gedabak yg ada letak kelapa. Nama kuih tak tahu. Pandai makan sahaja.hehe

Memang best berbuka dgn menu2 tersebut. Namun, malang memang tidak berbau. Tidak lama kemudian, datangla nyamuk2 yg tidak dijemput menemani kami berbuka. uwaaaa...gatalnya kena geget nyamuk.


nota: Tue la..nak sangat merasa berbuka kat atas bukit kunun. Nah, amek kau. Jadi hidangan berbuka kami la. (Nyamuk, 2009)


August 16, 2009

Short time in KK

I was in Kota Kinabalu from 12 Aug untill 14 Aug 2009 for the International Conference of Chemical Engineering & Bioprocess Engineering 2009 inconjunction with 23rd SOMChE.

First day....
Since the room cleaning service at the Grand Borneo (where we stay) is so 'analytical' cleaning our room, we were not allowed to check in early. We had no choice unless to join the technical session at the conference. I was wearing jeans+MrATB-big-sweater, seating & listening to the presentation.**so unformal..!!malu gak..naseb baek dah mandi...ngeheeeheehee



Upon registration we received a carry bag packed with these stuffs


Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu


2 nights stay at Grand Borneo Hotel

The standard room

my session started at 2pm & I was the 3rd presenter *wajah cuak??

1st nite there - Opening ceremony dinner

part of the menu list......

Sabah culture dance
*censored cket..the cute dancers were showing off their aurat la..hehe

2nd day....
The conference was actually being held at Novotel Hotel, 1 Borneo and our hotel is just next to the 1Borneo Hotel. 1Borneo Hypermall is the largest hypermall /shopping complex in Sabah. *More details please visit their website..okay?

1Borneo Hypermall view at nite

Second day of the conference started at 8am but due to the very nice & great bed of Grand Borneo, we only managed to come to the conference around 9am (+++). *hahaha...

some of the posters display during the 2nd day

morning tea break@ our breakfast

1Borneo is providing free shuttle bus to Warisan Square, Promanade and UMS

Of course that evening was...shopping time...
*best jer tgk lecturer2 nie shopping..time nak bayar, main hulur kad je..

3rd day....

morning newspaper provided by Grand Borneo Hotel


Goodbye Kota Kinabalu
*Flight back to Johor Bahru @ 9.55am


Related Posts with Thumbnails