Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label restoran seri bidara. Show all posts
Showing posts with label restoran seri bidara. Show all posts

August 21, 2010

|JJCM| Restoran Seri Bidara

Alkisahnya..semalam kan besday ku yang ke (130/5)+456-123-(111x3). Thanks to my dear best buddy santz sebab sudi datang PJ to celebrate my birthday.  Alaa...bukan celebrate kemain pun..just gi makan-makan je.

Santz datang bawak dua bodygard lagi. Diorang datang dari Rawang. Aku dah selamat berbuka dgn mommy tersayang. Santz yang baik hati pun dah berbuka jugak. Siap kongsi makan bihun sepinggan dengan 2 orang bodyguard. Wahhh..cayalah ko santz..pengasih lg penyayang gitu.

Memandangkan dua orang bodyguard Santz nie ala-ala omputih celup gitu, so tekak diorang nie tak mainlah makan nasi. Diorang nak makan western food. Dengan aku yang baru balik dari London eh silap jB nie, melilau gak la cari restoran yang menyediakan western food.

Mula-mula Fendi cadangkan Restoran Bistro Sayang tapi bila dah duduk bukak menu. Aiseehhhh...nie restoran mamak daaa... malay food ada, western food yellek!!

Tetiba aku teringat kat Restoran Bidara. Pernah masuk tapi tak pernah makan situ. Rasa-rasa ada serve western food.

Sempena bulan Ramadhan nie, semua waiter & waitress pakai baju melayu & baju kurung. Biasalah restoran punya uniform pun ikut tema gak. Baru boleh tarik ramai pelanggan kan..

pic credit to here

Santz order coslow & spaghetti carbonara, Amy order chicken chop, aku order mushroom soup, Fendi order chicken salad + mushroom soup. 

Yang sampai cuma coslow, mushroom soup 1 & chicken salad. Dah nak separuh aku makan mushroom soup, tapi mushroom soup si Fendi & chicken chop Amy tak sampai-sampai.

Spaghetti carbonara Santz kuahnya cair je. Rasa pun setakat okay-okay jela. Decoration pun tak cun. Coslow ok. Amy kata ada rasa durian. Errkk...??!! Ting tong punya lidah la dia..

Mushroom soup aku is consider as not bad. Kuah agak pekat & dihidangkan bersama roti. Aku tak pasti sama ada roti tue onion bread, french bread or garlic bread. Sebabnya rasa & rupa roti tue tak menyerupai mana-mana roti onion, garlic or french bread.

Dah 15 min, dua order lagi tak sampai gak. Dahla dua bodyguard tue yang punya tekak paling western. Huhuhuhu
Bila panggil semula waiter, dia tengok kata resit kata takder order. Takde order apanya... 4 pasang telinga dengar chicken chop la yang pertama sekali dipesan kemudian mushroom soup.

Tak lama kemudian datangla mushroom soup yang kedua. Mushroom soup aku harusla 80% licin kan...kan..Begitu jugalah dengan spaghetti carbonara. tapi.... chicken masih belum tiba. Ahh, chef restoran nie pergi tangkap ayam dulu agaknya. Tue la yang lambat sangat.

Over half an hour. Hati dah mula panas beb. Tue la..siapa suruh order nescafe panas tadi. Bila panggil waiter sekali lagi, check sekali lagi rupanya waiter tadi tak tulis pun chicken chop yang dipesan. Ishhh..memang menyirap la kan...Waiter lelaki nie kata tunggu 7 minit. Nak tak nak kena la tunggu gak. Dah lebih setengah jam boleh tunggu tak kan 7minit tak boleh...hmm..

Amy & Santz kata tak Chicken chop kat sini tak best. Kat Kg Baru lagi best & lagi sedap. 

Aurikel Rating:  
Location: 4/5
Environment: 3.5/5
Condition: 3/5
Food taste: 2.5/5
Service: 2.5/5
Price: 3/5


*Aurikel Rating adalah merujuk kepada rating yang diberi berdasarkan tekak, pemerhatian & pengalaman pemilik blog ini.













Related Posts with Thumbnails