Pages

Ads 468x60px

.

Labels

January 27, 2011

|JJCM| Restoran Ikan Bakar Seksyen 25, Shah Alam

 ...
Yeayy...!! Hari nie 6 org geng perut PFEM pergi lunch dekat Restoran Ikan Bakar di Seksyen 25 Shah Alam. Waaah..ramainya orang. Actually, diorang dah pergi semalam tapi sebab aku ada keje tak dapek la join sekali. Aku makan cucur sayur 3 ketul je wehh.. Arini supaya aku tak merajuk sebab kena tinggal semalam, diorang pun pergi makan sekali lagi kat restoran nie.

Pilihan lauk pauk memang banyak. Macam-macam ada. Sotong, udang, kerang, siput sedut, lala, ikan pelbagai jenis masakan, ayam etc etc. Ulam-ulam pun banyak. Ulam jantung pisang pun ada koo.. kot-kot sape yang tak pernah makan hati berulam jantung tue, boleh la try.

Aku tak minat jantung pisang. Jantung hati okay... hahahahha Sedap la kot jantung pisang cicah sambal belacan. Dah dua hari member technician aku nie berulam kan jantung.

Ikan bakar dia memang berasap dari dapur. Kalau ko amek tapi ikan tue dah tak panas, boleh request kat pekerja kat situ tolong panaskan kejap. Baru massyuuuk nak makan. Takdela macam sesetengah tempat, ikan bakar sejuk bedi je.. 

Err..orang yang gatal mintak panaskan balik ikan tue aku la.. hehehe Orang lain tak nampak pulak. Tapi budak tadi okay je bila mintak tolong panaskan sikit.

Kat sini ada pelbagai pilihan ikan bakar. Ada ikan pari, ikan kembung, ikan jaket, ikan keli. Kalau tak nak ikan bakar, ayam bakar pun ada.

Harga pun boleh tahan. Takdelah mahal macam rasa nak naik darah tinggi lepas tengok bil. Aku makan nasi separuh, sayur pegaga seikat, ulam raja seikat, kacang botol, kacang panjang, tempe masak pedas & ikan kembung bakar + air suam = RM6.50


Burrpp... alhamdulillah


Lokasi: Restoran Ikan Bakar,
            Jalan Merdu 25/119,
            Taman Sri Muda,Seksyen 25,
            40000 Shah Alam,Selangor



1 comment:

mama_iris said...

tolon lukiskan aku direstion nya buleh.....saje takmo google...saje nak manja2 ngan ko...hehhehe

Related Posts with Thumbnails