Farewell party @Goodbye Dinner untuk salah seorang geng perut stokin yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat phD telah selamat diadakan dengan jayanya di Taman Merdeka, Johor Bahru. Yeaayy..Makan besar lagi. Taman Merdeka jadi pilihan sebab masa kami buat survey tempat nie kira paling okayla.
tauhu
sambal belacan?cencalok?budu?sambal cicah cili padi? sambal tumbuk? semua ada
Hidangan pencuci mulut:
kek, kuih muih & buah-buahan
tak terlalu manis atau terlalu berlemak..
kuahnya tak terlalu pekat atau terlalu cair
puding castard pun ada..bau harum esen vanila
yang nie pun ada..nama apa tah, puding sagu kot
Tadaaaaaaaa...
meja kami dah penuh dengan lauk pauk
nie pun ada lagi yang belum letak..mee/bihun sup..roti jala..nasi arab..
Oh ya. Makan malam BBQ disediakan pada setiap hari Jumaat hingga Ahad. Bayaran lebih sikit la tapi still bawah RM20. Makanan sangat berbaloi dengan harga yang dibayar.
Buat makluman semua, di sini juga menyediakan perkhidmatan karaoke. RM5 bagi setiap 3 lagu. So, kalau dah kenyang perut suka hati, bolehla nyanyi-nyanyi pulak. Jangan risau, mikrofon, speaker, set karaoke & audien disediakan. Diulangi ye..AUDIENS disediakan. heheheh Just make sure suara anda tue tidak menyebabkan audien lain yang sedang makan muntah hijau.
JB Catering juga turut menerima tempahan catering untuk majlis-majlis perkahwinan, pertunangan, party harijadi & sebagainya. Sesiapa yang berminat mengadakan resepi perkahwinan di sini boleh contact Restoran JB Catering & Food Supplies, PBT 20532 Taman Merdeka, Jalan Kolam Air, 80100 Johor Bahru, Johor. 07-221 4775. Taman Merdeka nie terletak berhampiran dengan tasik. Cantik.
Tasik berhampiran Taman Merdeka.
*gambar ihsan dari encik google
wajah-wajah kekenyangan






2 comments:
whoa2...
tempat y indah sekali..hahahah
yup..
Post a Comment