Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label survey. Show all posts
Showing posts with label survey. Show all posts

January 29, 2010

Siapa Benci Fasha Sandha?


I Hate F**** ****ha, Tak Suka S***** ***g


Hari tue kecoh pasal 40 000 orang fan benci fasha sandha. Baru-baru nie ada pulak yang create page Tak suka SaifulNang. Ini adalah antara 2 contoh HATER FAN PAGE yang ada di Facebook. Sekarang nie dah jadi satu trend pulak orang create page/group untuk mengumpulkan kaki-kaki benci.. errr.. bukan orang yang benci kaki tapi orang-orang yang mempunyai perasaan benci, tak suka, menyampah, meluat dan segala 'me' yang negatif terhadap seseorang. Ada sesetengah page tue berjaya kumpul sampai beribu-ribu kaki benci @ kaki tak suka. ooppss..sekali lagi kaki tak suka bukan orang yang tak suka kaki. Mereka cuma geng-geng orang yang mempunyai rasa tak suka pada orang yang sama.


Manusia nie memang banyak ragam. Ada yang bikin kita panas hati, sakit hati dan juga makan hati. Jadi, apakah Pro dan Kontra mewujudkan atau join HATER FAN PAGE/GROUP sebegini?


Pro:
#1. Sebagai medium meluahkan ketidakpuasan hati terhadap orang tersebut
#2. Mengumpulkan clan @ geng yang sama-sama tidak suka/benci pada orang tersebut
#3. Boleh berbincang, bergosip (err..should i say mengumpat??) pasal orang tersebut
#4. Sebagai satu kaedah untuk menyedarkan orang tersebut tentang perangai buruknya berdasarkan jumlah hater & komen-komen yang diberi


Kontra:
#1. Ada sesetengah pihak yang mungkin jadi batu api menokok tambah cerita bikin orang lagi panas jiwa raga, mungkin juga ada yang mengeluarkan komen yang melampau2 hingga boleh diklasifikasikan sebagai fitnah. Jaga-jaga la korang..nanti Fasha kata 'I'll sue you. See you in court'. baru tau......hahaha
#2. FB mungkin akan lebih dipantau oleh pihak-pihak tertentu, sekiranya terlalu banyak kes begini mungkinkah ada yang akan merungut tentang hak kebebasan bersuara??
#3. Mengumpat?? macam lebih kpd kumpul dosa je.. errr ada orang tak kisah.
#4. Cerita kutuk mengutuk biasanya just circled around..tak kemana pun.. orang yang dibenci tetap tak sedar diri & tak berubah pun..so??efektif kah??

Walaupun begitu, ada juga sesetengah HATE PAGE yang aku rasa memang patut diwujudkan atau join. Contohnya  I HATE CHILD ABUSER, I HATE SMOKER, TAK SUKA PENGOTOR, BENCI PEMBULI JALAN RAYA. At least page sebegini menunjukkan sokongan padu terhadap sesuatu isu yang negatif. 



Nota: Jadi, apa kata anda?? Sila vote sekarang.Undi anda adalah rahsia.


January 11, 2010

5 sikap wanita yang lelaki paling tak suka?

Hey ladies....Beruntungkan kalau dapat teman/suami yang baik, jarang marah & selalu bagi muka kat orang perempuan. Tapi awas... jangan ambil kesempatan terhadap sikap baik mereka. Kesabaran mereka pun ada hadnya. Sebaik dan sesabar mana pun seseorang lelaki, tetap ada perkara-perkara yang dia tak suka pasangannya buat. Berikut adalah 5 perkara yang boleh bikin lelaki HANGEN, MARAH, MERAJUK, BENGANG, KECIK HATI dan sebagainya.

1. Cemburu berlebihan


2. Memuji lelaki lain di hadapan mereka


3. Emosi tak bertempat/ terlalu kerap


4. Buat keputusan tanpa berbincang, suka mengawal segalanya @ Queen Control 



5. Tak pernah puas dengan apa yang ada / apa yg diberi (err..tak reti bersyukur nie)


Jom kita buat survey...antara 5 perkara nie yang manakah lelaki paling tak suka pasangan mereka buat? Sila vote okay...jangan malu jangan segan.. ladies pun boleh vote juga especially yang ada pengalaman.. bak kata orang kampung aku 'dah lama makan garam'.




5 Sikap WANITA yang paling TIDAK DISUKAI oleh lelaki

Apakah sikap wanita yang lelaki paling tak suka?





















View Results


             

    Ladies, agak-agak korang pernah buat tak 5 perkara kat atas nie?? Ada sesetengah lelaki nie nampak je cool macam tak kisah nak pujuk korang yang banyak songeh..tapi dalam hati?? MEMBARA beb....Tuhan je tau... 


nota: peringatan untuk diri sendiri juga..hehehhe






Related Posts with Thumbnails