Al-fatihah buat Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin yang dilaporkan maut dalam kemalangan ngeri KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) pada lewat petang 17 April 2010.
Achik dan rakannya dikatakan dalam perjalanan balik ke Seremban selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur.
Kejadian dilaporkan berlaku pukul 6.15 petang apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki mereka terbabas dan melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam.
Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan. Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Sumber dan berita lanjut @ Bernama.
Nota: Hidup ini sementara. Mati itu pasti.
Sewaan Barang Pelamin MURAH !!
5 years ago


