si adik tekun membuang sisik ikan
si abang cekap menyiang ikan
3 beranak
Kagum melihat kerajinan dua beradik lelaki ini membantu ayah mereka menjual ikan talapia di pasar pagi tadi. Tidak kekok langsung. Aku percaya masih ramai perempuan yang tak pandai siang ikan. Pegang ikan pun geli.
Kalau kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka pasti sedang berseronok tengok kartun kat TV. Mereka bukan sahaja tekun bekerja malah sangat cekap membantu menyiang ikan dan berurusan dengan pelanggan.
Mak aku sempat bertanya kepada dua beradik tersebut,
' Dapat upah ke tolong ayah?'
Nak tahu apa jawapan mereka??
'Takde upah pun. Saje tolong ayah jual ikan. Ayah dapat duit, boleh buat belanja sekolah.'
nota: semoga mereka berjaya dunia & akhirat..


6 comments:
comel! jwpn mereka sgt matured!
org susah mmg cpt matang pemikiran dia.klo yg sng takot hadapi susah.cpt je nnti melatah....
t'igt tlg bpk aku kt kebun getah kerna nk beli kasut skolah msa dulu.
-adah-
atreyu strange: yes..memg mature and adorable
nas sendri x suka siang ikan...huhu..klu beli kat pasar mst suh penjual tu siang siap2...:((
adah: yup, org yg biasa susah lbh cpt matang
Nashays: zmn skrg bnyk benda dh jd mudah, kat pasar kita blh mntk tlg siang sekali ikan..senang keje, blk umah tinggal cuci & masak je..
Post a Comment