Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku salah kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dan bersubahat dengan isterinya, aktress Zizie Ezette Abdul Samad berkahwin tanpa kebenaran pendaftar.
Mereka berkahwin 16 Disember tahun lalu di Taman Melawati. Keduanya didakwa mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor dan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kecua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber dan berita oleh Berita Harian.
Islam tak pernah mensyaratkan bahawa lelaki nak berpoligami mesti dapatkan kebenaran mahkamah dan juga kebenaran isteri pertama. Aku pernah dengar ada lelaki merungut, kenapa perlu menyusahkan perkara baik. Perkahwinan kan perkara baik. Islam tak kata pun kena mintak izin isteri. Lelaki berhak kahwin sampai 4 kalau mampu.
Tue la dia perangai sesetengah lelaki. Bab nak kahwin je nak ikut agama. Bab nafkah, tanggungjawab, solat, zakat dan perkara-perkara lain tak kisah pun nak ikut agama. Memang agama tak mewajibkan lelaki mintak izin isteri kalau nak berpoligami, tapi undang-undang tersebut dibuat untuk menjaga kemaslahatan/kebajikan para isteri. Undang-undang tersebut dibuat supaya wanita tak tertindas dengan suami yang tak bertanggungjawab.
Ada lelaki kata ramai perempuan kedekut sebab tak nak berkongsi kasih. Ohhh..kalau perempuan tak mahu berkongsi kasih dipanggil kedekut, kalau lelaki yang pasang dua tiga perempuan tue boleh tak dipanggil TAMAK??!!


5 comments:
pergh. marah nampak. takut mak!
hahaha garang x?? mrh sketla kt lelaki2 yg nyibuk2 argue psl bnda nie
tu pasal! bukan tamak je, pentingkan diri! hehe...
nak kawen lain bleh kalau ada sebab2 yang munasabah. contohnya isteri takleh dapatkan anak ke... tu boleh la kan sbb nak mengembangkan empayar anak adam =x
dah suke sama suke nak buat cam ne kan
umm.. tapi mampu ke laki nak berlaku adil terhadap bini tua dan muda? selalunya memang layan bini muda je kan? so, dah salah la utk berpoligami.
berpoligami memang boleh. but mesti adil dari segala segi especially kasih sayang dan nafkah zahir dan batin. kann?
Post a Comment