...
Assalamualaikum... cewahh..sopan sungguh daku hari ini. Dah lunch???
Bayangkan ikan bakar yang baru dimasak. Daging ikan yang manis dan segar dilapik dengan daun. Dimasak sempurna untuk dimakan bersama kuah sambal mahupun air asam cicah. Aduuhh…memang wajib kecur liur melihatnya.
Memang susah nak cari ikan bakar yang sedap dan menepati selera tekak. Ada banyak kedai makan yang menjual ikan bakar tapi nak mencari yang sedap memang susah.
Kadang-kala nampak je sedap tapi bila dah dirasa, ada sahaja yang tak kena. Ikan sudah tak terasa manisnya mungkin kerana ikan yang digunakan sudah disimpan terlalu lama.
Ada masanya pula ikan tak dimasak dengan sempurna. Lebih menghampakan apabila ikan bakar tersebut tidak dibersihkan dengan sempurna. Bayangkan tengah sedap menjamu selera, tiba-tiba terjumpa sisa dalam perut ikan. Memang mematikan selera makan sungguhlah jawabnya.
Namun, di Restoran Ikan Bakar ini, ikan bakar di sini boleh dikatakan menghampiri 100% sempurna. Ikan dibakar dengan sempurna. Masak tetapi rupa luarannya masih cantik dan tidak hangus. Isinya juga masih terasa manisnya seperti ikan yang segar
Tidak lengkap jika ikan bakar tidak dihidangkan bersama sambal ataupun air asam cicah. Di sini, ikan yang dibakar dialas dengan daun kemudian ditaburi dengan hirisan bawang dan disirami dengan sambal cili. Air asam cicah d sini juga sedap. Memang menjilat jari.
Di sini, ikan bakar dimasak di hadapan restoran. Jadi, sekiranya ada ikan yang sudah agak tidak berapa panas, pengunjung dengan senang hati boleh meminta pekerja di situ memanaskannya kembali.
Antara jenis ikan bakar yang ada di Restoran Ikan Bakar Seksyen 25 Shah Alam ialah ikan kembung, pari, cencaru dan juga ikan keli. Selain ikan bakar, pengunjung juga boleh mendapatkan ayam goreng dan gulai kawah kambing, lembu dan juga ayam.
Restoran ini juga menyediakan pelbagai jenis lauk-pauk hidangan makanan tengah hari. Ada lebih dari 20 jenis lauk dan pelbagai jenis sayuran dan ulam-ulaman disediakan untuk pengunjung yang datang.
Setiap hari pada waktu tengah hari, restoran ini pasti menjadi tumpuan orang ramai. Tambahan pula kawasan ini berhampiran dengan kawasan perindustrian yang ramai dengan pekerja industri.
Pekerja di sini cekap dan ramah dengan para pengunjung. Kebersihan juga ditahap yang memuaskan. Persekitaran restoran walaupun tidak terlalu besar tapi masih boleh dianggap selesa. Harga yang dikenakan juga amatlah berpatutan dan sesuai dengan kebanyakan pengunjung yang berpendapatan sederhana. Bak kata teman sekerja ‘Makan ikan bakar setiap hari pun tak mengapa. Memang sedap dan berbaloi-baloi’.
Lokasi: Restoran Ikan Bakar,
Jalan Merdu 25/119,
Taman Sri Muda,Seksyen 25,
40000 Shah Alam,Selangor
Sebenarnya artikel nie copy paste dari artikel yang aku hantar ke Selangorlicious.my. =)

