Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Showing posts with label lunch. Show all posts
Showing posts with label lunch. Show all posts

February 17, 2013

|JJCM| SEOUL GARDEN

Assalamualaikum.
안녕하세요 (read as: annyeong haseyo)

Lastweek, I was having a great lunch with my bff & her lil sweet daughter. Girls gossiping session you alls…..hehehe

i miss this sweet & talkative little kid. she always make me smile
 
The session took place at Seoul Garden Puchong. Kami feeling Korean gitue.. makan kemain nak ada grill & steamboat depan mata.

 


Pada hal aku baru je one week before terjah Kapten Steamboat & Grill kat JB bersama seorang power ranger.
 
warm up session

Layan jela kaaan…syok gak makan grill & steamboat. Lepak situ more than 2 hours. Dari lunch buffet sampai masuk waktu dinner buffet.
 
To be my surprise kami berdua boleh plak terlepas wedding si Dat. Another bff from matrix. OMG..OMG…Tue ar..sape suh duk hulu sangat kat Sabah tue. Sampai FB pun takdak.

Immediately kami pun call Dat buat online gossip session through galaxy note. Dasyat kan zaman sekarang…
 
Alright.Back to our main topic pasal Seoul Garden. Moment terakhir di Seoul Garden adalah lebih kurang beberapa tahun yang lalu. It was my treat. I was there with MR ATB, celebrating his birthday. Seoul Garden area Plaza Pantai.

A few years ago, Seoul Garden nie tak banyak cawangan pun. Dulu-dulu ada kat Plaza Pantai, OU dengan IOI je.  Sekarang ada lebih daripada 10 outlet. Kat Penang, Ipoh, Melaka dan Johor Bahru.

Seoul Garden menawarkan hidangan secara buffet All-U-Can-Eat. Maksudnya, anda bayar dan makanlah sepuas-puas hati. The place is clean, comfort and convenient for gathering and yamchaing with friends & families.
 


Apa pilihan menu yang ada di Seoul Garden??

1.  Marinated meat (perapan daging lembu, ayam, kambing, ikan & sotong). Some of the flavors are black pepper,BBQ, kari, bulgogi, Szechuan,tomyam, teriyaki & garlic

2.  Seafood (makanan laut) – kepah, udang, ketam, halfshell mussel

3.  Steamboat with variety of frozen foods such as sausage, crab cake, fish ball etc

4.  Vegetables (sayur-sayuran) such cauliflower, broccoli, taugeh etc

5.  Korean appetizer seperti kimchi, kong namual, chin namual etc

6.  Salad

7.  Fruits & desserts

8.  Ice creams

9.  Cooked food station. Eg: fried rice, fried mee

10.           Steamboat soup

11.           Drinks; hot & cold

 

 

 

 




사랑해,

aurikel

 

June 15, 2011

|JJCM| Ikan Bakar Terbaek Punya

...
Assalamualaikum... cewahh..sopan sungguh daku hari ini. Dah lunch??? 
Bayangkan ikan bakar yang baru dimasak. Daging ikan yang manis dan segar dilapik dengan daun. Dimasak sempurna untuk dimakan bersama kuah sambal mahupun air asam cicah. Aduuhh…memang wajib kecur liur melihatnya.

Memang susah nak cari ikan bakar yang sedap dan menepati selera tekak. Ada banyak kedai makan yang menjual ikan bakar tapi nak mencari yang sedap memang susah.

Kadang-kala nampak je sedap tapi bila dah dirasa, ada sahaja yang tak kena. Ikan sudah tak terasa manisnya mungkin kerana ikan yang digunakan sudah disimpan terlalu lama.

Ada masanya pula ikan tak dimasak dengan sempurna. Lebih menghampakan apabila ikan bakar tersebut tidak dibersihkan dengan sempurna. Bayangkan tengah sedap menjamu selera, tiba-tiba terjumpa sisa dalam perut ikan. Memang mematikan selera makan sungguhlah jawabnya.


Namun, di Restoran Ikan Bakar ini, ikan bakar di sini boleh dikatakan menghampiri 100% sempurna. Ikan dibakar dengan sempurna. Masak tetapi rupa luarannya masih cantik dan tidak hangus. Isinya juga masih terasa manisnya seperti ikan yang segar


Tidak lengkap jika ikan bakar tidak dihidangkan bersama sambal ataupun air asam cicah. Di sini, ikan yang dibakar dialas dengan daun kemudian ditaburi dengan hirisan bawang dan disirami dengan sambal cili. Air asam cicah d sini juga sedap. Memang menjilat jari.


Di sini, ikan bakar dimasak di hadapan restoran. Jadi, sekiranya ada ikan yang sudah agak tidak berapa panas, pengunjung dengan senang hati boleh meminta pekerja di situ memanaskannya kembali.


Antara jenis ikan bakar yang ada di Restoran Ikan Bakar Seksyen 25 Shah Alam ialah ikan kembung, pari, cencaru dan juga ikan keli. Selain ikan bakar, pengunjung juga boleh mendapatkan ayam goreng dan gulai kawah kambing, lembu dan juga ayam.


Restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk hidangan makanan tengah hari. Ada lebih dari 20 jenis lauk dan pelbagai jenis sayuran dan ulam-ulaman disediakan untuk pengunjung yang datang.


Setiap hari pada waktu tengah hari, restoran ini pasti menjadi tumpuan orang ramai. Tambahan pula kawasan ini berhampiran dengan kawasan perindustrian yang ramai dengan pekerja industri.

Pekerja di sini cekap dan ramah dengan para pengunjung. Kebersihan juga ditahap yang memuaskan. Persekitaran restoran walaupun tidak terlalu besar tapi masih boleh dianggap selesa. Harga yang dikenakan juga amatlah berpatutan dan sesuai dengan kebanyakan pengunjung yang berpendapatan sederhana. Bak kata teman sekerja ‘Makan ikan bakar setiap hari pun tak mengapa. Memang sedap dan berbaloi-baloi’.

Lokasi: Restoran Ikan Bakar,
            Jalan Merdu 25/119,
            Taman Sri Muda,Seksyen 25,
            40000 Shah Alam,Selangor

Sebenarnya artikel nie copy paste dari artikel yang aku hantar ke Selangorlicious.my. =)






March 20, 2011

|JJCM| Nasi Ikan (fillet) 3 Rasa @ Restoran Mohd Chan

...
xoxo
...

Salam. Selamat malam. Dah makan?? Mood malas balik dari training masih belum tamat. Tapi tadi masa sedang view gambar-gambar yang ada dalam my document, baru perasan banyaknya gambar makanan. Kalau nak tulis hobi saya adalah mengambil gambar makanan, aci tak???

Dua minggu lepas, sekali lagi pergi lunch  beramai-ramai di Restoran Mohd Chan seksyen 15 Shah Alam.  Kalau sebelum nie cuma bawak 5 perut je, kali ni bawak 9 perut. Serbuan Aktiviti kali ini atas request dari our senior technical exec, Lee. Beria sungguh nak ajak makan nasi ayam kat sini. Tapi bila sampai dia tak order nasi ayam pun. Dia order nasi itik tambah telur dadar dengan nasi extra.


Menu pilihan aku ialah nasi putih dengan lauk ikan siakap (fillet) masak 3 rasa.  Komen?? sedaappp.... Minum pulak aku order bandung cincau. Rasanya? kureng kick sket sebab bandung agak cair, tak kaw!! Tapi cincau dia banyak. I like!

 Nasi putih + ikan siakap (fillet) 3 rasa 
RM8.00

Bandung cincau

Lokasi:
Restoran Mohd Chan Abdullah
Jalan Utas B 15/b, Seksyen 15
40000 Shah Alam
(sederet dengan Ambank)

please click to enlarge







March 10, 2011

|JJCM| Asam Laksa @ Pak Li Kopitiam

...
xoxo
...

Salam.. Good Afternoon. Dah breakfast? Breakfast aku pagi tadi adalah milo dan sepeket biskut IKO. Kejap lagi masuk mode nak lunch pula. hehehe

Hari selasa yang lepas aku pergi makan dengan Cik Admin dekat Pak Li Kopitam, outlet seksyen 18 Shah Alam. 



Cik Admin makan mee udang. One of my favourite food is asam laksa. Memang kalau pergi mana2 tempat, mesti nak cuba asam laksa. Taddaa..nie dia asam laksa Pak Li Kopitiam. 
..
..
..



Asam laksa dekat Pak Li Kopitiam nie berbeza sedikit dengan asam laksa yang aku pernah makan selama nie. Selalunya kuah asam laksa nie dihasilkan daripada ikan yang dikisar (lebih kurang macam kuah laksa).  

Asam laksa Pak Li Kopitiam lak kuahnya kosong tapi ada seketul ikan sardin yang panjangnya kurang sikit je dari sejengkal. haa..leh nampak sekor ikan sardin timbul kat dalam mangkuk tue kan..

Nak kata kuahnya cair tak juga  tapi nak kata pekat tak juga. Walaupun kosong tapi kuahnya boleh tahan la sedap. Cukup segala rasa pedam, masin & masamnya. Nenas yang dimasukkan juga nenas yang hampir masak. So, ada rasa masam manis. Tue yang buat best tue.

Portion yang diberi pun agak banyak dan berbaloi dengan harga yang dibayar. oh ya..kalau makan asam laksa tak lengkap kalau takde he-ko @ prawn paste. Kalau rasa tak cukup pedas, boleh juga tambahkan sambal dalam asam laksa. 


Dah nama pun makan kat Kopitiam kan.. minuman wajib mestilah white coffe. First time minum Ipoh white coffee. Serius wehhh Ipoh white coffee nie sedap. Rasa nak order lagi secawan je. 
  
Berbanding dengan satu lagi kopitiam yang aku selalu pergi, Pak Li Kopitiam menawarkan menu dengan harga yang lebih murah. Semangkuk asam laksa di Pak Li Kopitiam baru RM5.20 berbanding di Old Town RM7.90. Cuma di Old Town mangkuk dan portionnya lebih besar sikit rasanya.

Ipoh white coffee (hot) pun baru RM1.20 secawan berbanding Old Town RM3.00++ (harga sebenar tak ingat)


Yang istimewanya Pak Li Kopitiam nie, mereka ada bukak membership. Hanya bayar RM10 untuk keahlian seumur hidup. Dengan privilege card nie, kita boleh collect point setiap kali kita makan/minum di sini. Point yang terkumpul tue kemudiannya boleh digunakan untuk bayar apa yang kita makan. 

Service kat sini okay, cepat pun cepat. Persekitaran pun okay. Dah nama pun kopitiam kan, so interior design pun style macam kedai kopi cina la. Yang tue aku takde hal cuma agak terganggu sikit dengan lighting dia yang agak over dim.  

Location:
Pak Li Kopitiam 
Ole Ole Shopping Centre
No 7, Jalan Pinang A 18/A,
Seksyen 18, 40200 Shah Alam

Opening hours:
Sun to Thu - 10am to 1am
Fri, Sat & PH eve - 10am to 2am  

please click to enlarge



p/s: sape-sape nak makan kat Pak Li Kopitiam ajak aku tau...  ;p







March 5, 2011

|JJCM| Asam Pedas Bangi, Sek. 15 Shah Alam

 ...
xoxo
...


Ohaiyokkkkkkkkkkkk... 
Selamat pagi sabtu. Senyap sunyi je tempat kerja aku nie sebab production OFF. Ohya..semalam aku dengan cik admin pergi serbu makan tengah hari di kedai makan baru dekat seksyen 15 Shah Alam. 

Alaaa..dekat dengan roundabout yang nak ke pusat bandaraya Shah Alam tue (bulatan selangor). Nama kedai nie ASAM PEDAS BANGI. tapi takdelah kami ke Bangi. Nama kedai je. Tapi masaknya kat kedai  seksyen 15 tue jugak aku rasa.
 
 ASAM PEDAS BANGI

Gambar nie aku cilok dari google. semalam tak dan nak snap tengah panas rembang. Gambar nie kedai yang dekat area Bangi la kot.

Dah nama kedai pun ASAM PEDAS BANGI kan.. so specialization dia mestilah tang asam pedas. Semalam ada 4 jenis ikan masak asam pedas yang berbeza. Ada ikan kembung, ikan tenggiri, ikan terubuk dan ikan merah.


Dengan gigih woo aku makan ikan terubuk asam pedas nie. Tulang ikan terubuk nie standard la haluuus je.. hehe banyak lak tue.  Tapi licin aku makan tau. Tinggal tulang je. Kira boleh tahan sedap la kan.. 

Walaupun Cik Admin kata mak dia masak lagi sedap (semua mak masak sedap kan, so mak tak leh masuk  dalam list untuk dibandingkan), aku rasa berbaloi la pergi makan asam pedas kat sini. Lagi sedap dari aku masak sebab aku memang tak reti masak asam pedas. Ada je yang kureng. 

Seketul ikan terubuk asam pedas bahagian ekor nie harganya RM7.90. Macam mahal sketla tapi besar gak portion ikan aku nie. Aku makan sorang nie takde share dengan sape-sape pun. hehe

Aku makan asam pedas ikan terubuk bertemankan satu senduk nasi dan satu senduk sayur kacang buncis dimasak air bersama lobak merah yang berharga RM1.50.

Cik Admin lak makan nasi putih bersama sayur peria dan ikan merah asam pedas. Dia punya ikan merah asam pedas pun lebih kurang sama besar dengan ikan aku. Harga pun RM7.90 seketul.


Lokasi: Seksyen 15 Shah Alam

peta kalau tak nampak, sila klik untuk besarkan ye






March 3, 2011

|JJCM| Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

...
xoxo
...

Salam.. Moshi-moshi.. Dah breakfast? Aku sudah selamat makan cereal dan susu. whoaaa.. berkhasiat kan? Pagi-pagi nie sebelum attend meeting pukul 930, kita layan cerita jalan-jalan cari makan semalam ek.

Macam lama lak tak update blog. Dah kata pekerja berdedikasi kan, haruslah bizi...

Lunch semalam makan dekat Restoran Makanan Cina Muslim seksyen 15 Shah Alam. Restoran baru buka. Namanya Restoran Mohd Chan. Gaji belum masuk dah gatal nak makan kat restoran. hihihihi  Dengan siapa? Haruslah dengan geng perut PBP.

Ingat budak-budak AF je ada tagline? Restoran nie ada tagline tau. 'Hidangan Makanan Cina yang Sedap'.
haaa..see..
Kat sini ada macam-macam pilihan menu. Set nasi, noodles, ikan siakap pelbagai jenis masakan etc etc.. Dim sum and shark fin pun ada. Shark fin dia satu mangkuk kecik RM20.

Since aku dengan geng perut nie kira baru lagi la kan..so macam segan-segan daun semalu la sket nak snap gambar makanan. huhuhu Nampak cam poyos sangat la pulak.

Kuey teow Kantonis
Okaylah. Sekarang cerita apa yang kami makan ek. Aku makan kuey teow kantonis. Maybe sebab aku prefer tengok drama kantonis compared to drama Mandarin kot..hahaha  Sila jangan percaya. Aku tipu. Kat sini takde pun kuey teow mandarin cuma ada kuey teow kantonis. Kuey teow Hokkien pun takde.

Kuey teownya sangat banyak penuh satu pinggan. Sesuai la kot dengan harganya. Kuahnya sedap sebab tue aku cuma berjaya keringkan kuahnya. Isi kuey teow tak mampu aku nak habiskan. Maklumlah kapasiti perut cuma 1GB.


Minuman lak aku order Ribena Laici. Amacam?? Ada kelas tak?? 

Sapien dua orang lagi order Nasi Itik gantung. haha Nie pun tipu. Itik diorang tak digantung pun.Itik dah siap masak letak dalam pinggan. Sekali tengok tak ubah macam nasi ayam. Ada sos dan juga kuah sup. Tapi seriously, rasa itik memang lain sangat dengan rasa ayam. Dah nama pun berbeza, rasa pun beza la kan. Daging itk nie macam liat-liat sikit. Hmm..sedap lagi daging ayam rasanya....Nie tekak aku la, tekak orang lain tak sama.


Sesiapa yang nak nasi itik tapi nak itik tue bahagian peha, kena tambah extra RM1.50 yerr.  Oh ya.. super sapien minum teh cina - 8 kupang je. Sapien satu lagi minum air limau asam noi. Masam tak hengat.. Dah kata limau kan, pastue tambah lak asam boi kan..

Cik admin pulak makan Mee Hokkien. Air pilihan beliau adalah air kedondong asam boi. Nie pun sama, masam tak hengat dunia. Air aku gak best dengan tekak aku.

Err..lupa lak. Ada satu lagi perut daa.. Dia tak makan pelik-pelik. Dia cuma makan menu yang normal dan kedengaran biasa kita dengar. Menu pilihan beliau adalah nasi goreng thai. Tapi tak macam Nasi goreng dari Thai pun. Che din nie kata nasi dia macam nasi bangla sebab banyak sangat tabur bawang besar kat atas nasi.

Menu:
Kuey teow kantonis RM6.50
Mee Hokkien RM7
Nasi itik RM6.50
Nasi goreng thai RM7
Dim Sum ayam (3 ketul) RM3.80
Teh cina RM0.80
Ribena Laici RM 4.5
Jus laici RM2.5
Air limau asam boi RM3
Air kedondong asam boi RM3

Rating:
Makanan: 3/5
Layanan 4/5
Persekitaran: berhawa dingin tapi tak rasa sangat pun aircond. Ada tandas dan surau disediakan


Lokasi:
Jln Utas B 15/B,
Seksyen 15, 40000
Shah Alam, Selangor
(berdekatan Ambank)















January 27, 2011

|JJCM| Restoran Ikan Bakar Seksyen 25, Shah Alam

 ...
Yeayy...!! Hari nie 6 org geng perut PFEM pergi lunch dekat Restoran Ikan Bakar di Seksyen 25 Shah Alam. Waaah..ramainya orang. Actually, diorang dah pergi semalam tapi sebab aku ada keje tak dapek la join sekali. Aku makan cucur sayur 3 ketul je wehh.. Arini supaya aku tak merajuk sebab kena tinggal semalam, diorang pun pergi makan sekali lagi kat restoran nie.

Pilihan lauk pauk memang banyak. Macam-macam ada. Sotong, udang, kerang, siput sedut, lala, ikan pelbagai jenis masakan, ayam etc etc. Ulam-ulam pun banyak. Ulam jantung pisang pun ada koo.. kot-kot sape yang tak pernah makan hati berulam jantung tue, boleh la try.

Aku tak minat jantung pisang. Jantung hati okay... hahahahha Sedap la kot jantung pisang cicah sambal belacan. Dah dua hari member technician aku nie berulam kan jantung.

Ikan bakar dia memang berasap dari dapur. Kalau ko amek tapi ikan tue dah tak panas, boleh request kat pekerja kat situ tolong panaskan kejap. Baru massyuuuk nak makan. Takdela macam sesetengah tempat, ikan bakar sejuk bedi je.. 

Err..orang yang gatal mintak panaskan balik ikan tue aku la.. hehehe Orang lain tak nampak pulak. Tapi budak tadi okay je bila mintak tolong panaskan sikit.

Kat sini ada pelbagai pilihan ikan bakar. Ada ikan pari, ikan kembung, ikan jaket, ikan keli. Kalau tak nak ikan bakar, ayam bakar pun ada.

Harga pun boleh tahan. Takdelah mahal macam rasa nak naik darah tinggi lepas tengok bil. Aku makan nasi separuh, sayur pegaga seikat, ulam raja seikat, kacang botol, kacang panjang, tempe masak pedas & ikan kembung bakar + air suam = RM6.50


Burrpp... alhamdulillah


Lokasi: Restoran Ikan Bakar,
            Jalan Merdu 25/119,
            Taman Sri Muda,Seksyen 25,
            40000 Shah Alam,Selangor



Related Posts with Thumbnails