...
xoxo
...
Aku selalu memekak nyanyi lagu Wings.
Bulan April nanti kat Istana Budaya ada Konsert Opera Hidup Wings. Jom pergi!!!
Kalau check kat Ticket2U, banyak lagi kosong.
Seat yang dah terjual sila refer seat yang kaler merah okeh??
Kebanyakannya di bahagian yang kaler biru.
Kenapa?
Memanglahhh.. Dah area situ yang tiket murah sikit. Seat atas sekali tue, kat Upper Circle.
Seat kelabu - tak jual. Nie untuk VVIP. Tiket paling murah kat seat kaler biru turqoise, kat bahagian sisi kiri & kanan di upper circle. Seat warna biru cair harga RM85. Seat kaler peach belakang VVIP tue harganya RM245 & kiri kanannya yang warna biru gelap tue seat berharga RM205.
Seat kaler ungu lak berharga RM165. Seat nie pun kira oklah compare to seat warna coklat. Dahler kat grand circle, pastu seat kat tepi hujung-hujung.Tak best-best.
Tempat paling syiok haruslah depan stage kan.. tapi harga dia mak aiii... RM305. Boleh buat shopping kasut & handbag. Seat dekat grand circle kiri & kanan VVIP pun best..tapi nak keluar duit bayar RM450 beli tiket, rasa menggigil kepala lutut. Boleh buat bayar sewa sebijik rumah flat kos rendah!
Jom..jom!! Ada sape-sape nak join? G tengok ramai-ramai la best kan.. Kita duduk seat kaler biru turqoise pun okeh..janji seat row depan sekali tau.


