Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

February 6, 2011

|JJCM| Budi Restaurant @ PJS 6

 ...
Hoyeeaahh..
Last time makan dengan kawan-kawan. Kali nie makan besar dengan family besar.



fresh orange

fresh mango 

ice lemon tea

teh tarik halia .. serius sangat sedap

ABC kurang manis tapi isi kat bawah macam-macam

air kelapa muda

secukup rasa tapi isi kurang

siakap 3 rasa.. ikan digoreng garing + kuah 3 rasa memang mantop

kailan belacan .. sedap

ikan bawal 3 rasa pun sedaap

 

Menu pilihan untuk 11pax:
|ikan siakap 3 rasa, ikan bawal 3 rasa, kailan belacan, kailan ikan masin, tomyam campurx2, 
udang goreng tepungx2, bihun pataya, chicken chopx2|
+
|Jus orenx3, jus manggax2,ice lemon tea,ABCx3,teh tarik halia|

Total bil = RM151

Secara keseluruhannya, makanan kat tempat nie boleh dikategorikan sebagai sedap. Persekitaran pun bersih dan selesa. Pelayan pun peramah. Cuma servis je agak lambat sikit. Tunggu semua hidangan siap baru mereka hantar sekali. Sebab tue agaknya kami punya tomyam masa mereka hantar dah tak panas lagi. Harga takdela murah sangat tapi kira affordable dan berbaloi la dengan masakan yang dihidangkan.

Harga makanan, menu dan kalau nak buat reservation boleh lawat website Budi Restaurant.

Dari 5 bintang bolehla bagi 4. 

Peta kredit to Budi Restaurant

Lokasi: No 15 &16, Jalan PJS 6A, Kampung Lindungan, 47100 Petaling Jaya, Selangor

p/s: Lupa nak bagitau.. sini ada free wifi.



January 30, 2011

|JJCM| Fig & Olive

...
 Selera kali nie nak makan sesuatu yang baru. Menu baru dan tempat baru. Kebetulan lalu depan Restoran Fig & Olive, tengok interior design dari luar nampak calm & nice je. Orang pun tak ramai sangat. So, apa lagi... Meh rasa makanan ala mediterranean. Tak payah nak pergi jauh-jauh ke , kat Malaysia pun ada.


Fig & Olive Cafe yang kami pergi nie terletak di aras Sunway Pyramid. Berada di laluan Marakesh dan tak jauh dari Pyramid Ice court.


 Yang nie buku menu. Jom jengah hiasan dalaman dia pulak..
..
..
v
v
v



 Hiasan pun ala-ala mediterranean. Simple but nice.
  
 Blackcurrent tea & fresh orange

Serius..sangat suka blackcurrent tea nie. Tanpa gula pun rasa dia dah okay. Perfect combination. Bau blackcurrent yang sangat wangi. Terbuka selera ai tauuu...
 Classic chicken BBQ pasta ~~~ nie kot nama dia. Ada ayam ada pasta dengan carbonara.
Kuah carbonara dia pekat & sedap. Memang sangat mengenyangkan.

 Magribi chicken with olive rice

Desert : Devine brownies ~~~ pergghhh memang menusuk kalbu
Location : LG2-122a lower ground 2,
Marrakesh street,
Sunway Pyramid (new wing),
46150 Petaling Jaya.


May 1, 2010

|JJCM| Dinner @ Taman Sri Manja

Siri jelajah Jalan-jalan cari makan (JJCM) versi aurikelsan kali ini mencuba sebuah restoran di Taman Sri Manja Petaling Jaya. Maaf la ek, hari nie mood perasan nak jadi hos JJCM  ganti Maria Tunku Sabri dengan Serina Rizwan.

Hiasan dalam yang cantik & ceria sesuai untuk sekeluarga

Jus Mangga yang pekat, juicy & kaw
(tapi kami tak suka sangatla, terlalu pekat plus ai memang tak minat jus mangga)

Natural Apple Fresh, memang fresh. tapi nie jus epal suam 
~~bajet nak kurangkan minum ais

Nasi goreng ayam. 
Ayam dan sos boleh tahan rasanya tapi nasi dia ada kurang kick sikit.

Fish & chip
Coslow dia tak best. Veggie terlalu hancur. Patutnya cincang kasar-kasar sikit veggie tue. Fries okay. Mayo dan thousand island pun sedap. Tapi sayangnya fish dia macam tak fresh, keras dan sedikit over cooked la.

Persekitaran: 3/5
Perkhidmatan/layanan: 3/5
Makanan: 2.5/5

March 23, 2009

Finally..






Alhamdulillah..
Last saturday night,
everything went well as planned..
all hard works are over now..
But it worth more than we expect



p/s: penat membuat persiapan masih bersisa, sebab tue post kali nie pendek jer..wait for the details on next post, okeh??

March 8, 2009

MASA '09: special performance by..


Malasla pulak nak tunggu lama2 jawapan untuk soalan teka-teki siapakah artis yg membuat persembahan istimewa sempena MASA '09 tue..ada yg bg jwpn thru YM n email, eleh..segan la tue kalau letak jwpn dekat ruang komen tp jwpn xbtul..huhuhu

Lagipun, since nursia a.k.a ladylike dah bagitau jwpn die kat bhgn komen tue..nak tak nak kena la mengaku jwpn tue betul.. yaa the special guest for that night is NUBHAN....(die nie my kazen ~~ fatin favourite singer tau..apa yg best sgt??ha..yg nie yg me xtau yerr, tue kena tanya fatin..fatin ckp dia hensem??ohhh tidak...muka cam blurr je mlm tue)


Malam tue Nubhan telah memulakan persembahannya dengan lagu yg me suka...lagu Letto yg bertajuk Permintaan hati...apa lagi...Nubhan start je menyanyi maka berduyun-duyun la gadis KTF berlari kehadapan stage..
ramai sangat yg datang depan stage, ada yg ambil gambar, bagi bunga & dtg bersalam..what???!! bersalam..??hmm..nubhan punya pasal, sampai over limit yerr..luupa la tue..mane boleh salam lelaki dgn perempuan bukan muhrim...!! nak kena ketuk tangan diorang2 nie agaknya...


Persembahan kedua & terakhir Nubhan adallah lagu yg telah menaikkan populariti dirinya iaitu ' Ada untukmu'... bagi memeriahkan lagi suasana, Nubhan telah menjemput beberapa orang gadis volunteer untuk berlakon sebagai model2 dlm nyanyiannya...

Ha..apa lagi..berebut2 la gadis pada malam tersebut untuk beraksi secara live di pentas DSI bersama Nubhan..how about me?? me duduk kat meja VIP bersama pengerusi/ wakil dari kolej2 lain..tengok jela gelagat adik-adik tue...lagipun Nubhan jer kat atas tue.. belum cukup nak buat me cairr la...LOL



March 2, 2009

when girls went for shopping

Sabtu lepas, kak mars diminta mewakili pengetua menghadiri majlis makan malam Kolej Tun Fatimah (KTF). Bila kata nak pergi dinner orang perempuan biasala, mesti sibuk nak shopping cari baju la kasut la tudung la..

so, kami pun rancang nak g ke Kotaraya, JB untuk shopping pape yg patut. Tema dinner KTF adalah pink, merah, putih..Kalau boleh mestilah nak menepati tema kan?? hehehe

Asalnya, me nie jadi peneman kak mars shopping jer..tetiba masa tengah lunch, pengerusi JKM call. 'kak, tolong ganti saya g dinner KTF malam nie'... so, akhirnya, nak tak nak kena la join shopping sekali..(alasan jer nie..) huhuhu

Tapi prob utama adalah bajet..alamak..bulan nie mana ada bajet nak shopping..so, kena korekla tabung yogurt kat bilik tue..kat Kotaraya memg port orang2 melayu. Baju2 yg sesuai dengan adat budaya & tatasusila orang melayu. Kalau pergi kat City Square JB tue memang tak jumpalah..fesyen baju pelik2 remaja zaman sekarang je yg berlambak kat sana.

Dari satu butik ke satu butik kami jelajah.. 'wahh..cantiknya baju nie..', 'ha..yg nie sweet la..', 'yg nie pulak kalau match kan ngn yg tue sure cun abes', 'comelnya kalau pakai baju nie..kawaiiii', ...ha tue la antara dialog2 kami sepanjang jalan2 cari baju di Kotaraya. tapi lepas dialog tue ada satu lagi dialog wajib.. 'uwaaa..sepasang jer tiga ratus ringgit??!!!', 'mak ai...harga baju nie separuh gaji nie','pehhh..demam tak kebah tgk harga baju'...

hmm..kenapa agaknya baju2 tue mahal sangat..kadang2 rasa macam tak berbaloi jer..fabrik macam biasa jer, ada tue blous kami jumpa fabriknya keras je, design pun takde la cantik sangat tapi harga sampai RM80..belum masuk skirt/kain die lagi..satu perkara yg kami perasan adalah kebanyakan kedai mahal2 nie mesti tak ramai orang masuk. Kedai tue sunyi jer..yela, dah mahal sangat sape nak beli?? Nak kata design baju tue ekslusif sangat tak jugak..maybe sewa kedai mahal kot..sebab tue diorang kenakan harga mahal kat pelanggan.

Satu lagi situasi yg kami hadapi adalah...'tengok patung pakai baju nie cantik jer, tapi bila kita try kenapa macam ada yg tak kena?Macam tak sesuai je..' ha..korang pernah lalui pengalaman macam nie??? hahaha...nie pengalaman yg biasa dialami oleh ramai perempuan termasuklah orang yg menulis nie..

yela, patung tue biasanya tinggi, figure cantik, takde tisu adipos(lemak) yg terbonjol sana sini..tak kurus sangat tak gemuk..sebab tue kita selalu nampak apa yg patung pakai semuanya cantik. Walaupun begitu, tak bermakna kita yg takde figure cun macam patung tak boleh beli baju cantik2. Boleh jer...tapi kena la pandai matching & pilih yg sesuai ikut bentuk tubuh..

Berbalik kepada kisah me & kak mars g shopping untuk dinner tadi. Memandangkan butik2 lain menawarkan harga yg melebihi bajet, maka kami pun sepakat memilih untuk ke butik First lady. First lady menawarkan harga yg sangat berpatutan & pelbagai pilihan baju kurung, kebaya, kebarung & blous.

Rambang mata kejap dibuatnya..memandangkan masa yg semakin suntuk, i chose to spend not more than RM6o for a simple plain red baju kurung. tapi baju nie ada labuci2 dijahit pada kolar, pergelangan tangan & hujung baju. Takdela sarat sangat . Plus, tak perlu la pening2 nak fikir untuk beli aksesori hiasan lain. oraitla tue kan...at least next time, boleh pkai g kenduri kawin ke, majlis2 formal lain ker..
Related Posts with Thumbnails