Assalamualaikum...
Hari pertama di Miri, aku mengendalikan satu projek yang diambil oleh daripada my senior. Reason for him not to pursue this project is he is no longer fit to travel outstation. Whoaaaaaa... aku ni fit sangat lah yer nak travel every week. T_T
I met the company's person in charge who is an SHO officer. Muka macam Baim Wong!! hahhahah
Dia baru je dapat green book. Jealous okay....dia dah dapat Green Book. Akuu??? krik!krik!!
Satu perkara yang aku sangat kagum dengan rakyat Sabah & Sarawak ni ialah mereka sangat menghormati orang lain biarpun berlainan agama. Mengetahui bahawa aku seorang muslim, awal-awal lagi mereka dan bagitau di pejabat mereka tiada kemudahan surau. Mereka cadangkan agar selepas pergi makan tengah hari, mereka akan hantar aku di Masjid yang berdekatan supaya aku boleh solat di situ. Bagus kann??? Aku tak tanya pun lagi tapi mereka yang usulkan hal tersebut. Kagum sekejap.
Menurut Baim Wong look alike ni, Masjid Al-Naim di Miri agak terkenal kerana kedudukannya yang terletak bersebelahan Gereja. Apa yang menarik di sini ialah ketika hari Jumaat, pihak gereja akan buka pagar supaya muslim yang datang solat Jumaat di Masjid Al-Naim boleh tumpang parking di situ. Manakala, pada hari ahad pula, pihak masjid akan buka pagar supaya para penganut kristian boleh tumpang parking di sekitar masjid. Whoooaaa...korang nampak tak betapa harmoninya penduduk kat sini.
Menurut Borneo Post, ketika sambutan Maal Hijrah yang lalu, Masjid An-Naim ini telah dinamakan sebagai Masjid Contoh sebagai simbol harmoni dan toleransi di antara penduduk Miri. Sempena hari Malaysia pula, Masjid An-Naim ini dan Anglican church – The Good Shepherd berjiran ini telah muncul di dalam filem dokumentari berjudul 'Kita Sama Sehati Sejiwa' yang disiarkan oleh Astro Awani.
Semoga Malaysia amnya dan Semenanjung khususnya kekal aman damai.
With love,
aurikel
Tudan-Lutong, MYY
#travellingberuang





No comments:
Post a Comment