Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label midvalley. Show all posts
Showing posts with label midvalley. Show all posts

April 18, 2010

Karnival Kerjaya JobStreet @ MidValley Convention Centre

Karnival Kerjaya - Malaysia Career & Training Fair 2010 (MCTF) yang dianjurkan oleh JobStreet bermula Jumaat 16 April 2010 akan berakhir pada hari Ahad 18 April 2010. Ada lebih kurang 180 syarikat menawarkan pelbagai jawatan.

Bagi yang telah melakukan pra pendaftaran secara online, anda boleh terus masuk melalui kaunter ekspress dengan hanya menunjukkan kod unik anda. Bagi yang tak daftar, jangan risau. Anda tetap dialu-alukan hadir dan boleh masuk secara percuma. Tapi kena la isi borang pendaftaran dulu sebelum masuk.

Selepas pendaftaran, pengunjung akan diberikan sticker untuk ditampal pada baju anda.

 Tag/sticker sebagai peserta MCTF'10

Pengunjung terutamanya yang mencari peluang pekerjaan dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai. Ini kerana ada sesetengah yang syarikat yang turut menjalankan proses temuduga pada hari tersebut.

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat kekosongan jawatan di syarikat-syarikat yang menyertai MCTF ini di setiap booth atau pun boleh semak pada papan kenyataan yang disediakan. 


Terdapat banyak syarikat-syarikat yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan baik untuk golongan profesional dan juga bukan profesional. Antara syarikat yang menyertai MCTF'10 ialah Panasonic, Western Digital, Sime Darby, Media Prima, Resorts World At Sentosa Pvt Ltd, Philip Morris, T-Systems, Dunham-Bush, Genting Malaysia Berhad, L'oreal Malaysia, Naza Group, Sony ECMS (Malaysia), SP Setia and many more.

Agak mengecewakan bagi mereka yang mempunyai latar belakang kejuruteraan kimia. Terlalu sedikit syarikat yang mempunyai kekosongan jawatan bidang ini. Pihak JobStreet patut menjemput lebih banyak syarikat-syarikat gergasi dan multinational dalam bidang oil & gas bagi menambah bilangan kekosongan jawatan dalam bidang profesional dan kejuruteraan.

Pelajar-pelajar yang masih tercari-cari tempat latihan praktikal (intership) juga digalakkan ke sana. Banyak syarikat  yang sudi menawarkan organisasi mereka sebagai tempat latihan mereka.

pstt: jangan lupa bawa salinan resume banyak-banyak okay?? Selamat berjaya!

Related Posts with Thumbnails