August 11, 2010
MC 1 Ramadhan - Antibiotik punya cerita
August 26, 2009
Marah..membatalkan puasa??
Tangan kanan aku sakit dah beberapa hari.Sungguh menyukarkan aku untuk fokus terhadap kerja.
Kegagalan mengisi e-form hrfin dari hari isnin hingga semalam telah berjaya menaikkan sedikit nafsu amarahku.
Berkali2 aku isi. Butang hantar ditekan. Hasilnya?
'Rekod tidak berjaya disimpan. Sila hubungi administrator.'
Tidak kurang dari tiga kali aku menghubungi pihak administrator.
'Sila cuba lagi. Log out dan buat semula'.
Setiap kali nak hubungi mereka, aku cuba lagi. Bukan dua kali tapi empat kali.
Kalau tiga kali aku hubungi mereka maksudnya?3x4
Kalau stamina tangan aku di tahap terbaik mungkin aku masih boleh tersenyum.
Kalau tidak pun hanya mengeluh kecil.
Aku kan manusia jenis cool.
Tapi sekarang aku rasa nak menjerit.
Lahar gunung berapi dah start mendidih.
Jenuh aku beristighfar.
Puas mengingatkan diri sendiri.
Aku sedang berpuasa nie.
Alhamdulillah, kedinginan aircond bilik postgraduate di downstream processsing lab sedikit membantu menyejukkan lahar yg mula nak meletus.
Tetiba pagi nie teringat soalan yang pernah cousin aku tanya pada ibunya.
'Ibu, kalau kita marah2 masa bulan ramadan, batal tak puasa kita?'
Makcik aku senyum.
'Tak batal..tapi Allah lagi suka kalau kita tak marah2.'
MARAH itu sendiri bukanlah satu dosa. Ia adalah perasaan semulajadi yg boleh berlaku pada mana-mana manusia. Malahan, ada marah yang dituntut oleh syarak, iaitu marah kerana ALLAH.
Namun, terdapat dalil tentang larangan mencarut & membuat perkara jahil. Orang yang marah berpotensi mengeluarkan perkataan2 kurang baik.1) Hadis "Apabila salah seorang kamu berpuasa, maka janganlah mencarut dan melakukan pekerjaan jahil, Jika ada orang menyerang kamu, katakan: Aku bepuasa". HR Bukhari (no: 1805) dan Muslim (no: 1151).
2) Hadis "Siapa yg tidak meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya, maka tiadalah hajat bagi Allah untuk dia meninggalkan makan dan minumnya". HR Bukhari (no: 1804).
Menurut Imam Nawawi: yang dimaksudkan dalam hadis2 itu ialah kesempurnaan dan kelebihan puasa akan tercapai dengan cara menjaga diri daripada perkara2 lagho dan percakapan yang kotor. Bukan bermaksud ia membatalkan puasa.
rujukan:
-Majmuk Nawawi 6/356
-al-Hawi al-Kabir oleh Mawardi 3/465
-Syarah Mumtie' Uthaimeen, Kitab: Puasa.
Memang benar marah tidak membatalkan puasa namun marah tanpa sebab yg dibenarkan agama adalah termasuk dalam perkara yg sia-sia. Melakukan hal sia-sia hanya mengurangkan pahala puasa kita.
nota 1: Tangan masih sakit. Kesan panadol extend + ponstan yg kutelan jam 4 pagi tadi telah lenyap.
nota 2: e-form hrfin telah selamat dihantar. Terima kasih kakak rmc yg sudi melayan panggilan bertubi2 dari saya.
August 25, 2009
Batal puasa apabila...
1. Makan dan Minum Dengan Sengaja
Allah Subhabahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam.” (al-Baqarah, 2: 187)
Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))
“Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa.” (Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu Ma’anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza’i, dari ‘Atha’ bin Abi Rabah, dari Ubaid bin ‘Umair, dari Ibnu ‘Abbas)
2. Muntah Dengan Sengaja
Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya.” (Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))
3. Haidh dan Nifas
Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?” Kami katakan, “Ya.” Beliau berkata, “Demikianlah kekurangan agamanya.”
Dalam riwayat lain disebutkan:
“Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya.” (Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu)
Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu’adzah, dia berkata:
“Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah, “Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?” ‘Aisyah berkata, “Apakah engkau wanita Haruri” (Haruri dinisbahkan kepada Harura’ (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, “Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya.” ‘Aisyah berkata, “Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))
4. Suntikan Yang Mengandung Makanan
Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman.
Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.
5. Jima’ (Bersetubuh)
Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): “Jima’ dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima’ tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja.”
Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma’ad (2/66)), “al-Qur-an menunjukkan bahawa jima’ membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini.”
Dalilnya adalah firman Allah:
“Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian.” (al-Baqarah, 2: 187)
Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima’. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima’, maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, (dia berkata):
“Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kemudian berkata, “Ya Rasulullah, binasalah aku!” Rasulullah bertanya, “Apakah yang membuatmu binasa?” Orang itu menjawab, “Aku menjima’i isteriku di bulan Ramadhan.” Rasulullah bersabda, “Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?” Orang itu menjawab, “Tidak.” Rasulullah bersabda, “Duduklah.” Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, “Bersedekahlah dengan kurma ini.” Orang itu berkata “Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, “Ambillah, berilah makan kepada keluargamu.” (Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi’i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))
7. Bersalin
8. Mabuk atau pengsan sepanjang hari

Nota 1: Sumber: http://fiqhmedic.wordpress.com . http://fiqh-sunnah.blogspot.com. Info ramadhan Al-azim.com
Nota 2: Soal jawab puasa yg lain? klik sini yerr..
3 stooges yg gigih

home made rendang, sayur & nasi impit from Bahauikan pari bakar Taman U mari
Maka dengan gigihnya kami pun berbuka puasa sambil menikmati view yg indah permai. hahaha indah la sangat.. mata cuma nampak ikan pari je..Anyway, thanks to bro yg belanja ikan pari bakar & bawak sajian yg beraneka and not to forget sis yg beli kuih pulut besar gedabak yg ada letak kelapa. Nama kuih tak tahu. Pandai makan sahaja.hehe
Memang best berbuka dgn menu2 tersebut. Namun, malang memang tidak berbau. Tidak lama kemudian, datangla nyamuk2 yg tidak dijemput menemani kami berbuka. uwaaaa...gatalnya kena geget nyamuk.
nota: Tue la..nak sangat merasa berbuka kat atas bukit kunun. Nah, amek kau. Jadi hidangan berbuka kami la. (Nyamuk, 2009)
August 23, 2009
Berbuka di hotel
Menarik bunyinya
Hotel 5 bintang?
Hotel 4 bintang?
Hotel 3 bintang pun ok juga
Hotel 2 bintang je?
Hotel 1 bintang tak main la
Buffet?Ala Carte?
Berderet-deret sajian yg menyelerakan
Air liur mula merembes
Yes, masa untuk membaham!
Bila dah kenyang
Perut dah sendat
Mata dah berat
Baru ada yang bertanya
Eh, halal ke makan kat sini?
Huh??
Nota jari 2: kami 10 orang makan di Wakaf Singgora. Restoran tanpa bintang tapi ada lampu kelip2.
Nota jari 3: menu hari ini? petang nanti baru fikir.
Nota jari 4: Pihak2 berkenaan sepatutnya siarkanla senarai hotel yg dah ada sijil halal & belum. Kalau tak mana la orang nak tau.






