Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

January 10, 2013

RED VELVET versi kami

Salam.
Nafsu nak makan red velvet cream cheese membuak2. statement exaggerate kan?? Ditambah dengan perasaan kecewa bila rv cupcake yang kami beli di bazar karat sangatlah tidak memuaskan hati.

Then, my cousin said 'Giant dekat je..jom beli barang kita buat sendiri RV kek'. I was like 'serious?????' Tengok dia sengih lebar lepas tue janji nak tolong sekali.

'Set!! Malam nie kita buat.'

Dan akhirnya setelah bertungkus lumus -------------------------- Taddaaaa!!!



Yang nie baru lepas sapu cream cheese. Belum sempat masuk dalam peti ais lagi.

Meh kami share resepi:


Bahan-bahan kek red velvet:

250g  tepung yang dah diayak

1/2 sudu teh garam (tak letak)

2 sudu besar serbuk koko

113g unsalted butter

275g gula

2 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

240ml buttermilk or 240ml susu segar+1 sudu cuka

2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu

1 sudu teh cuka (pakai apple vinegar)

1 sudu teh baking soda

 

Cream cheese frosting:

250g cream cheese (pakai tatura cream cheese je..phila mahal sket lg)

30g butter

1 sudu besar esen vanilla

1 sudu besar susu segar

100g gula ising (kami lupa beli gula ising. cara kami amek gula 100g kemudian blend sampai halus mulus okey?)
 
 
Cara membuat kek red velvet:
Preheat oven: 175 °C
1) Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
3) Dalam bekas lain, pukul butter sampai kembang dan creamy, then tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan juga essence vanilla . Masukkan telur satu persatu. masuk telur-pukul-masuk telur-pukul. Sampai sebati ye..
4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung+koko, pukul.. then masukkan buttermilk pukul, ulang sampai habis & sebati kesemuanya.
5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam adunan tadi. Kemudian masukkan dalam loyang yang telah disapu butter atau dialas dengan cooking paper (supaya senang nak keluarkan nanti). Bakar selama 25-30 minit.
6) Sejukkan kek yang telah siap dibakar. Kalau potong masa tengah bakar, senang pecah. (maksudnya di sini..sila jangan gelojoh!hahaha)
7) Sementara kek masak dalam oven, boleh la buat cream cheese pulak. Cara buat cream cheese rujuk kat bawah.
Cara membuat cream cheese topping:
Pukul cream cheese sampai creamy. Masukkan butter, esen vanilla, susu segar & gula ising. Pukul hingga sebati.
8) Kek yang telah siap dan tak panas lagi bolehlah dibelah secara melintang. Boleh belah 2,3 atau 4 bahagian. Terpulang kepada skill dan citarasa masing2.
9) Sapukan bahagian atas setiap lapisan dengan cream cheese. Kemudian satukan semua lapisan menjadi sebiji kek semula. Akhir sekali, sapu keseluruhan kek dengan cream cheese untuk kesan yang lebih mantap. Leleh air liur tengok cream cheese.
10) Last, masukkan kek yang dah siap ke dalam peti ais. Lepas 30-60 min, dah boleh makan!! yeayyy..!!
 
Harap maaf. Gambar keratan rentas RV kek yang menggiurkan perut dan tekak kami tak dapat disiarkan. (lupa snap picture sebenarnya..hehehe)
note: resepi di atas menjadi walaupun pertama kali kami cuba buat. Cuma part kek tue kami kena adjust sket heating profile oven kami supaya kek tue masak perfectly dan tekstur dia sekata.

 Are you cheese cake lover?? Sila cuba resepi ini okay?
Happy baking!!
 
Regards,
aurikel
 
 
 
 
 


November 6, 2012

Pavlova pertamaku

Perghhhh..tajuk yang sangat tak boleh blaaaahhhh.. Tapi serius memang ini pertama kali buat Pavlova. Err..tergeliat lidah nak sebut PAVLOVA kan??

Pavlova merupakan sejenis manisan 'meringue-based dessert' dengan lapisan kerak luar yang rangup tetapi lembut dan ringan di bahagian dalam. Ianya dikatakan diinspirasikan oleh seorang penari Ballet Rusia bernama Anna Pavlova.

It is believed to have been created in honour of the dancer named either during or after one of her tours to Australia and New Zealand in the 1920s. The nationality of its creator has been a source of argument between the two nations for many years, but formal research indicates New Zealand as the source. ~ wikipdia

Hmm..siap berebut Australia & New Zealand nak mengaku dessert nie berasal dari negara mereka. Pavlova ini memang popular dan sering dihidangkan ketika musim panas.

Secara tradisinya, Pavlova dihiasi dengan topping whipped cream dan buah-buahan seperti strawberry, kiwi, anggur, beri atau pun delima. Pemilihan buah-buahan yang agak masam ini mampu mengimbangi rasa manis pavlova.

 
yeayy...my first pavlova - comot ehh??

Thanks to my beloved buddy, In for the recipe.


Bahan-bahan:

4 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1 sudu besar tepung jagung


Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla


Tip sebelum membakar :
1- Pastikan ketika mengasingkan antara telur putih dan kuning, tiada sedikit (langsung) telur kuning yang masuk dalam telur putih. Untuk memudahkan kerja, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara kuning dan putih. Bila nak digunakan, pastikan putih telur berada dalam suhu bilik. Jangan guna masa telur masih sejuk.

2- Periksa peralatan yang digunakan bersih dari sebarang air dan kesan minyak.


Cara-cara :
1- Pukul putih telur sehingga adunan menjadi 'soft peak form'.

2- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
3- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga menjadi meringue. Tanda-tanda adunan dah menjadi meringue : bila diangkat adunan akan menghasilkan tanduk yang tajam. Kalau angkat dengan senduk dan diterbalikan, aduan maintain je tak jatuh.
4- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sampai sebati.

5- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan hingga sebati.

6- Masukkan adunan meringue ke dalam loyang yang telah diletakkan baking paper.
(Part nie ada bnayak versi. Boleh disesuaikan mengikut kreativiti dan kemahuan. Tak payah guna loyang letak terus atas baking paper pun boleh. For those yang nak buat double layer, boleh bahagikan kepada 2 bahagian dan letak kedua-duanya atas baking paper yang sama. Pastikan saiz lebih kurang sama.)


7-Masa membakar :

· Panaskan oven pada suhu 150' C. Panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan rak di tengah bahagian oven.
· Masukkan adunan meringue. Dalam 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas.
· Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.

8-Cara menghias :

· Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Satu petua nak mudahkan kerja. Masukkan bekas (yang kita nak gunakan untuk pukul whipped cream) ke dalam peti ais bahagian beku selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.

· Bila whipping cream dah kental. Masukkan gula dan esen vanila. Whipping cream tu dah manis, kalau taknak masuk gula pun boleh.

· Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan.

· Tambah buah-buahan sesuka hati.

9- Simpan dalam peti ais lebih kurang 30 min. Sedia untuk dimakan!!

 
 
Selamat mencuba!! All the best yo!
 
Regards,
aurikel

October 19, 2011

November 21, 2010

|Resepi| Kuih seri ayu

Meh nak share resepi kuih seri ayu. Bersemangat aku masak kuih nie malam raya haji aritue. 


Bahan-bahan: 
3 biji telur
250g gula
240ml susu cair
270g tepung gandum
1 sudu kecil ovallete
daun pandan & sedikit air (dikisar, tapis & ambil airnya)
pewarna hijau
kelapa parut (kelapa muda/putih)
tepung ubi
garam


Cara: 
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Masuk tepung dan susu berselang seli. Pukul hingga kembang
3. Masukkan ovallete, air daun pandan & pukul dengan slow speed hingga sebati
4. Panaskan kukus.
5. Sapukan sedikit minyak pada acuan
6. Gaulkan kelapa parut bersama tepung ubi & garam. Kemudian bubuh ke dalam acuan & letak sekejap dalam kukus.
7. Keluarkan acuan & tuang adunan kedalamnya.


8. Kukus lebih kurang 10-15 minit. Pastikan air kukus cukup panas untuk menghasilkan kuih yang cantik & gebu. 

 


April 10, 2009

Yummy..home made famous amos

Who like cookies??? Have you ever taste the delicious & yummy Famous Amos cookies??? How about make it yourself at home??


Home Made Hawaiian Nuts Cookie

what do you need??(ingredients)


2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal &
blend in blender to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla

How you make it??
  • Cream the butter and both sugars. Add eggs and vanilla
  • mix together with flour, oatmeal, salt, baking powder & soda
  • Add chocolate chips,Cadbury bar and nuts
  • Roll into balls and place two inches apart on a cookie sheet..
  • Bake for 10 minutes at 375 degrees.
  • Makes 122 cookies..


~~Credit given to SS for this original recipe..huhuhu


December 31, 2008

cheese cake lagi..

Bak kate kak Faz, "abesla naik 3kg bulan nie.."..
Ladylike pulak kate,"aku buat cheese cake sempena besday nana, sedap tau... untuk ko aku bg 2 slices. HABIS kan tau..
"

since aku makan cheese kek banyak kali bulan nie, apa kate kita kongsi resepi yg aku dpt dari nursia & dimodified sket oleh aku..

Bahan-bahan:
  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon/almond essence
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula
  • 1 pack of digestive biskut/ biskut merie/biskut wholemeal
  • butter

Cara-cara:
  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan cream cheese, fresh cream/plain yogurt, jus lemon/almond essence, telur & gula ke dalam mixer atau blander. Pukul sampai kembang.Mix biar sampai jadi cream
  3. Hancurkan biskut & masukkan ke dalam loyang sebagai base. Tekan supaya jadi padat.
  4. Tuang adunan cheese yg dah kembang td ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  5. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  6. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.
  7. Kalau nak jadikan raspberry cheese cake bolehla sapukan jem raspberry sbg topping kt atas die..

December 9, 2008

Spicy Fried Macaroni

6 disember 2008
Lokasi: dapur 08-03
Mood memasak tetiba menyerang aku beberapa hari nie..
Sempat jugak contribute menu makaroni goreng untuk majlis jamuan Persatuan Penduduk kat sini yg mengadakan program takbir dari rumah ke rumah sempena hari raya haji 2008..Saje nak share simple resepi untuk menyediakan makaroni goreng..

Bahan2:
1 peket Makaroni
Ayam /daging cincang [guna minced meat Ramly Burger jer]
Udang
1 camca sos tiram
Garam secukup rasa
Daun bawang

Bahan2 [dikisar]:
Bawang merah/bawang besar
Bawang putih
Cili Kering [rendam dalam air panas, biarkan lembut, sejukkan sebelum dikisar]

Cara:____________________________________________________________________________________
1.Panaskan air dalam periuk, tunggu hingga menggelegak kemudian masukkan makaroni dan rebus hingga lembut. Toskan. [ada orang bgtau aku bile dah toskan suruh gaul dengan minyak jagung/sapi- tapi aku xbuat pon sbb xd benda2 tue dlm kabinet dapur aku hehe next time la aku try and find out apa kelebihannya]

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih yg telah dikisar.
3. Selepas naik bau, masukkn pula cili kering yg telah dikisar. Kalau suka pedas2 masuklah lebih sikit, kalau tak tahan pedas kurangkanlah cili tue..

4.Tambahkan garam secukup rasa.
5. Apabila cili telah benar2 masak [make sure cili masak tau, kalau tak nanti ada yg sakit perut lak], masukkan ayam/daging cincang, udang dan apa2 jela isi yg korang suka..nak letak cendawan ke fishball ker.. pon boleh..
6.Masukkan makaroni yg telah ditoskan
7.Masukkan 1 camca sos tiram dan gaul hingga rata.
8.Angkat dan hidangkan dengan taburan daun bawang [sape yg suka cheese blh taburkan sekali cheese powder]

Tadaaaa....

haa...senang jer kan..bukan susah pon..memula risau gak makaroni yg aku buat tak dapat sambutan. Al-maklumlah yg datang jamuan tue semuanya pakcik makcik..yg aku assume tak berapa layan makanan ala2 western..tapi masa buat aku tanya,orang lain semuanya dah book nak buat bihun goreng, mi goreng , kuih2 tempatan yg biasa etc etc..sebab tue la aku pilih nak buat makaroni goreng..

Alhamdulillah, bile abgchik hantar balik bekas tupperware besar tue..aku tengok isi dalamnya licin...Bila tanya kat abgchik "Mane pergi makaroni dlm nie?abes ke semua?". Selamba jer abgchik jawab, "Dah licin kena makan la.. Ko ingat diorang tak reti makan makaroni ker?bukan susah, nganga mulut kunyah jela.." Hmmm..betul gak tue..tak kisah la diorang makan sebab lapar atau boring dgn menu lain yg dh besa sgt..yg penting menu aku hantar licin..satisfaction tue beb...

Fuhhh..lega betul aku dengar.Kira first experiment aku masak spicy fried macaroni menjadi la jugak. tak lama lepas tue aku dengar suara abgchik lagi. "Ada lagi tak dalam kuali?yg ko hantar kat rumah tadi emi dah abeskan. Aku sempat makan sikit jer.."

Aku senyum gumbira sambil menyenduk makaroni terakhir dari kuali ke dlm pinggan abgchik....satisfaction beb..satisfaction.. hahahaha


Related Posts with Thumbnails