Nafsu nak makan red velvet cream cheese membuak2.
Then, my cousin said 'Giant dekat je..jom beli barang kita buat sendiri RV kek'. I was like 'serious?????' Tengok dia sengih lebar lepas tue janji nak tolong sekali.
'Set!! Malam nie kita buat.'
Dan akhirnya setelah bertungkus lumus -------------------------- Taddaaaa!!!
Yang nie baru lepas sapu cream cheese. Belum sempat masuk dalam peti ais lagi.
Meh kami share resepi:
Bahan-bahan kek red velvet:
250g tepung
yang dah diayak
1/2 sudu teh garam (tak letak)
2 sudu besar serbuk koko
113g unsalted butter
275g gula
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
240ml buttermilk or 240ml susu segar+1 sudu cuka
2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu
1 sudu teh cuka (pakai apple vinegar)
1 sudu
teh baking soda
Cream cheese frosting:
250g
cream cheese (pakai tatura cream cheese je..phila mahal sket lg)
30g
butter
1
sudu besar esen vanilla
1
sudu besar susu segar
100g gula ising (kami lupa beli gula ising. cara kami amek gula 100g kemudian blend sampai halus mulus okey?)
Cara membuat kek red velvet:
Preheat oven: 175 °C
1) Ayak serbuk koko dan tepung dalam
satu bekas dan kacau.
2) Campurkan buttermilk dengan pewarna
merah @ pink
3) Dalam bekas lain, pukul butter
sampai kembang dan creamy, then tambah gula dan pukul lagi sampai kembang
dan sebati. Masukkan juga essence vanilla . Masukkan telur satu persatu. masuk telur-pukul-masuk telur-pukul. Sampai sebati ye..
4) Kemudian masukkan tepung+koko yang
sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung+koko, pukul..
then masukkan buttermilk pukul, ulang sampai habis & sebati kesemuanya.
5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu
teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat
masukkan dalam adunan tadi. Kemudian masukkan dalam
loyang yang telah disapu butter atau dialas dengan cooking paper (supaya senang nak keluarkan nanti). Bakar selama 25-30 minit.
6) Sejukkan kek yang telah siap dibakar. Kalau potong masa tengah bakar, senang pecah. (maksudnya di sini..sila jangan gelojoh!hahaha)
7) Sementara kek masak dalam oven, boleh la buat cream cheese pulak. Cara buat cream cheese rujuk kat bawah.
Cara membuat cream cheese topping:
Pukul cream cheese sampai creamy. Masukkan butter, esen vanilla, susu segar & gula ising. Pukul hingga sebati.
8) Kek yang telah siap dan tak panas lagi bolehlah dibelah secara melintang. Boleh belah 2,3 atau 4 bahagian. Terpulang kepada skill dan citarasa masing2.
9) Sapukan bahagian atas setiap lapisan dengan cream cheese. Kemudian satukan semua lapisan menjadi sebiji kek semula. Akhir sekali, sapu keseluruhan kek dengan cream cheese untuk kesan yang lebih mantap. Leleh air liur tengok cream cheese.
10) Last, masukkan kek yang dah siap ke dalam peti ais. Lepas 30-60 min, dah boleh makan!! yeayyy..!!
Harap maaf. Gambar keratan rentas RV kek yang menggiurkan perut dan tekak kami tak dapat disiarkan. (lupa snap picture sebenarnya..hehehe)
note: resepi di atas menjadi walaupun pertama kali kami cuba buat. Cuma part kek tue kami kena adjust sket heating profile oven kami supaya kek tue masak perfectly dan tekstur dia sekata.
Are you cheese cake lover?? Sila cuba resepi ini okay?
Happy baking!!
Regards,
aurikel





