Pages

Ads 468x60px

.

Labels

October 15, 2015

Celebrity Yogurt

Salam a'laik...
Namaste.... 

Siapa suka yogurt?? 
Me!!! Aku angkat tangan tinggi-tinggi.
Walaupun mummy kata yogurt ni masam macam susu basi...i can't say no to yogurt. 

Kalau breakfast kat hotel, mesti aku cari yogurt..letak banyak2 dalam mangkuk..lepastue  sumbat dengan buah-buahan potong..nak lagi sedap kalau ada dry fruits macam kismis atau nuts macam hirisan almond...boleh tambah sekali dalam mangkuk yogurt tue. Serius aku boleh ulang 2-3 kali. 

Kalau takde yogurt, air yogurt pun jadi lah... sedap juga. 

2 minggu lepas aku ke pasar malam. Di situ aku jumpa yogurt celebrity. 'Dia' bukan artis mahupun selebriti, tapi yogurt celebrity adalah sejenis produk minuman yogurt keluaran tempatan.

Rasanya??? Sedap. Yogurt celebrity didatangkan dalam beberapa perisa seperti buah naga, pisang dan tembikai susu. 

Yogurt celebrity dijual dalam keadaan separa sejuk beku. Jadi teksturnya berair dan sedikit seperti ais kepal. Ala-ala makan ABC versi yogurt. 

Acidity, sweetness and flavoring from the juice are well balanced for celebrity yogurt. Korang pun patut try juga. 

Harga agak mahal iaitu RM7.90 bagi setiap botol berbanding jenama air yogurt yang lain (RM4.50-RM5 per botol). 

Yogurt celebrity dijual dalam botol kaca yang cantik dengan sticker yang agak bergaya (baca:menarik).




#supportlocalproduct

Regards,
Aurikel
MH5744
Kul-Tawau




No comments:

Related Posts with Thumbnails