Pages

Ads 468x60px

.

Labels

October 8, 2009

Landmark aneh



3 Oktober 2009. 530pm. Toyota Innova hitam dipandu oleh Pengetua KDSE, Dr Haslenda meluncur meninggalkan UTM. Tiga orang PF, seorang staf pejabat KDSE serta 2orang anak Dr Haslenda turut serta dalam perjalanan ke Bukit Gambir, Tangkak.

Sepanjang perjalanan dari Skudai ke Tangkak hujan turun renyai. Pengembaraan menjadi sukar selepas kami keluar dari Plaza Tol Tangkak. Aneh sungguh landmark yang diberi oleh informer. Kami diminta mencari 'jalan baru yang ada kon' dan 'selekoh tajam.' Jenuh pulak kami mencari jalan raya yg baru dibuat + kon+selekoh tajam. Landmark lain yg diberi adalah 2 jambatan.

Pening. Keliru. Sepanjang jalan kami meneliti jalan raya.

Jalan nie macam baru
Tak lah. Nie macam dah 3 bulan buat je..


Yang nie macam jalan baru tak?
Entahla..dahla jalan basah.
Susah nak pasti kan baru atau lama.

Kon pun tak ada.


Nie ke selekoh tajam yg diorang kata tue?
Tajam ke?macam biasa je..
Nak drift pun tak best selekoh mcm nie


Hmm..macam mana la mereka define 'jalan baru'.

Sepanjang jalan kami mencari jalan baru. Nak belok kiri atau kanan, tak de la pulak dalam direction. Setelah beberapa kali berhenti, kami dapat arahan baru untuk belok ke arah Sengkang.

Ggrrrr...kalau bagitau awal2 kan senang. Berdekatan simpang untuk belok ke Sengkong tue ada deretan kedai, CIMB bank, stesen minyak, balai polis traffic light etc etc. Kan lagi mudah kalau mereka bagitau landmark yang senang kita nampak & jumpa.

Nie mesti kes blaja Geografi tak khatam.

Bila dah masuk simpang ke Sengkang sekali lagi kami dapat arahan.

Jalan terus sampai jumpa jalan baru yang ada kon.

haishhhh...memang nak kena diorang nie. Dekat 10 minit, nasib baik jumpa jugak jalan raya yang baru di tar dan ada kon disusun-susun. Tapi kena call jugak nak tau masuk kiri ke kanan.

Arahan seterusnya. Masuk kiri dan jalan terus sampai jumpa pelita.

Pelita?? Dushh..dush..3x

Sekali lagi diorang bagi landmark aneh. Punya la banyak bangunan lain boleh jadi landmark, pelita jugak jadi pilihan. Satu keje la pulak kami kena cari pelita.


Finally, kami jumpa masjid. Depan masjid ada banyak pelita.

Adehhh...kalau mereka cakap 'jalan terus sampai jumpa masjid' kan lagi senang.. Memang wajar kena hantar masuk kelas Geografi la diorang nie.hehehehe


Nota kaki: First time aku jumpa orang bagi landmark aneh2 mcm nie..







8 comments:

Anonymous said...

tu lah..len kali tanya anak jati kampung tu..huhu

aurikelsan said...

sape la anak jati kampung tue? hehe

masa tue first time nak g situ, nama kampung pun diorang tak bagitau.

Fieda said...

haha.. lawak gak... pening kalo dapat landmark yang pelik kan..

Aku pun pernah gak dapat land mark kena cari pokok kelapa sawit.. dalam hati, aku kata kat dalam bandar jln ke airport subang tu ada pokok kelapa sawit kah???

then bila dah sampai area tu ghupenye2 pokok hiasan tepi jalan seakan2 pokok kelapa sawit...

hmmm

Anonymous said...

aku lah anak jati tu..halim cute

Anonymous said...

lawak gler.klo aku bg landmark mcm tu.sure sesatla punyer...
-adah-

cteemars said...

kes y sama dgn "cari pokok puding"

landmark y aneh...ape la budak2 nih..nak mengaku satu UTM malu jadinyer..huhuhuhuhu

Unknown said...

lain kali gune gps..kalau ade line la
ahahah

aurikelsan said...

gps xde, gprs je ada.. hehehe

Related Posts with Thumbnails