Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label medic info. Show all posts
Showing posts with label medic info. Show all posts

July 27, 2009

Kasut Tumit Tinggi yang menakutkan...?

Artikel ini khusus buat wanita & perempuan2 yg suka memakai kasut tinggi...(including me??)

Last few weeks, a friend of mine was having pain in her leg. Her leg (feet?) cramped few times out of the blue. Then yesterday, while doing some net surfing & blog hopping, I bumped into this article..

***

Usianya menginjak awal 50-an, keadaan jari kaki Salmah tidak seperti dahulu lagi.
Ibu jari kaki kanannya yang sebelum ini lurus kini mula merapat ke kanan sehingga menindih jari kedua. Ruang antara jari-jari kecil kaki pula semakin menyempit.

Di bahagian luar ibu jari kakinya pula, satu bonjolan keras seakan tulang terbentuk. Pada mulanya Salmah menganggap perubahan ini berlaku disebabkan faktor usia, namun bonjolan itu sering luka dan berterusan membengkak.

Sebenarnya, apa yang dialami Salmah bukan satu anomali perubatan malah ia kerap berlaku pada kebanyakan wanita lain.

Menurut Pakar Bedah Kaki dan Pergelangan Kaki, Dr. Khairul Faizi Mohammad, apa yang dihadapi Salmah adalah sejenis kecacatan yang dikenali sebagai Hallux valgus.

Keadaan ini biasanya dikaitkan dengan tekanan terhadap bahagian sisi ibu jari kaki yang dipanggil bunion. Ia berisiko menjadi lebih serius bila bahagian sisi jari kaki bergeser dengan kasut.

Apabila kerap memakai kasut tumit tinggi yang bermuncung tirus, jari-jari kaki akan merapat. Ditambah dengan bebanan yang perlu ditampung pada bahagian hadapan kaki apabila berdiri lama, tulang di bahagian itu berisiko untuk dibentuk mengikut acuan kasut.

Lama-kelamaan ibu jari kaki akan merapat ke arah jari kecil dan berputar. Jari kecil akan saling merapat sehingga tiada ruang antara jari. Bunion pula akan bertambah besar dan mengeras. Bagi sesetengah orang, mereka mudah terkena serangan kulat air kerana kaki mereka sentiasa basah.


HALLUX VALGUS ialah satu kecacatan.

Kebanyakan kes bunion terjadi atas faktor pemakaian kasut bertumit tinggi dan sempit di hadapan. Maka tidak hairanlah 90 peratus penghidap kecacatan ini adalah golongan wanita. Mula membentuk simptom pada usia akhir 30-an, keadaan akan bertambah serius sekiranya tidak dirawat.

Bagaimana mengelak Hallux valgus?

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil pada peringkat awal untuk melambatkan proses kecacatan ini.

  • Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi dan kasut yang bermuncung tirus. Bagi mereka yang berkaki leper atau tapak kaki rata, plantar orthosis yang melengkung perlu digunakan bagi memberi sokongan kepada kaki.
  • Kasut yang bermuncung lebar yang menyamai saiz sebenar hujung kaki perlu menjadi pilihan setiap kali anda membeli kasut.
  • Kasut yang diperbuat daripada kulit yang lembut pula memberi jaminan keselesaan kerana ia boleh dibesar dan dilebarkan berbanding kasut yang diperbuat daripada material lain.
  • Bagi mereka yang mempunyai masalah Hallux valgus, satu perkara yang perlu diingat, elakkan kasut yang mempunyai kelim atau jahitan yang bila dipakai akan terkena bahagian bunion.

Geseran ini bukan sahaja membengkakkan bonjolan malah melukakannya. Untuk mengurangkan bengkak, letakkan ais di kawasan tersebut.

Hanya ada satu cara untuk menghilangkan Hallux valgus iaitu pembedahan. Terdapat 110 jenis pembedahan yang boleh dilakukan untuk mengembalikan kaki pada keadaan normal.

Namun, tidak ramai yang tampil untuk merawat kecacatan ini kerana pada anggapan mereka ia bukan sejenis penyakit kritikal dan mereka tidak akan mati kerananya.

***

Nota 1: Pemakaian high heels juga affect our body posture. The pressure on the forefoot increases proportional to the heel height. Please click below pictures for more info.

sila klik pada gambar untuk besarkan imej

sila klik pada gambar untuk besarkan imej

Nota 2: As for me, I love high heel too.. ngeheeehee Because wearing high heels makes me look taller. (Almaklumla..saya nie dah la 'rendang' jer..). *rendang dlm erti kata lain = tak berapa tinggi..iskhh...sopan sungguh ayatku..haha

Aku prefer pakai flat base sandal untuk hari2 biasa (pergi lab, pasar malam, kafe etc etc). I do have high heels but so far, koleksi high heels ku masih lagi belum ada yg mencecah 3 inci. Paling tinggi pun 2 inch. Hanya dipakai untuk majlis2 tertentu yang tidak memerlukan aku berjalan atau berdiri terlalu lama.

Nota 3: Artikel ini tiada kena mengena dgn kawanku tersebut. Beliau juga tidak mempunyai penyakit Hallux valgus atau masalah Bunion.

Nota 4: Marilah kita sama2 menjaga kaki..best tak buat foot reflexology?? Teringin nak buat..



April 29, 2009

swine flu @ selsema babi@#$%^&*



Lately, kita semua & seluruh dunia digemparkan dengan satu lagi influenza pandemik (wabak) yang telah menyebabkan kematian di beberapa negara seperti US, Mexico, Kanada, Scotland, Sepanyol dan juga New Zealand.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meningkatkan amaran Influenza Pandemik (wabak) daripada Fasa 3 kepada Fasa 4 berdasarkan situasi semasa berikutan semakin banyak kes wabak selesema babi (H1N1) di seluruh dunia.

Fasa 4 bermaksud berlaku penularan antara manusia ke manusia dan boleh menyebabkan wabak dalam kalangan komuniti, manakala Fasa 3 ialah membabitkan sekelompok kecil manusia sahaja.hmm...nampak macam serius nie..

Sedikit info yang diperolehi berkaitan selsema babi ini:

1. Apakah Selesema Babi?
Selesema Babi adalah penyakit respiratori akut yang berjangkit daripada babi dan disebabkan oleh virus influenza A. Di kalangan babi, virus ini tersebar melalui titisan air dan hubungan secara langsung atau tidak langsung. Ia juga boleh tersebar melalui babi yang asimptomatik (tidak mempunyai sebarang gejala penyakit tetapi membawa virus Selesema Babi).

2. Berapakah subtypes (jenis) Virus Selesema Babi yang wujud?
Virus Selesema Babi sentiasa berubah seperti virus influenza yang lain. Terdapat 4 subtypes utama virus influenza A yang diasingkan daripada haiwan ini iaitu H1N1 (virus yang biasa ditemui pada babi), H1N2, H3N1 dan H3N2.
Babi boleh dijangkiti virus Avian Influenza (Selesema Burung), virus influenza bermusim manusia, serta virus Swine Influenza (Selesema Babi). Babi boleh dijangkiti lebih daripada satu jenis virus pada satu masa. Ini menyebabkan gen virus tersebut bercampur dan menghasilkan virus influenza yang mengandungi gen daripada pelbagai sumber, dikenali sebagai virus yang bercampur (reassortant). Walaupun virus Selesema Babi pada kebiasaannya adalah spesis yang spesifik dan hanya menjangkiti babi, namun, virus ini boleh menyebabkan penyakit di kalangan manusia. Terbaru, virus influenza yang diasingkan daripada babi telah dikenal pasti sebagai virus H1N1.

3. Di manakah kes jangkitan terhadap manusia pernah terjadi?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menerima laporan kes Selesema Babi dari Amerika Syarikat dan Sepanyol.

4. Apakah tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia?
Tanda dan gejala Selesema Babi pada manusia adalah serupa dengan gejala selesema manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, sakit-sakit badan, sakit kepala serta badan berasa sejuk dan lesu. Terdapat juga sesetengah kes yang mengalami cirit birit dan muntah.

5. Bagaimana manusia boleh dijangkiti?
Manusia selalunya dijangkiti Selesema Babi melalui hubungan langsung dengan babi atau persekitaran yang dijangkiti virus Selesema Babi. Terdapat juga kes di mana manusia yang dijangkiti tidak mempunyai sejarah hubungan secara langsung dengan haiwan ini atau persekitarannya. Jangkitan manusia kepada manusia yang telah dilaporkan adalah terhad kepada hubungan secara langsung.

6. Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

7. Apakah rawatan bagi Selesema Babi?
Kebanyakkan kes Selesema Babi yang dilaporkan sebelum ini pulih sepenuhnya daripada penyakit itu tanpa memerlukan rawatan dan antiviral.

8. Berapakah tempoh masa jangkitan Selesema Babi daripada manusia kepada manusia yang lain?
Mereka yang dijangkiti virus Selesema Babi boleh menyebarkan penyakit ini selagi mereka mempunyai gejala penyakit dan boleh berlanjutan selama 7 hari daripada tarikh mendapat jangkitan (onset). Kanak-kanak, terutamanya yang masih kecil, berpotensi menyebarkan penyakit ini pada tempoh yang lebih panjang.

9. Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi diri anda daripada sakit?
Elakkan penyebaran kuman penyebab penyakit respiratori seperti selesema.
Ambil langkah-langkah berikut:
  • Jika anda batuk atau bersin: -Lindungi hidung dan mulut anda dengan tisu atau sapu tangan
    -Buang tisu yang telah digunakan di bakul sampah
    -Basuh tangan dengan sabun dan air bersih
  • Amalkan kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutamanya selepas anda batuk. Pembersih tangan berasaskan alkohol sangat berkesan.
  • Cuba elakkan berhubung rapat dengan mereka yang sakit.
  • Jika anda sakit kerana selesema, duduk di rumah dan hadkan hubungan dengan orang lain bagi memastikan anda tidak menjangkiti mereka.
  • Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut anda.
  • Segera dapatkan rawatan di kemudahan kesihatan berdekatan sekiranya anda mengalami tanda dan gejala penyakit setelah pulang dari negara atau kawasan yang dijangkiti Selesema Babi.
Nota:
- Info diperolehi drpd Kementerian Kesihatan M'sia
- Bagi maklumat lanjut: sila hubungi Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03–8881 0200 / 03-8881 0300 atau e-mel ke cprc@moh.gov.my



August 27, 2008

Do you know what is erythropoietin?

Don't you know that our body produces glycoprotein hormone called erythropoietin.. ?Nice name huh??[buleh buat name anak nie..hehehe....] also known as EPO. This hormone is produced by specialized kidney cell and very sensitive to low oxygen level in our blood. If oxygen (O2)level is low, the cell will release EPO and EPO will stimulate the bone marrow to produce more red cell. When more red cells are produced the O2 carrying capacity will increase in our blood.
Related Posts with Thumbnails