...
xoxo
...
Yeaayy...bestnya main air. Kalau masa kecik-kecik dulu memang best gila kalau dapat main air. Lagi-lagi main air hujan. Tak kisah lah kalau lepas tue kena piat telinga mahu pun kena sebat dengan mak pakai hanger.
Semalam lebih kurang pukul 5, hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. Memang syok kalau dapat minum kopi panas dengan makan pisang goreng. Tapi sebagai pekerja yang bajet sungguh berdedikasi aku ketika itu sedang khusyuk siapkan report.walaweeii...
Aku jenguk ke luar tingkap. Pemandangan yang biasa berlaku jika hujan lebat. Jammed!! Tak lama kemudian terdengar suara Lew separuh menjerit. 'Banjir!'
Sepantas kilat aku pandang lantai. Air menderu masuk (cewaahh...ayat hyperbola sket). Kelam kabut kami semua selamatkan fail yang ada di atas lantai. Tak kuasa la aku nak mengeringkan fail2 tersebut buat kali kedua.
Depan pintu masuk aras dua, air terjun kelihatan mencurah-curah ke ladang gandum. Err..silap...air hujan mencurah-curah turun membanjiri ofis kami di aras 2.Ketika asyik menikmati pemandangan air terjun, aku perhatikan lantai makin digenangi air.Then baru teringat sesuatu. Alamak!! CPU aku kat bawah meja!!
Tetiba aku cam malas nak taip lagi. daa..
Tetiba aku cam malas nak taip lagi. daa..

