Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label kek red velvet. Show all posts
Showing posts with label kek red velvet. Show all posts

January 10, 2013

RED VELVET versi kami

Salam.
Nafsu nak makan red velvet cream cheese membuak2. statement exaggerate kan?? Ditambah dengan perasaan kecewa bila rv cupcake yang kami beli di bazar karat sangatlah tidak memuaskan hati.

Then, my cousin said 'Giant dekat je..jom beli barang kita buat sendiri RV kek'. I was like 'serious?????' Tengok dia sengih lebar lepas tue janji nak tolong sekali.

'Set!! Malam nie kita buat.'

Dan akhirnya setelah bertungkus lumus -------------------------- Taddaaaa!!!



Yang nie baru lepas sapu cream cheese. Belum sempat masuk dalam peti ais lagi.

Meh kami share resepi:


Bahan-bahan kek red velvet:

250g  tepung yang dah diayak

1/2 sudu teh garam (tak letak)

2 sudu besar serbuk koko

113g unsalted butter

275g gula

2 biji telur

1 sudu teh esen vanilla

240ml buttermilk or 240ml susu segar+1 sudu cuka

2 sudu besar pewarna merah @ merah jambu

1 sudu teh cuka (pakai apple vinegar)

1 sudu teh baking soda

 

Cream cheese frosting:

250g cream cheese (pakai tatura cream cheese je..phila mahal sket lg)

30g butter

1 sudu besar esen vanilla

1 sudu besar susu segar

100g gula ising (kami lupa beli gula ising. cara kami amek gula 100g kemudian blend sampai halus mulus okey?)
 
 
Cara membuat kek red velvet:
Preheat oven: 175 °C
1) Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau.
2) Campurkan buttermilk dengan pewarna merah @ pink
3) Dalam bekas lain, pukul butter sampai kembang dan creamy, then tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan juga essence vanilla . Masukkan telur satu persatu. masuk telur-pukul-masuk telur-pukul. Sampai sebati ye..
4) Kemudian masukkan tepung+koko yang sudah diayak secara berselang seli dengan buttermilk. masukkan tepung+koko, pukul.. then masukkan buttermilk pukul, ulang sampai habis & sebati kesemuanya.
5) Bila dah sebati, campurkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Then cepat-cepat masukkan dalam adunan tadi. Kemudian masukkan dalam loyang yang telah disapu butter atau dialas dengan cooking paper (supaya senang nak keluarkan nanti). Bakar selama 25-30 minit.
6) Sejukkan kek yang telah siap dibakar. Kalau potong masa tengah bakar, senang pecah. (maksudnya di sini..sila jangan gelojoh!hahaha)
7) Sementara kek masak dalam oven, boleh la buat cream cheese pulak. Cara buat cream cheese rujuk kat bawah.
Cara membuat cream cheese topping:
Pukul cream cheese sampai creamy. Masukkan butter, esen vanilla, susu segar & gula ising. Pukul hingga sebati.
8) Kek yang telah siap dan tak panas lagi bolehlah dibelah secara melintang. Boleh belah 2,3 atau 4 bahagian. Terpulang kepada skill dan citarasa masing2.
9) Sapukan bahagian atas setiap lapisan dengan cream cheese. Kemudian satukan semua lapisan menjadi sebiji kek semula. Akhir sekali, sapu keseluruhan kek dengan cream cheese untuk kesan yang lebih mantap. Leleh air liur tengok cream cheese.
10) Last, masukkan kek yang dah siap ke dalam peti ais. Lepas 30-60 min, dah boleh makan!! yeayyy..!!
 
Harap maaf. Gambar keratan rentas RV kek yang menggiurkan perut dan tekak kami tak dapat disiarkan. (lupa snap picture sebenarnya..hehehe)
note: resepi di atas menjadi walaupun pertama kali kami cuba buat. Cuma part kek tue kami kena adjust sket heating profile oven kami supaya kek tue masak perfectly dan tekstur dia sekata.

 Are you cheese cake lover?? Sila cuba resepi ini okay?
Happy baking!!
 
Regards,
aurikel
 
 
 
 
 


May 23, 2011

Red Velvet Cake - sedapsedapbelaka

...
xoxo
...


Lepas balik dari bercuti, kemalasan nak update blog pun melanda. Ditambah dengan broadband yang sudah melebihi volume quota. Tengah hari tadi lunch popia basah jerr...eh, silap.,ada juga jambu dan tembikai tawar sebungkus. 

Takde selera nak makan. Sebabnya...aku asyik terbayang-bayang red velvet kek dalam peti ais kat rumah. Aiseehhh..rugi pulak tak bawak datang opis. Semalam dah makan 2 slice..sepanjang makan 2 slice tue, mak kata dekat 14 kali aku sebut 'mm...sedapnya...'.



Tapi serius..kek mini red velvet yang aku tempah dari Hana Yori memang sedap. Cream cheese yang memang marbeles...finger licking good I told you. Memang kena lah dengan selera tekak aku nie.

Kalau minat boleh cari Hana kat sedapsedapbelaka. Selain RV kek, boleh juga tempah fondant kek, cupcakes, chocolate truffles, muffin  etc.





Related Posts with Thumbnails