Bila nak basuh cadar, sarung bantal & tuala, harusla guna mesin basuh kan? Sebab aku tak cukup gegeh nak perah-perah segala nie. Maka, pagi tadi dengan bersemangat aku pun turunla ke tingkat 5 yang ada mesin basuh kena masukkan syiling sampai cukup RM2 tue. Sampai je kat depan mesin basuh, tak pasal-pasal aku rasa nak bom je siapa yang pakai mesin nie sebelum aku.
Punya la bersepah-sepah sabun serbuk tue kat sekeliling mesin basuh. Kat atas penutup ada. Kat atas sekeliling perimeter silinder mesin basuh tue jangan cerita la..Bertempek-tempek sabun yang dah separuh kering. Lubang tempat letak softner pun tersumbat dengan sabun.
Oit!!Oit!! Sape punya kerja nie? Berasal dari ulu sungai mane nie?? Tak pernah guna mesin basuh ek. Nie mesti selalu basuh kat tebing sungai main siram je sabun.
Aku marah?? Oh tidak. Aku bukan warden asrama. Tapi sangat la tak suka dengan orang perangai amacm nie. Confirm la yang buat nie student perempuan kan. Dah kata duduk asrama pelajar perempuan kan.. Takkan makcik cleaner pulak yang tumpang basuh kain kat sini. Nie la realiti sesetengah budak universiti. Kalau mak aku tengok sure keluar ayat nie 'Bijak. Belajar sampai universiti, tapi kerja sepah-sepah macam nie??'
Pleasee..Sila jangan malukan status saya sebagai perempuan ye.
Terpelajar lagi..
Hmmm...Kot ye pun sabun tertumpah, bersihkan balik. Tak reti-reti?? Nie public washing machine dik oi. Bertimbang rasa la sikit. Kalau ye pun kat rumah dah biasa sepah-sepahkan sabun tapi jangan la buat pe'el tue kat sini. Nak tak nak aku pun tolongla bersihkan mana yang patut. Ambil kain lap sana sini. Tonyoh-tonyoh mane yang patut. Curah sebaldi air dalam tue. Spin. --->;follow instruction kat notis tue. Cara-cara membersihkan mesin basuh.
Ada orang mungkin kata 'Kenapa nak susah payah bersihkan? Yang tumpah cuma sabun. Guna jela..' or mungkin ada yang kata 'Cerewet sangat la ko nie..tue pun nak bising.'
Aku cerewet? A'ah..memang cerewet. Setakat ada kesan sabun sikit-sikit tak kisah sangat. Tapi kalau dah sabun tue bertempek sana sini. Separuh kering. Melekit-lekit. Siap ada habuk-habuk melekat lagi. Eeeiii..ada ke selera nak basuh cadar dalam tue kemudian sidai. Bila dah kering sarung kat tilam. Malam-malam tido kat atas tue.Eeyuuwwww...Tak nak!! Tak nak!!
Nota jari 2: Jangan sekadar bijak tapi pengotor. Eeyuuuww......


7 comments:
rilek...rilek...suriaaa.....hangen ye.....aku faham....memang x patot......
heehe....panjang lebar bebel ko....sure realitinya ayat2 tu lebih panjang....hehehe
mama iris: hahaha..time kasih kerana memahami..
relax suda..
ok da bole komen..hehehe
lain kali anta dobi je..hari ni anta, esok da siap kering n lipat lagi..huhu
HALIM BUDAK CUTE
ano: suda relax slps berpuas ati bersihkn msn bsuh..
halim:kalau aku antar dobi, gaya mcm aku ni anak dara terlebih pemalas la pulak.
hohoho...mmg dan semmgnyer ada jer bdk2 y bujak --> sbb da blaja msuk U, tetapi..HAkikatNYA...ish2...tak tau la nak habaq caner..huhuhu
p/s: mesin bsuh di blok cni aras 5 pun bggitu juger..dan aku gegeh trn ke aras 2..huhuhu (sb mls nk bsuh mesin tu..) fufufu (^_^)
kmars:ai pulak mls nk check kt floor lain..bazir kalori uhuuuhuhu
Post a Comment