Lepas keluar dari tol Cangkat Jering, my kazen dah start pecut. Bukan 30-40 tapi 130-140km/hr. Tup-tup ada seekor kancil biru plat PEH**** mai datang rapat. Kami pun masuk lane kiri bagila lalu. Mana tau dia nak cepat, nak terkucil kot.
Hari dah semakin gelap.Bila lak nak sampai KL. Tak sampai 10minit kami masuk kanan pecut balik. Iskhh...jumpa balik kancil biru PEH****. Terkemut-kemut kat lane kiri. Relax gila sambil drive sambil merokok.
Masa kami lalu nampak dia bukak tingkap siap keluarkan kepala lagi. Apa kes tah mamat tue!! Tak pernah tengok awek cun drive ke? (sorry, terperasan cun pulak) Alahaii..kami bawak gen2 je pun, bukan bawak Ferrari or Lamborghini.
Bila kami dah pecut ke depan, kancil biru datang rapat balik kat belakang main-main lampu pulak. Apahal??Nak terkucil lagi ke? Kami kesian, bagila dia lalu.
5min kemudian kancil biru PEH**** slowkan kereta. Bila kami ke depan, dia sibuk datang rapat terkedek2 kat belakang main lampu tinggi.
Entah berapa kali tah kancil biru PEH**** main cucuk-cucuk. Grrr...Kenapa lelaki suka main cucuk-cucuk?? Sape lelaki sila jawab!!
Lain kali dah tau nak drive jauh, cari la co-driver. Takdela bosan pastue nak main kacau-kacau awek kat lebuh raya. Bahaya la wehhh... kang tak pasal-pasal ada pulak yang nyanyi lagu pusara di lebuh raya.



