Pages

Ads 468x60px

.

Labels

March 25, 2010

Biasiswa 1Malaysia


Permohonan dipelawa daripada calon-calon yang memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2009 untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda bidang perubatan di Mesir mulai sesi 2010/2011 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas dalam bidang dan universiti yang sama untuk mendapatkan Biasiswa Yayasan 1MDB tajaan 1 Malaysia Development Berhad.  

Syarat kelayakan:
(a) Syarat-syarat Asas
      i) Pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) / Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR);
      ii) Telah menduduki peperiksaan STAM/STA/SMA atau setaraf;
      iii) warganegara Malaysia;
      iv) Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 September 2010;
      v) Mendapat surat sokongan/pengesahan* menyambung pengajian dalam bidang yang ditawarkan daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)/Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) di Mesir ;
      vi) Telah menerima surat tawaran* melanjutkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda perubatan di Mesir mulai sesi 2010/2011 atau pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di universiti yang sama; dan
      vii) Keutamaan Penajaan akan diberikan kepada pelajar yang datang dari keluarga miskin yang tidak menerima sebarang penajaan.

Nota : (*) dokumen berkaitan dihantar sebaik sahaja diperolehi

(b) Syarat khusus (Kelayakan Akademik)

      i) Pelajar baru di Tahun Pertama Semester Satu Sesi 2010/2011 mesti lulus dengan cemerlang dalam SPM Aliran Sains dengan mendapat Gred 2A dalam 7 mata pelajarantermasuk Bahasa Arab;
                                                        Atau
      Memiliki Sijil Matrikulasi Sains dengan memperolehi CGPA 3.40.

      ii) Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas semester satu Sesi 2010/2011 mesti lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan sebelumnya dengan memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.50 atau gred Mumtaz (80 peratus).

Borang permohonan:
Sila klik : Borang permohonan Biasiswa 1Malaysia

Calon-calon Yang Tidak Layak Memohon
      i) Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
      ii) Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesebuah jabatan/ agensi.
      iii) Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi Sains /Pra Universiti /Alpha/ Foundation.
      iv) Pelajar/pegawai yang sedang mengikuti program/kursus jarak jauh/separuh masa


Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat melalui cara berikut:
      i) Pemohonan mesti dibuat menggunakan format borang yang disediakan;
      ii) Pemohon boleh mendapatkan maklumat berhubung tawaran biasiswa 1 Malaysia dan borang permohonan daripada Jabatan Agama Islam Negeri atau dengan melayari http//www.islam.gov.my;
      iii) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta semua dokumen sokongan seperti 

  • salinan Kad Pengenalan
  • salinan sijil-sijil / Slip-Slip Keputusan Peperiksaan
  • Salinan Surat Tawaran Belajar 
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah 
  • Salinan Slip Gaji / Salinan Surat Pengesahan Pendapatan (bagi mereka yang bekerja sendiri) 
  • salinan Visa Pelajar 
  • salinan Borang J Cukai Pendapatan dan lain-lain yang disahkan hendaklah dikemukakan terus kepada:


URUSETIA
JAWATANKUASA PANEL PEMBIYAAN BIASISWA 1MALAYSIA
D/A BAHAGIAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN ISLAM
BLOK D7 PARCEL D
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62619 PUTRAJAYA


Tarikh tutup permohonan
26 Mac 2010


Maklumat lanjut berkaitan biasiswa 1Malaysia
Pertanyaan mengenai prgram ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88864055/4327. Talian-talian ini dibuka setiap hari bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Jumaat)


1 comment:

Aidy Shahiezad said...

Calon-calon Yang Tidak Layak Memohon:

v) bukan seorang pelajar, macm aku... sedey ar... ;(

Related Posts with Thumbnails