Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga. Show all posts

April 20, 2010

Bung Mokhtar -Zizie Mengaku Salah Berpoligami Tanpa Kebenaran


Ahli Parlimen Kinabatangan  Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku salah kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dan bersubahat dengan isterinya, aktress  Zizie Ezette Abdul Samad berkahwin tanpa kebenaran pendaftar. 

Mereka berkahwin 16 Disember tahun lalu di Taman Melawati. Keduanya didakwa mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor dan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kecua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Sumber dan berita oleh Berita Harian

Islam tak pernah mensyaratkan bahawa lelaki nak berpoligami mesti dapatkan kebenaran mahkamah dan juga kebenaran isteri pertama. Aku pernah dengar ada lelaki merungut, kenapa perlu menyusahkan perkara baik. Perkahwinan kan perkara baik. Islam tak kata pun kena mintak izin isteri. Lelaki berhak kahwin sampai 4 kalau mampu. 

Tue la dia perangai sesetengah lelaki. Bab nak kahwin je nak ikut agama. Bab nafkah, tanggungjawab, solat, zakat dan perkara-perkara lain tak kisah pun nak ikut agama.  Memang agama tak mewajibkan lelaki mintak izin isteri kalau nak berpoligami, tapi undang-undang tersebut dibuat untuk menjaga kemaslahatan/kebajikan para isteri. Undang-undang tersebut dibuat supaya wanita tak tertindas dengan suami yang tak bertanggungjawab. 

Ada lelaki kata ramai perempuan kedekut sebab tak nak berkongsi kasih. Ohhh..kalau perempuan tak mahu berkongsi kasih dipanggil kedekut, kalau lelaki yang pasang dua tiga perempuan tue boleh tak dipanggil TAMAK??!!


April 15, 2010

Suami-suami di Malaysia berkenan dengan Wanita dari Sumatera


Waduhh..waduh. Bikin panas la ini berita. Benarkah ramai suami di Malaysia berkenan sangat dengan wanita dari seberang (Sumatera) untuk dijadikan isteri yang nombor dua???

Utusan Malaysia Online hari ini melaporkan bahawa secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.

Berita lanjut di Utusan Malaysia Online.

Agaknya, apalah sebab musabab lelaki-lelaki nie berminat dengan wanita dari Sumatera ek?? Sebab mereka cantik dek penangan pelbagai jenis jamu? Atau adakah wanita-wanita dari Sumatera nie lebih lemah lembut dari wanita di Malaysia? Berlambak-lambak wanita kat Malaysia ni..mengapa wanita seberang juga yang jadi pilihan. hmmm..ada sesiapa nak tolong jawab?



nota kuku: hebat kerana goyang gerudi kah??

March 11, 2010

Kadar kesuburan wanita Malaysia merosot


Gara-gara pentingkan kerjaya dan berminat terhadap gaya hidup moden yang bebas tanpa sebarang ikatan menyebabkan ramai wanita terlepas dari lingkungan umur yang sesuai untuk berumah tangga. Sekaligus menyebabkan kadar kesuburan wanita di Malaysia dijangka menurun. 

Antara masalah yang dikenalpasti menjadi punca wanita berkahwin pada usia yang lewat:

#1. Sukar mencari pasangan yang sesuai. Lelaki yang muda, bujang atau seusia biasanya belum mepunyai ekonomi dan kehidupan yang stabil. Lelaki yang stabil pula biasanya sudah berkahwin. Poligami?? ohh..tidakkk

#2. Semakin ramai wanita yang berpendidikan tinggi menyebabkan lelaki takut nak dekat. Baru nak berkenalan, lelaki dah asyik fikir berapa tinggi hantaran kena bayar. Ada juga lelaki yang rasa tercalar egonya jika berkahwin dengan wanita yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kerjaya yang hebat.

#3. Terlalu memilih. Nak yang tinggi, berpelajaran, berduit dan handsome macam Fahrin Ahmad je..

#4. Tentangan keluarga. Jangan tak percaya. Zaman sekarang nie pun masih berlaku kes cinta antara dua darjat.

#5. Phobia terhadap perkahwinan/ lelaki. Mungkin disebabkan sejarah silam pernah kecewa dengan lelaki atau masalah perceraian ibu bapa dan kaum keluarga.

note: Jodoh memang di tangan tuhan. Tapi kitalah yang perlu berusaha mendapatkan jodoh yang terbaik untuk diri kita & masa depan.








March 9, 2010

Gemuk & Busuk Punca Perceraian

 


Cinta itu mungkin buta tetapi orang bercinta masih punya hidung okay.. Oh pleaseeee la.. jangan jadikan alasan 

'kalau betul dia cintakan aku, pasti dia terima aku seadanya'

Ayat ini hanya boleh digunapakai apabila merujuk sesuatu yang tak boleh diubah. Contohnya, insan-insan yang tak berapa tinggi (ramai wanita suka lelaki tinggi kan?) atau insan-insan berkulit tak berapa cerah (ramai lelaki suka wanita putih kan?). Tapi kalau melibatkan perangai atau habit, ianya boleh diubah. Nak tak nak bergantung kepada diri sendiri. Sangat tidak bersalah kalau kita berubah kepada sesuatu yang lebih baik.  

Tidak salah menjadi gemuk tapi salah apabila tidak berusaha mengatasinya. Tidak salah berbau busuk sebab berpeluh itu semulajadi tetapi salah bila kita membiarkan diri kekal berbau busuk. Dahla gemuk, busuk pulak tue. Fitrah manusia sukakan yang bersih dan wangi. Jangan salahkan pasangan anda jika ini menjadi punca keretakan hubungan.


psst...enkakaseh, tQ for smelling nice




                                                                                                                                           
Related Posts with Thumbnails