I Hate F**** ****ha, Tak Suka S***** ***g
Hari tue kecoh pasal 40 000 orang fan benci fasha sandha. Baru-baru nie ada pulak yang create page Tak suka SaifulNang. Ini adalah antara 2 contoh HATER FAN PAGE yang ada di Facebook. Sekarang nie dah jadi satu trend pulak orang create page/group untuk mengumpulkan kaki-kaki benci.. errr.. bukan orang yang benci kaki tapi orang-orang yang mempunyai perasaan benci, tak suka, menyampah, meluat dan segala 'me' yang negatif terhadap seseorang. Ada sesetengah page tue berjaya kumpul sampai beribu-ribu kaki benci @ kaki tak suka. ooppss..sekali lagi kaki tak suka bukan orang yang tak suka kaki. Mereka cuma geng-geng orang yang mempunyai rasa tak suka pada orang yang sama.
Manusia nie memang banyak ragam. Ada yang bikin kita panas hati, sakit hati dan juga makan hati. Jadi, apakah Pro dan Kontra mewujudkan atau join HATER FAN PAGE/GROUP sebegini?
Pro:
#1. Sebagai medium meluahkan ketidakpuasan hati terhadap orang tersebut
#2. Mengumpulkan clan @ geng yang sama-sama tidak suka/benci pada orang tersebut
#3. Boleh berbincang, bergosip (err..should i say mengumpat??) pasal orang tersebut
#4. Sebagai satu kaedah untuk menyedarkan orang tersebut tentang perangai buruknya berdasarkan jumlah hater & komen-komen yang diberi
Kontra:
#1. Ada sesetengah pihak yang mungkin jadi batu api menokok tambah cerita bikin orang lagi panas jiwa raga, mungkin juga ada yang mengeluarkan komen yang melampau2 hingga boleh diklasifikasikan sebagai fitnah. Jaga-jaga la korang..nanti Fasha kata 'I'll sue you. See you in court'. baru tau......hahaha
#2. FB mungkin akan lebih dipantau oleh pihak-pihak tertentu, sekiranya terlalu banyak kes begini mungkinkah ada yang akan merungut tentang hak kebebasan bersuara??
#3. Mengumpat?? macam lebih kpd kumpul dosa je.. errr ada orang tak kisah.
#4. Cerita kutuk mengutuk biasanya just circled around..tak kemana pun.. orang yang dibenci tetap tak sedar diri & tak berubah pun..so??efektif kah??
Walaupun begitu, ada juga sesetengah HATE PAGE yang aku rasa memang patut diwujudkan atau join. Contohnya I HATE CHILD ABUSER, I HATE SMOKER, TAK SUKA PENGOTOR, BENCI PEMBULI JALAN RAYA. At least page sebegini menunjukkan sokongan padu terhadap sesuatu isu yang negatif.
Nota: Jadi, apa kata anda?? Sila vote sekarang.Undi anda adalah rahsia.