Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

December 21, 2011

Gojie Wedding

...

xoxo
...

Rasa macam kejap je masa berlalu. Dulu masa zaman matriks kat Sepang, huhahuha dengan Gojie. Pergi outing beli barang apartment kat Kajang. Layan Gojie bermadah berpuisi mengarut-ngarut kat balkoni. Layan Gojie berdrama kat tengah-tengah apartment. Dengar Gojie cerita dengan slang jawa dia. Dengar Gojie bagi petua orang zaman dulu-dulu macam mana nak jaga rambut dan kulit muka.

Hari Sabtu yang lepas, dah selamat jadi isteri orang dah dia. Pengantin gedik!!! But Gojie, u seriously look so gorgeous girl!! Jealous okay???!!


Nani dah ada Alysha. Elly dah ada Niyas. Kec coming soon..next year June will be married. Laila??? hehehe remains in mystery la awek nie.. huhuhu

Aisehhh...2011, I end up with no one??

We planned but HE determined everything. HE knows the BEST for us. Just be patient.


December 19, 2011

PSL Wedding

...

xoxo
...

Hola...First of all nak wish selamat pengantin baru to Puan Seri Lienda (PSL) & her husband mamat exist.. eh Faizal Adam. Majlis resepsi berlangsung di Galeri Tasik Shah Alam pada hari Sabtu yang lepas (10.11.11). 

PSL adalah sangat wow pada hari tersebut. Haallluuu...pengantin mestilah kelihatan gojes & wow kan... Yang lain jangan sibuk nak overshadao hokey... 

Sebab takut meraung sorang-sorang tengok orang lain best2 kawen tapi saya belum ada rezeki, saya bawak anak buah teman pergi wedding PSL. At least nak buat lawak pun adalah orang boleh tolong gelak. 

Hari sabtu standard la saya keje half day. Lepas kerja kul 1230 saya pun siap2 sembur deodorant Rexona satu badan dan make over pakai baju yang ayu sikit yang baru beli semalamnya hehehe. Baju bau kedai lagi.

Saya belum masuk tahap dewa slumber pergi majlis kenduri kawen pakai jeans rugged, t-shirt dan safety shoes. Ohh tidak..walaupun mak saya takde kat sebelah, saya masih nak nampak ayu sekali sekala. 

Saya tak bawak kamera sebab saya takde kamera sebenarnya huhuhu. So, gambar-gambar yang ada adalah dicilok dari kamera mahupun henpon kawan-kawan persatuan. 

Saya tak tahu kenapa, tapi tangan saya shaking gila macam ada gempa bumi. So, saya tak mampu nak tayang tulisan chantek kat GuestBook PSL. Tulisan & ayat yang kat bawah tue ada nama saya bukan saya yang tulis tau... Itu tulisan 'anak buah' saya tau... heheheh

Saya suka door gift PSL. Cute je dalam jar. Bukan takat cute, biskut dalam jar tue sedap. Saya makan sikit2 sebab takut abes. Mane nak cari lagi?? 




Pelamin PSL cantik............... simple, nampak fresh and nice sangat. 


Saya yang paling comot. Sila abaikan!

December 24, 2009

Walimatus Urus



Dengan sukacitanya menjemput rakan-rakan ke majlis perkahwinan saya mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah selamat upgrade status daripada bujang kepada berkahwin. Memang bulan November & Disember musim orang kahwin. Setiap minggu pasti ada jemputan kenduri.

Terima kasih atas setiap jemputan. Maaf kepada mana-mana rakan yang aku tak dapat nak hadir majlis perkahwinan. Bukan tak sudi, cuma sesetengah tempat tue jauh sangat. Tak tercapai dek kaki nak menjejak ke sana. Lainlah kalau ada pintu suka hati doraemon. Boleh jugak kemana-mana dengan sesuka hati.

Tahniah atas perkahwinan:
Shaharudin (geng KOOP SASIC) & his wife
Syuhada (ex-dormate SASIC) & her husband 20122009
Yenny & her husband
Afnizanfaizal (exPF KTGB) & his partner 261209 *coming soon

Tahniah atas pertunangan:
Aimi Liyana (my ex-coursemate) & her partner 121209
Farra Illyana (my ex-matrix housemate) & her partner
Izzati Nazreen & her partner
Shida & her partner

"The Grand essentials of happiness are: 
something to do, 
something to love, 
and something to hope for."


sempat attend kenduri pertunangan elly

 Nota jari 1: Ada beberapa lagi jemputan kahwin yang baru diterima kat rumah. hmm..
Nota jari 2: Sila jangan tanya soalan cepu emas itu.



October 22, 2009

Trip to KB ~day 1&2

Bersempena dengan majlis perkahwinan Che Ros (kini mek ros) yg lalu, ahli-ahli charlie rovers telah sepakat berkumpul & konvoi ke Kota Bharu. Charlie Rovers yg terlibat adalah seperti berikut:
1.Bobby (Pilot WRX)
2.Bal (Co-pilot WRX)
3.Wan (Pilot BGU)
4. Santz (Co-pilot BGU)
5. Arep (Ahli jaga WRX)
6. Farah (Ahli jaga BGU)
7. Wana (Ahli lelap WRX & BGU)

Kami semua setuju berkumpul di Kuala Lumpur. Farah, Wan & aku turun di Puduraya.WRX & BGU akan jemput kami di sana. Of course la aku yg first sekali sampai..awal sangat2x..jenuh aku pusing MYDIN, Gedung Hari-Hari, Petaling Street just to kill my not-so-precious time..uwaaaa...rasa nak je blk umah dulu.

Bas Rapid KL no U66 dah menderum-derum panggil aku suruh naik. Tapi otak aku kata 'Tabahkan hatimu menempuh dugaan..kalau dah balik umah confirm xpatah balik dah nie'.

Lepas penat jalan2 cuci mata+makan seketul dunkin donut yg tak berapa best, aku pun lepak kat bahagian atas puduraya yg baru nan cantik sambil bukak laptop, main FB & main Mafia Wars +makan jambu sampailah bateri habis.

Puduraya yg cantik...yg bahagian bawah tue still ******

Tak lama selepas Wan & Farah tiba, WRX pun menjemput kami. Misi pertama adalah menyelamatkan BGU yg telah sesat larat dalam perjalanan ke Pudu. Rupanya BGU tersadai kat Masjid Negara huhuhuhu...Misi kedua adalah pergi kidnap co-pilot WRX di Bangi sebelum bergerak ke Karak Highway.


Tiba di homestay jam 430 pagi


great breakfast here...

Orang Kelantan nie jangan tak tau, pagi2 lagi dah makan nasi berlauk. Bahaya betul untuk orang macam aku nie. Tengah hari nanti kena makan nasi lagi. isshhk2x....Kalau sesiapa yg datang Kota Bharu, this kedai kopi is highly recommended for breakfast.


Menu: nasi dagang+nasi putih+lauk
(nama sebenar tak diketahui..yg penting sedap... XD)


Selepas perut kenyang, kami pun berjalan2 sekitar Kota Bharu. Sempatlah jugak masuk & parking dalam KB Mall, buat bising sikit, soal macam2 dekat staff pasar raya kat sana & tinggalkan cap jari kat dalam tue. Jam 12 ++ kami bergerak ke Chicha Tinggi, Pasir Mas untuk tengok rakan kami yang dah selamat jadi isteri orang.


Charlie rovers & the wedding gifts


Pengantin baru

Misi utama trip telah pun berjaya. Misi sampingan yg seterusnya adalah menuju ke Rantau Panjang. Tapi sebelum ke Rantau Panjang, kami singgah dulu di tempat yg unik ini.


Senibina dari China


Shopping time.....


Berduyun-duyun


Cari periuk, belanga, loyang, kuali?Sila cari di sini yerr..murah2 je macam2 ada


Tuhan sangat sayangkan kami. Baru shopping sikit, tak habis pusing pun Pasar Besar Rantau Panjang tue hujan dah turun dengan sangat lebat. Mungkin peringatan supaya kami tak membazir membeli barang2 yg bukan keperluan.


Hujan lebat di Rantau Panjang

Balik dari Rantau Panjang singgah sekejap kat Umah Nenek+Makcik Bal. Dijamu dengan pengat pisang nangka+nangka. Alahai...sedapnya......first time makan menu nie. Tapi tak boleh makan banyak2 sebab ada nangka, nanti sakit perut.

Malam, plan asal kami nak merasa makan paprik belut. Atas beberapa mslh teknikal, plan terpaksa diubah. Kami dinner makan nasi kerabu golok yg sedap.waahhhhh...makan nasi lagi. tapi memang sedap. Nasi kerabu kat tempat tue memang antara yang famous.


makan second round..bajet makan sebungkus kongsi 4 orangla konon..huhuhu



Lepas makan, sesi borak2, transfer gambar ke dlm laptop, bukak internet, borak2 lagi & tidurrr.. time to krohh2x......

October 21, 2009

Wedding Che Ros @ Chicha Tinggi


Buat Che Ros & husband, Semoga berbahagia, kekal ke akhir hayat.


with love,
Charlie Rovers







February 24, 2009

Kena Tagged ngn Fieda!!!


Tajuk entri kena tagged, tapi first sekali dah kuar gambar cincin.Bila tengok wedding ring kat atas nie, mesti tertanya2..nak kawin ke?? OMG..Takla..belum lagi..Sebenarnya tak rajin sangat nak menjawab segala jenis tag. Since yg tagged nie my member baik fieda@fie@kapit yg dah kawan dari darjah 1..so, jawab gakla..ada ke bagi tag soalan cepu emas macam nie..kantoi la aii...hehehe

1.How old are you?

24 tahun ++...

2.Are you single?

Yup single because i'm not married yet & never married b4

3.At what age do you think you'll get married?

nxt year maybe..or nxt two year or..nxt 3 year..huhu sampai jodoh, cukup duit nak pinang anak orang, dh abes blaja..dh ada keje, dh beli kete sendiri..i'll get married k...


4.Do you think you'll marry the person you are with now?
insyaallah...amin

5.If not, who do you want to marry?

i pray that he is my destiny my mr. right..



6.Who will be your bridesmaid & bestman?

kawan2 lar..so sape berminat nk jd my bridesmaid??sile angkat tangan & jgn lupa booking awal2


7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?
Simple & happening moden+traditional wedding..


8.Where do you plan to go on honeymoon?

mane leh kasi tau..nanti ada yg datang kacau daun..LOL


9.How many guests do you think you'll invite?

tak tau..kena kira dulu & kena tanya mak dulu yerr..Relatives, friends & semua yg mengenali diri ini..please to invite you all to my wedding ceremony..

10.Will that include your exes?

xd ex exes...just ex-schoolmates, ex-clsmates, ex-teachers, ex-collegues ada la..


11.How many layers of cake do you want

one layer is enough..unless there is anyone would like to sponsor my cake like mawi wedding cake??!!!sgt dialukan...


12.When do you want to get married, morning or evening?

evening kot..


13.Name the song/tune you'd like to play at your wedding-

selawat nabi pun bagus gak..barulah dirahmati sket wedding tue..


14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?

layan jerr mane2...normal spoon fork & knife pun dh okay..


15.Champagne or red wine?

sorry yer, no champagne or red wine in my wedding..air sunquick ada la


16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

most probably few days after wedding..kang sape nak tolong kemas??mstila org nie jugak..

17.Money or household items?

Dua2 pun bley... org bagi ikhlas amek jela kan..nak demand buatpe??!


18.How many kids would you like to have?

4-5..kalau dapat twin pun best gak..cpt cket penuh kuota..huhuhu


19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?

maybe...


20.Whose wedding plan would you like to know next?
cik adah or shaadah - umur dah cukup sangat..bile nak kawin tah huhuhu
aimi - kak long nie pun patut dah get ready jer..
mune - lil' sis nie, xtau die nk jwb ke tak soklan cmnie..sure die jwb blaja xabes lg la kak

21. Whose wedding ceremony you will attend in the next 2month?
-ekin smks18
- munirah sk taman medan

January 30, 2009

wedding reception

Date: 17th January 2009
Location: Sec24, shah alam

My ex-classmate is now someone's wife...
i'm wishing her all the best for her marriage.
Tqa, be a good & solehah wife kay..


Atiqah Farhana & her husband..may Allah bless them & live happily

Friends..exSMKS18...

anum (now puan anum) , me & my beloved smks18 teachers...

Credit to anum; thanks for the ride..
and to nizam for the photos

November 18, 2008

Memori lama datang bertandang?

Rindunya pada zaman sekolah kat SMKS 18 dulu...
  • Gaduh2 pelajar lelaki vs pelajar perempuan
  • usik mengusik
  • sakat-menyakat
  • keluar outing ramai2
  • pergi open house rumah ckgu [ustazah rokiah, ustazah hafiza, warden puan nafisa]
  • fly g KFC ngn cyber kafe masa org sibuk pergi solat jumaat
  • fly ke PKNS masa hujung mggu bila tau warden takde kt umah
  • kena cuci longkang sebab kantoi fly g karnival open day kt CIAST yg terletak kt seberang jalan
  • panjat pagar sebab nak ikut shortcut lalu padang bola utk pergi terawikh kt masjid
  • etc...etc...etc....etc..etc...
Ahad lepas, seorang lagi sahabat sekelas seprep sementor seaspuri telah meng'upgrade' status dari single kepada isteri seseorang. Tahniah buat Siti Rozana Hj MOhd Rasul..

~~fieda fetched me at komuter petaling~~

~~gift for the newly weds~~

~~two sweet+single gurls~~

Antara persahabatan paling lama dlm hidup aku. Daripada darjah 1 kelas 1camar sampai la hari nie...Friendship forever la katakan...

~~met with yulie[ex-primary schoolmates] after 11 years~~

Riuh rendah sekejap jadinya bilik pengantin dengan suara aku n yulie yg tak sangka boleh bertemu setelah lebih 10 tahun tak jumpa..Nasib la ana yg baru je selesai make up tak marah kami buat sandiwara jejak kasih dlm bilik tue, pengantin baru mane boleh marah2 kan hehehe

~~simple but nice..sweet jer color die..~~

~~hantaran pihak perempuan~~

~~fieda n ana~~

~~aura pengantin baru~~
asalnya nak letak pic aku menepung tawar pengantin. Beria jer aku campak bunga rampai n siram air mawar tapi pic yg fieda snap xjadi le pulak..hehehe

~~antara clan18 yg hadir [ekin:daya:zahila:fieda:hudamajid:azureen:ismaa:wanihasri]~~

kecoh sekejap jadinya bila mula2 bertemu..yela, masing2 dah ada haluan sendiri, kerjaya sendiri dan kehidupan sendiri..cekgu ashikin ishak yg bertudung hitam nie pun tgh counting days je untuk upgrade status..tak lama pun, awal tahun depan jer..

~~jejaka-jejaka otai ex-18 [wan:adzmer:shafiQ:zahReen:shaHir]~~

Dah besar kenkawan aku nie, .dulu comot2 jer..kehkehkeh...masing2 dah keje..kawin bila pulak??? Jawab mereka: "Kitorang lelaki lambat la sikit kawin, nak kena kumpul duit bukan senang. Nak pinang anak dara zaman sekarang mahal sgtla..kalau ekonomi tak stabil, nak bagi makan apa?mane kenyang setakat makan chenta jer.." ermmm..betul gak tuh...

Semoga ana n suaminya berbahagia n kekal ke akhir hayat, dilimpahkan mawaddah dan rahmat dari Allah. Amin....

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Al-Room 30: 21]


Lepas menghadiri kenduri kawin ana, kami girls nie merancang lak nak pergi melawat huda resad yg baru je selamat melahirkan seorang baby girl...So,konvoi dua buah kereta pun bergerak la menuju Kota Kemuning..
~~huda's baby: airis khaira...cute n keciknyer..

~~wahh...tunjuk bakat dodoikan baby la pulak geng2 aku nie..~~

~~Amboi...sedapnya menjamu selera..Tea time at Kota Kemuning yea..~~

Thanks to huda n her mum-in-law.Kedatangan kami yg mengejut nie dijamu dengan bihun goreng yg sedap..sian kt huda, org dalam pantang cuma boleh tengok dan telan air liur jela tengok kami makan...yummy...

Bila tengok makin ramai kenkawan yg mengakhiri zaman bujang dan dah mula ada anak, aku rasa macam mereka semua tue dah dewasa sangat dan aku dah jauh ditinggalkan. Mereka semua dah tamat belajar, dah ada kerjaya,dah kahwin,dah ada anak..aku???belajar pun tak habis2 lagi..Adakah aku yg lambat dewasa atau tak mahu dewasa???




October 29, 2008

seorang lagi dah selamat...

ALHAMDULILLAH.....
26hb Oktober 2008 (ahad) yg lepas seorang lagi rakan telah berjaya upgrade status dari bujang kepada isteri seseorang. So, kebetulan aku memang berada di KL, sempatla jugak menghadiri kenduri kahwin ex-housemate masa matrix dulu Fatimatul Zahrah a.k.a era. Majlis tersebut berlangsung di kediaman ibubapa era di Kuala Selangor.

Dari Klang aku bergerak sekali dengan Elly & Kec,
kemudian ke Jeram fetched nanie & her baby.kami semua tiba kat sana lebih kurang pukul 2.30pm..Buat era and her husband, selamat pengantin baru, semoga kekal bahagia ke akhir hayat..AMIN...

Sejak JB jadi my second hometown nie, banyak betul kenduri kahwin kawan2 tak dapat nak pergi..Kirim salam and doa jela dari jauh. Buat kak Aspura (senior aspuri SMKS 18) tahniah atas perkahwinan akak. dengar citer lelaki bertuah tue otai SMKS 18 jugak..hehehe Maaf la tak dapat nak datang kenduri mane2 pihak sebab dah balik JB. Bertimbun2 keje menanti kat sini. Ada dua draf paper belum siap.

Seorang lagi member SMKS18, Solihin yg selamat melangsungkan perkahwinan baru2 nie..Tahniah, semoga menjadi suami & ketua keluarga yg soleh..Maaf jugak la sebab tak dapat datang kenduri kahwin.

Ramai betul kawan2 yg upgrade status..Turn aku bile pulak??? hehehe
Related Posts with Thumbnails