Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label semakan matrikulasi 2010. Show all posts
Showing posts with label semakan matrikulasi 2010. Show all posts

April 30, 2010

Semakan Keputusan Permohonan Matrikulasi 2010 & Pendaftaran 10 Mei 2010

Keputusan kemasukan ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011telah pun dibuka sejak 16 April 2010 yang lalu. Keputusan ini adalah untuk para pemohon yang mendapat tawaran Matrikulasi Program Satu Tahun (PST).

Semakan boleh dibuat melalui 3 cara:

  1. Melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di Aplikasi Pra Universiti.

  2. Melalui SMS – Taip MOE (jarak) MAT (jarak) No.KP (tanpa sempang) dan hantar kepada 15888 Contoh: MOE MAT 911001115263 dan hantar ke 15888

  3. Telefon terus ke Talian Bantuan Matrikulasi di 03 8884 4100 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang pada hari bekerja
Tahniah kepada pelajar-pelajar yang ditawarkan tempat di pusat-pusat matrikulasi di seluruh negara.  Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi perlu mendaftarkan diri ke Kolej Matrikulasi yang telah ditetapkan pada 10 Mei 2010

Jangan lupa tau. Maklumlah..dah lama sangat bercuti selepas tamat SPM.

Pelajar yang layak dan membuat permohonan tetapi gagal mendapat tawaran ke Matrikulasi Sesi 2010/2011 bagi PST boleh membuat rayuan mulai 16 April 2010 sehingga 30 April 2010. Keputusan rayuan boleh disemak pada 24 Mei 2010.

Bagi yang tidak berjaya, jangan kecewa. Masih banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran terbuka luas di Malaysia. Keputusan permohonan UPU bakal keluar bulan Mei nanti. 


Nota: Tahniah buat my cousin kerana berjaya di tawarkan untuk belajar di Matrikulasi Gopeng, Perak. 
Related Posts with Thumbnails