Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label red. Show all posts
Showing posts with label red. Show all posts

March 2, 2009

when girls went for shopping

Sabtu lepas, kak mars diminta mewakili pengetua menghadiri majlis makan malam Kolej Tun Fatimah (KTF). Bila kata nak pergi dinner orang perempuan biasala, mesti sibuk nak shopping cari baju la kasut la tudung la..

so, kami pun rancang nak g ke Kotaraya, JB untuk shopping pape yg patut. Tema dinner KTF adalah pink, merah, putih..Kalau boleh mestilah nak menepati tema kan?? hehehe

Asalnya, me nie jadi peneman kak mars shopping jer..tetiba masa tengah lunch, pengerusi JKM call. 'kak, tolong ganti saya g dinner KTF malam nie'... so, akhirnya, nak tak nak kena la join shopping sekali..(alasan jer nie..) huhuhu

Tapi prob utama adalah bajet..alamak..bulan nie mana ada bajet nak shopping..so, kena korekla tabung yogurt kat bilik tue..kat Kotaraya memg port orang2 melayu. Baju2 yg sesuai dengan adat budaya & tatasusila orang melayu. Kalau pergi kat City Square JB tue memang tak jumpalah..fesyen baju pelik2 remaja zaman sekarang je yg berlambak kat sana.

Dari satu butik ke satu butik kami jelajah.. 'wahh..cantiknya baju nie..', 'ha..yg nie sweet la..', 'yg nie pulak kalau match kan ngn yg tue sure cun abes', 'comelnya kalau pakai baju nie..kawaiiii', ...ha tue la antara dialog2 kami sepanjang jalan2 cari baju di Kotaraya. tapi lepas dialog tue ada satu lagi dialog wajib.. 'uwaaa..sepasang jer tiga ratus ringgit??!!!', 'mak ai...harga baju nie separuh gaji nie','pehhh..demam tak kebah tgk harga baju'...

hmm..kenapa agaknya baju2 tue mahal sangat..kadang2 rasa macam tak berbaloi jer..fabrik macam biasa jer, ada tue blous kami jumpa fabriknya keras je, design pun takde la cantik sangat tapi harga sampai RM80..belum masuk skirt/kain die lagi..satu perkara yg kami perasan adalah kebanyakan kedai mahal2 nie mesti tak ramai orang masuk. Kedai tue sunyi jer..yela, dah mahal sangat sape nak beli?? Nak kata design baju tue ekslusif sangat tak jugak..maybe sewa kedai mahal kot..sebab tue diorang kenakan harga mahal kat pelanggan.

Satu lagi situasi yg kami hadapi adalah...'tengok patung pakai baju nie cantik jer, tapi bila kita try kenapa macam ada yg tak kena?Macam tak sesuai je..' ha..korang pernah lalui pengalaman macam nie??? hahaha...nie pengalaman yg biasa dialami oleh ramai perempuan termasuklah orang yg menulis nie..

yela, patung tue biasanya tinggi, figure cantik, takde tisu adipos(lemak) yg terbonjol sana sini..tak kurus sangat tak gemuk..sebab tue kita selalu nampak apa yg patung pakai semuanya cantik. Walaupun begitu, tak bermakna kita yg takde figure cun macam patung tak boleh beli baju cantik2. Boleh jer...tapi kena la pandai matching & pilih yg sesuai ikut bentuk tubuh..

Berbalik kepada kisah me & kak mars g shopping untuk dinner tadi. Memandangkan butik2 lain menawarkan harga yg melebihi bajet, maka kami pun sepakat memilih untuk ke butik First lady. First lady menawarkan harga yg sangat berpatutan & pelbagai pilihan baju kurung, kebaya, kebarung & blous.

Rambang mata kejap dibuatnya..memandangkan masa yg semakin suntuk, i chose to spend not more than RM6o for a simple plain red baju kurung. tapi baju nie ada labuci2 dijahit pada kolar, pergelangan tangan & hujung baju. Takdela sarat sangat . Plus, tak perlu la pening2 nak fikir untuk beli aksesori hiasan lain. oraitla tue kan...at least next time, boleh pkai g kenduri kawin ke, majlis2 formal lain ker..
Related Posts with Thumbnails