Pages

Ads 468x60px

.

Labels

January 18, 2010

Kaki gerudi

'Ingat jari kaki kau cantik & wangi??? Terjulur-julur kat celah seat aku...  Kaki takde saraf ke sampai tak boleh rasa yang kaki tue dah sepak lengan aku?? Dahla bising, bercakap macam nak bagi announcement untuk satu bas. Satu setengah jam bercakap kuat gila dalam bahasa yang aku tak faham. Ingat naik bas sendiri ke?? Aku pun bayar tiket jugak tau...............'

Ayat di atas nie aku tujukan kepada 2 amoi dari China yang naik bas City Express 9988 JB-KL 6pm 13 Januari 2009. 

'Excuse me,please mind your leg & could u please lower your voice' --------> after one hour & half ,nie ayat versi sopan aku sebagai gadis melayu & rakyat malaysia pada hari tersebut. Bukan hipokrit, cuma aku masih bersifat waras, relevan & sabar.

Alhamdulillah, selepas tue aku boleh duduk & tido dengan aman sentosa. Tapi masuk jam ketiga, aku rasa kerusi aku bergetar macam ada gerudi pulak kat belakang kerusi. Construction apa pulak dalam bas...

Ishhh..tadi kaki duk terjulur kat seat orang dan mulut macam bertih jagung. Sekarang kaki lak bertukar jadi gerudi. Autobot ke apa amoi nie??

Sambil toleh kebelakang aku sekali lagi dengan ayat sopan 'Excuse me...'. Ayat tak abes pun. Nasib dia cepat faham aku nak sound dia lagi. Maka, operasi penggerudian pun berakhir.

Kesimpulannya, sila jaga kaki masing-masing ye. Jangan menggerudi & menjulurkan kaki sesuka hati di tempat awam. Kat panggung wayang pun camtue. Annoying la...orang lain boleh je duduk elok2. Yang ko sibuk menggerudi kaki tue buat pe???

9 comments:

Anonymous said...

patutnya ketuk je jari kaki amoi tu hihihi
=bluelily=

Anonymous said...

waa, menggoda benar jari2 kaki kat atas tuh. o.0 hehe.

aurikelsan said...

menggoda??? hahaha bg lelaki iyela kot

Asfan Ash said...

patutnya cakap awal2 lagi..xyah tanggung seksa

Kisah Profesor Yang Ujub

Unknown said...

hahaha smpt je amek gmbr kaki amoi tu.

Aus MeLankoLik said...

ahahaha...
ini inul versi gerudi kaki..
hahak

aurikelsan said...

ery farieha: wajib amek gambar, bukti nie

aus: hahaha btul gak..tp xpyhla gerudi kat aku punya seat..

JAI said...

Laaa..mati-mati si inul buat gerudi.hehehe

aurikelsan said...

bro jai, minat inul yeeeerrr...

Related Posts with Thumbnails