SEPANG 30 Mac- Utusan Malaysia Online hari ini melaporkan bahawa pelakon kontroversi drama anak pontianak, Zarina Ann Joulie disahkan negatif daripada pengambilan dadah oleh makmal kimia Jabatan Patologi.
Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang, Syaiful Asfar A. Rahman berkata, keputusan air kencing pelakon itu setelah diuji oleh pegawai perubatan jabatan didapati negatif. Dengan keputusan tersebut Zarina dibebaskan daripada dakwaan dan pengawasan pihak AADK.
Sebelum ini, Zarina dilaporkan ditahan ketika dalam perjalanan pulang dari LCCT selepas mendakwa menghantar barang ke pejabat pos berhampiran lokasi sekatan diadakan. Dia kembali mengundang kontroversi apabila mengaku secara lisan mengambil dadah ketika ditahan pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Pelakon berusia 24 tahun yang membintangi drama seram bersiri popular Anak Pontianak itu ditahan bersama rakannya selepas mengaku mengambil ketamin, manakala rakannya mengaku mengambil syabu.
nota: Tuan punya badan dah mengaku. Bila keluar result negatif pula...hmmm..
JAUHI NAJIS DADAH
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT INI DIBAWAKAN IKHLAS OLEH
aurikelsan.blogspot.com


3 comments:
elok lah tu...kalau tk susah lah nak cari makan...
dia ni memang teruk la kan, dengan gambar bogel la, minum arak.. x serik2x ke..
http://belogbagus.blogspot.com/
soffya cik bulan & shafiq08 : kdg2 tgk dia nie mcm xambil pengajaran dr apa yg dh berlaku.. smg dia diberi taufik n hidayah..aminn
Post a Comment