Pages

Ads 468x60px

.

Labels

March 3, 2010

Tengok wayang free..yahuuu

Alkisahnya, sabtu yang lepas aku pergi tengok wayang dengan si dia. Movie apa? From Paris with Love.. haaa tajuk macam cerita cinta jiwang segala kan..tapi sorry la kepada peminat cerita cinta yang jiwang & suka nanges2 (macam mama iris..haha jgn marah, anda dah jadi mak orang). Ini bukan cerita cinta lagi jiwang yerr. Ini cerita aksi. Ada tembak-tembak, tumbuk menumbuk dan jugak letup-meletup.


From Paris with Love mengisahkan tentang seorang pembantu duta U.S di Perancis, Reese yang terpaksa bekerjasama dengan special agent, Charlie Wax untuk menjayakan suatu misi. Kejar sana lari sini. Tembak kiri tembak kanan. Akhirnya tahulah siapa dalang sebenar dan apakah motif sebenar. Nak tau?? sila tengok sendiri ye..tak bestla buat review awal sangat. Ada orang bising aku jadi spoiler huhuhu

Sedang si Reese dengan Wax potpet potpet, lagi 2-3 minit cerita nak tamat tiba-tiba panggung wayang menjadi gelap. Dengar suara diorang je tapi skrin gelap, gambar tak keluar.Tunggu seminit - gelap. Dua minit - masih gelap. Suara-suara tak puas hati mula kedengaran. 


'We all pay 9 ringgit la'
'WTH...blaaablaablaa'
'pulang duit....'


Beberapa penonton dah start angkat punggung. Malas nak tunggu. Lagipun ending cerita dah tau. Tapi beberapa kerat termasukla aku masih duk melepak mengharap dia bukak balik. but hopeless. Baru je kami nak angkat pungkoq, terdengar suara staff TGV kata:

'sila pergi kaunter ambil refund ye..'

Dengar je perkataan refund, kami yang ada semua tersengih. Rugi la siapa yang keluar awal tadi. yahuu..boleh layan satu round movie lagi ni. Dapat full refund pulak tue...




9 comments:

atreyu strange said...

Kat man? GSC ke beb? Aku pun penah refund. Sbb diorg punya fire alarm rosak dan berbunyi sepjg waktu muvi. Hahaha. Semua hall untung beb!

aurikelsan said...

tgv sunway pyramid..

Aus MeLankoLik said...

hahahak , bapak best..
bila aku nak kena camni ek ..
hahaha .

Aidy Shahiezad said...

tgv yg sengal... ahaa...
tue pasal le gsc lg best... ;p

aurikelsan said...

aus: memg best...

aurikelsan said...

aidy: tue yg plg dkt ngn umh aku..layan jela..nk merempuh g KL sungguh kemalasan, tp naseb citer dh sampai ending hehe

Syahida said...

weh, aku masa tengok adnan sempit ritu tetiba skrin putih je, pastu after 3 minit gitu, tengok2 citer kluar dia sambung je terus, so tertinggal la some part. xde refund pon!

aurikelsan said...

sya isya: 3min je diorg xleh refund kot, kitorg punya memg pastue xleh on lgsg, projktr rosak

Aus MeLankoLik said...

hahahak..
free suria oi..
haha..
dua round lak tu..
spe xnk..
haha

Related Posts with Thumbnails