Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label zizie Ezette. Show all posts
Showing posts with label zizie Ezette. Show all posts

April 20, 2010

Bung Mokhtar -Zizie Mengaku Salah Berpoligami Tanpa Kebenaran


Ahli Parlimen Kinabatangan  Datuk Bung Mokhtar Radin mengaku salah kerana berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dan bersubahat dengan isterinya, aktress  Zizie Ezette Abdul Samad berkahwin tanpa kebenaran pendaftar. 

Mereka berkahwin 16 Disember tahun lalu di Taman Melawati. Keduanya didakwa mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor dan boleh dihukum penjara maksimum enam bulan atau denda RM1,000 atau kecua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Sumber dan berita oleh Berita Harian

Islam tak pernah mensyaratkan bahawa lelaki nak berpoligami mesti dapatkan kebenaran mahkamah dan juga kebenaran isteri pertama. Aku pernah dengar ada lelaki merungut, kenapa perlu menyusahkan perkara baik. Perkahwinan kan perkara baik. Islam tak kata pun kena mintak izin isteri. Lelaki berhak kahwin sampai 4 kalau mampu. 

Tue la dia perangai sesetengah lelaki. Bab nak kahwin je nak ikut agama. Bab nafkah, tanggungjawab, solat, zakat dan perkara-perkara lain tak kisah pun nak ikut agama.  Memang agama tak mewajibkan lelaki mintak izin isteri kalau nak berpoligami, tapi undang-undang tersebut dibuat untuk menjaga kemaslahatan/kebajikan para isteri. Undang-undang tersebut dibuat supaya wanita tak tertindas dengan suami yang tak bertanggungjawab. 

Ada lelaki kata ramai perempuan kedekut sebab tak nak berkongsi kasih. Ohhh..kalau perempuan tak mahu berkongsi kasih dipanggil kedekut, kalau lelaki yang pasang dua tiga perempuan tue boleh tak dipanggil TAMAK??!!


Related Posts with Thumbnails