Pages

Ads 468x60px

.

Labels

August 23, 2010

|Isu Ramadhan| Darah keluar dari tubuh

 pic kredit to google 

Bila bulan ramadhan tiba, banyak jugalah soalan-soalan yang menjadi kemusykilan bagi sesetengah muslim. Begitu begini boleh tak? Buat itu buat ini dikira batal puasa tak? 

Isu pertama sempena topik berkaitan kemusykilan di bulan puasa ini ialah darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. 

Keluar darah haid dan nifas, memang telah disepakati ulama sebagai perkara yang membatalkan puasa. 

Jadi, bagaimana pula sekiranya seseorang muslim yang berpuasa itu tercedera hingga keluar darah dari mana-mana anggota badannya? Atau bolehkah seseorang muslim itu menderma darah ketika sedang berpuasa? Bagaimana pula jika seseorang muslim terpaksa menjalani pemeriksaan perubatan & terpaksa diambil darahnya untuk tujuan analisis?

Apakah hukumnya darah keluar dari tubuh ketika sedang berpuasa?

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan puasa adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). 

Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247) 


sumber: refer here


Related Posts with Thumbnails