Pages

Ads 468x60px

.

Labels

October 12, 2009

Hari Ahad di Sengkang

Sambungan kisah Program Khidmat Bakti di Sengkang.

Hari ahad. Setelah tidur dengan nyenyak di bilik 313, Hotel Ophir agenda hari itu bermula dengan sarapan pagi di Pekan Tangkak. Pekena roti canai, teh tarik, tauhu sumbat & wantan sekali sekala memang best. Memula jenuh jugak nak cari warung Melayu sebab kawasan Pekan Tangkak tersebut kebanyakannya restoran cina. Tak pasal-pasal lak menu pagi kami itik gantung hehehe

Bila perut dah kenyang, apa lagi?? Shopping time..................

Banyaknya kedai2 kain. Rambang mata aku tengok. Banyak gak corak-corak kain yg aku belum pernah tengok. Hajat di hati memang nak sambar sehelai dua. Comforter satu set dengan bedsheet pun blh dpt dengan harga RM39. Walaupun bukan berjenama terkenal seperti Akemi tapi corak2 & warnanya menarik gak. Queen size tue..


Tapi bila fikir-fikir balik...hmmmm..tak jadi lah. Tiada dalam bajet bulan ini!! Sabarlah wahai nafsu...huhuhu

Budak2 kecik yg sangat gembira bermain kejar2 & hide n seek kat kedai kain.

Selepas shopping, kami kembali ke hotel, bersiap untuk ke majlis penutup INTECH o9 dan check out.

Taadaa....inilah banner program Bakti Siswa INTECH UTM '09

Berbaju oren. Student UTM yg jadi anak-anak angkat orang kampung


Sambutan para VIP & tetamu dimulakan dengan pertunjukan silat Sendeng secara beramai-ramai.


Persembahan silat diiringi pemuzik-pemuzik. Berpeluh-peluh diorang main alat muzik especially yg tukang tiup serunai tue..


Selepas pertunjukan silat beramai-ramai, pertunjukan silat bersenjatakan keris dipersembahkan kepada hadirin & VIP. Tak lama selepas para tetamu duduk di khemah, ucapan aluan & menyanyikan beberapa buah lagu, hujan pun turun dengan lebat.


Khemah VIP


Khemah orang kampung


Aku & si kecik.. err sape lg cute?

Hujan turun sangat lebat. Nasib diorang memang dah sediakan khemah. Memandangkan pengetua aku adalah VIP, maka aku & kuncu-kuncu KDSE pun kena la bertugas jadi baby sitter. Lepas majlis tamat, kami makan2 sket (roti jala & rendang yg sedap + kuih muih yg sedap+ buah tembikai yg digemari ramai).

Dalam perjalanan pulang ke UTM, selepas berhenti di stesen petrol BHP kami pun meneruskan perjalanan dengan confident tak sesat lagi. Agak lama bergerak kami menyaksikan pemandangan yg tidak kami saksikan semalam.

Eh, kenapa kita tak perasan lalu jalan nie semalam ek?

Sebagai penyedap hati, aku pun menjawab pertanyaan sendiri.

Semalam gelap sangat agaknya..sebab tue kita tak perasan.

Keyakinan kami tak lama, apabila kami sampai ke dead end -jalan mati daa...depan ada sungai. huhuhuhu SESAT lagi..




3 comments:

Anonymous said...

asyik sesat je, kowrang xreti baca signboard ke? he3x

Aidy Shahiezad said...

sepatutnya, makin banyak sesat makin banyak tau jalan lepas tue.. nie aku tengok, makin banyak sesat lagi ade la... huhu...

mune said...

hahaha!!!!
takpe. indah permandangan XD

Related Posts with Thumbnails