Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label issue. Show all posts
Showing posts with label issue. Show all posts

September 17, 2009

Dilema Menjaga Hati


Post kali nie tiada kaitan pun dengan lagu menjaga hati yg dinyanyikan oleh penyanyi dari seberang tue. Aku cuma teringat kisah makcik Tipah & anak-anaknya. Lagi2 waktu nak dekat raya nie. Kepada yang dah kahwin selalu berdepan dengan dilema nak balik kg siapa dulu. Masa nie la jugak kadang2 ada yg terasa hati kalau keputusan yg diambil tue kurang bijak. Papehal pun meh kita layan kisah makcik Tipah nie. Kisah realiti yg berlaku depan mata aku.

Biodata:
Nama: Latifah
Umur: 70 tahun
Status: Janda, suami meninggal 13 tahun yg lalu
Anak: 6 orang; 3 lelaki 3 perempuan
Cucu: ramai...
Tempat tinggal: Rumah anak-anak; bertukar-tukar ikut siapa yg selesa & sudi nak jaga
Kesihatan: Sakit tua, darah tinggi, diabetis kronik
Pekerjaan: Tiada

***Adam***
Anak sulung lelaki kepada makcik tipah. Baru meninggal dunia dua tahun yg lalu akibat pendarahan dalam otak. Meninggalkan seorang balu & 5 orang anak. Walaupun hanya bekerja sebagai guard, Adam anak yg baik & taat. Kini dia telah tiada. Al-fatihah.

***Balqis***
Anak sulung perempuan makcik tipah ini seorang tukang jahit. Beranak 5. Suaminya seorang operator kilang. Balqis sangat baik terhadap ibunya. Dia la yang selalu menjaga makcik tipah ketika sakit. Malangnya, kehadiran makcik tipah agak kurang disenangi oleh suami Balqis. Ketika Balqis nak bagi makcik tipah makanan, masa tue la jugak suami Balqis nak bermanja & mintak dilayan. Baru je makcik tipah sampai, masa tue jugak la suami Balqis ajak naik bilik. Sebab tue, makcik tipah tak betah nak duduk lama2 di rumah Balqis. Lagi2 ketika suami Balqis ada di rumah.

***Camelia***
Anak perempuan kedua Makcik Tipah. Suaminya usahawan berjaya. Selalu tak ada di rumah. Maka, kebanyakan waktu makcik Tipah lebih suka tinggal bersamanya. Dia diberikan bilik sendiri berbanding di rumah Balqis di mana Makcik Tipah selalunya duduk, baring & tidur di ruang tamu.

Tapi sayang, Camelia & suaminya kurang suka perangai makcik tipah yg suka menegur mereka berkaitan hal agama. Mengapa tak solat. Mengapa solat lambat. Mengapa tak bercampur gaul dgn jiran. Mengapa duduk berkurung dalam bilik tatkala saudara mara datang melawat.
Mengapa begitu mengapa begini.

***Daniel***
Anak lelaki makcik Tipah yg seorang lagi nie bekerja untuk abg iparnya sebagai pemandu. Daniel baik, suka membantu & menghormati orang tua. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang puteri.


***Emelia***
Anak perempuan makcik Tipah yg ini juga sudah berkahwin. Namun, tinggal di kawasan yg jauh berbanding dengan kakak2 & abang2nya. Emelia baik dengan ibunya & semua adik beradiknya. Sikapnya disenangi ramai termasukla keluarga mertunya. Suaminya baik tapi tak pernah betah berkunjung ke rumah adik beradik & saudara mara di pihak Emelia. Cepat je panas punggung. Atas sikap itulah Makcik Tipah kurang berkenan dengan menantunya yg seorang nie. Suami Emelia berasal dari family senang. Tak biasa berpanas & berpeluh di rumah yg sempit.

***Fahmi***
Anak bongsu Makcik Tipah. Tak serius dalam menentukan arah hidup. Berkahwin muda ketika berusia 19 tahun & bercerai muda ketika berumur 25 tahun. Kemudian bertunang & putus lagi. Sekejap di Utara, sekejap di KL, sekejap di Sarawak & sekejap lagi hilang tanpa khabar berita.


Ramadhan 2009. Kesihatan makcik Tipah semakin merosot. Dengan gigih dan segala kudrat yg ada Makcik Tipah cuba berpuasa hingga ada suatu waktu makcik Tipah pengsan & terpaksa dimasukkan ke hospital. Sehingga 27 ramadhan, kesihatan makcik Tipah masih lagi di tahap kurang memuaskan.

Suami Balqis memutuskan mereka sekeluarga perlu pulang berhari raya di kampungnya di Selatan. By hook or by crook. Balqis bercadang membiarkan suaminya pulang bersama anak2 sahaja tanpa dirinya memandangkan makcik Tipah baru keluar hospital & masih tidak sihat. Apalagi, si suami pun mula tunjuk muka masam. Siap keluar perintah suruh ikut balik kampung. hishhh..tak paham aku. Tak nampak ke mak mertua sakit. Alasan suami: 'adik2 awak kan ada boleh jaga. Asyik awak je yg jaga'.

Camelia & suami juga sudah merancang awal2 untuk menyambut raya pertama di Utara. First time mertua Camelia jemput Camelia & anak-anak beraya di kampung. Almaklumlah, Camelia isteri kedua. Sebelum nie, kalau time hari raya pun Camelia sekeluarga akan pergi bercuti sebagai ganti berhari raya ke rumah mertuanya.

Daniel seperti biasa akan pulang ke kampung isterinya di Ulu Pahang. Tahun ini giliran kampung isterinya. Keluarga mertua di kampung pun kurang sihat. Hari raya nie jela kesempatan untuk balik melawat.

Emelia bersedia menjaga makcik Tipah. Namun, keadaan Emelia yg tinggal di rumah flat 4 tingkat tanpa lif itu menyukarkannya untuk membawa makcik tipah bersama. Fahmi masih senyap tanpa berita. Kononnya sudah berkahwin dengan wanita dari negeri di bawah bayu.

Makcik Tipah sayu. Kalau la suaminya ada meninggalkan rumah, boleh la dia berteduh tanpa mengharapkan anak2 & menantu.



Nota kaki 1: Susahnya nak jaga hati semua pihak. Bila dah kahwin, syurga isteri terletak pada keredhaan suami. Tapi kalau suami pentingkan diri macam mana? Kalau dibiarkan si ibu terasa hati, berdosa jugak.

Nota kaki 2: Semoga aku dikurniakan suami yg beriman, soleh, bertimbang rasa & mempunyai rasa kasih terhadap mertuanya. Amin.

Nota kaki 3: Semoga aku dikurniakan mertua yg baik, penyayang & memahami. Aminnn

March 26, 2009

Jahil ke B****?? makhluk aneh bernama manusia

Aneh la mereka nie.. rasanya melayu..muslim lagi..

Kata si lelaki:

"Terus terang, saya akui memang kami bercinta dan kami memang dalam perancangan mendirikan rumah tangga. InsyaAllah, kami akan berkahwin pada Jun nanti, tapi tahunnya belum tahu lagi. Kami memilih bulan Jun kerana bagus untuk mereka yang berbintang Gemini.Kami tahu dan kami baca sendiri cerita itu di akhbar.

Saya ingin membuat pembetulan di sini bahawa kami sebenarnya bukan bercium atau berpeluk. Apa yang kami buat sebenarnya adalah berbisik. Mungkin perbuatan itu menyebabkan ramai yang menyangka yang kami sebenarnya bercium. Kami berbisik pun ada sebab iaitu pada masa kejadian itu, saya terdengar ada orang yang bercerita hal yang kurang baik mengenai diri kami. Terlanjur individu itu sudah mengata kami, jadi saya sengaja mendekatkan diri di wajah O***n sambil menjerit perkataan I Love You di khalayak ramai.

Kira kami berlakon, buat begitu sebab nak bagi individu itu lagi panas dengan kami.Saya hairanlah, mengapa apabila kami berbuat begitu, orang pandang serong, tapi bila artis lain buat perkara sama, tidak ada siapa yang pertikaikan.

Kami cuma laga pipi, dan perkara ini juga dilakukan artis lain apabila mereka berjumpa. Lagi pun, adalah lebih baik apabila kami, yang memang mengaku bercinta buat begitu, daripada mereka yang tidak mengaku bercinta, tetapi buat perkara yang serupa. Mengenai isu peluk itu, ingin saya jelaskan walaupun kami berpeluk tapi tidak sampai melekapkan dada masing-masing. O***n hanya bergantung di leher saya dan saya sifatkan pelukan itu sebagai pelukan memberi semangat.."


Kataku: :
1st paragraph: Pilih bulan Jun sebab berbintang Gemini??What the neraka...!Percaya pulak tue tilikan nasib ikut bintang nie..tak tau ke haram??kenapa tah aku berasa macam ada larva gunung berapi sdg membuak2..

2nd: kau ingat orang lain buta?? Orang lain tak tahu bezakan berbisik dgn berpeluk?? makhluk planet mana agaknya lelaki nie ye??macam tue rupanya makhluk planet die berbisik...

3rd: Gila lah..dah buat perbuatan ANEH mcm tue boleh pulak pertikaikan kenapa orang pandang serong?? memang makhluk planet lain la dia nie..

4th: Hahahaha satu lagi lawak jahiliyah.. Patut aku panggil JAHIL or B***H orang macam nie? Dah terang lagi bersuluh buat perangai ANEH depan khalayak ramai..Perlukah aku definisi kan peluk itu bagaimana??

p/s: Korang kata apa??


March 5, 2009

Naive or Stupid??


As usual, pagi2 aku dh baca news online..tapi pagi nie ada satu artikel di The Star online yg buat aku rasa nak gelak..pelik aku dengan orang mcm nie..sudah terang lagi bersuluh yg dia ditawarkan kerja sebagai gigolo & dia pun menerima..now, dia buat aduan lak...

so, adakah dia menjangkakan tugas sebagai gigolo tue macam kerja seorang engineer, macam CEO, macam pembaca berita, macam janitor?ataupun adakah dia menyangka tugas gigolo adalah seperti waiter di restaurant??? ataupun sebenarnya dia tak tahu gigolo tue apa??mungkin kah perkataan gigolo pun tak pernah dengar?atau pun dia ingat gigolo adalah model yg menjadi duta pakaian POLO?? yg nie yg kita tak tahu...


Mungkin salah satu tugas gigolo adalah berposing naked utk majalah PLAYGIRL or PLAYWOMAN (ala2 magazine PLAYBOY...) huhuhu.. so, apalah yg nak dihairankan kalau si mangsa nie (David-bukan nama sebenar) diminta buat photo shoot naked. Ha..si David nie sendiri mengaku dia setuju nak posing macam tue...

Sekarang, nak risau buatpe???
nak ngadu2 kenapa??
haa..korang cakapla aku zalim ke hape..takde simpati ke hapa..tapi ini RBF~~realiti bukan fantasi..

Bukan David nie jer, ada ramai lg orang macam nie..
kenapa nak pilih jadi gigolo, pel****, 'anak ikan', mistress etc...
Berlambak keje lain, keje kilang ke, pengawal keselamatan ke..
jangan pandang hina keje macam nie..
eh, ingat keje kilang nie gaji ciput sangat??

kalau rajin pulun OT every month confirm blh dpt seribu lebih tau..
lebih dari tue pun boleh dapat kalau rajin..
kan bagus kalau dapat rezeki dari sumber yg halal/ sah..

So, sekarang nie berbalik kepada mangsa kes nie, persoalan di benak ku. adalah...naive ke stupid diorang nie??? Tak kisah la lelaki ke perempuan ke...kenapa la tak fikir dulu sebelum buat??bagi aku la kan.. obviously S.T.U.P.I.D....

p/s: ha..even si david pun siap ngaku dia buat stupid decision ..



Related Posts with Thumbnails