Pages

Ads 468x60px

.

Labels

March 3, 2011

|JJCM| Restoran Cina Muslim Mohd Chan Abdullah

...
xoxo
...

Salam.. Moshi-moshi.. Dah breakfast? Aku sudah selamat makan cereal dan susu. whoaaa.. berkhasiat kan? Pagi-pagi nie sebelum attend meeting pukul 930, kita layan cerita jalan-jalan cari makan semalam ek.

Macam lama lak tak update blog. Dah kata pekerja berdedikasi kan, haruslah bizi...

Lunch semalam makan dekat Restoran Makanan Cina Muslim seksyen 15 Shah Alam. Restoran baru buka. Namanya Restoran Mohd Chan. Gaji belum masuk dah gatal nak makan kat restoran. hihihihi  Dengan siapa? Haruslah dengan geng perut PBP.

Ingat budak-budak AF je ada tagline? Restoran nie ada tagline tau. 'Hidangan Makanan Cina yang Sedap'.
haaa..see..
Kat sini ada macam-macam pilihan menu. Set nasi, noodles, ikan siakap pelbagai jenis masakan etc etc.. Dim sum and shark fin pun ada. Shark fin dia satu mangkuk kecik RM20.

Since aku dengan geng perut nie kira baru lagi la kan..so macam segan-segan daun semalu la sket nak snap gambar makanan. huhuhu Nampak cam poyos sangat la pulak.

Kuey teow Kantonis
Okaylah. Sekarang cerita apa yang kami makan ek. Aku makan kuey teow kantonis. Maybe sebab aku prefer tengok drama kantonis compared to drama Mandarin kot..hahaha  Sila jangan percaya. Aku tipu. Kat sini takde pun kuey teow mandarin cuma ada kuey teow kantonis. Kuey teow Hokkien pun takde.

Kuey teownya sangat banyak penuh satu pinggan. Sesuai la kot dengan harganya. Kuahnya sedap sebab tue aku cuma berjaya keringkan kuahnya. Isi kuey teow tak mampu aku nak habiskan. Maklumlah kapasiti perut cuma 1GB.


Minuman lak aku order Ribena Laici. Amacam?? Ada kelas tak?? 

Sapien dua orang lagi order Nasi Itik gantung. haha Nie pun tipu. Itik diorang tak digantung pun.Itik dah siap masak letak dalam pinggan. Sekali tengok tak ubah macam nasi ayam. Ada sos dan juga kuah sup. Tapi seriously, rasa itik memang lain sangat dengan rasa ayam. Dah nama pun berbeza, rasa pun beza la kan. Daging itk nie macam liat-liat sikit. Hmm..sedap lagi daging ayam rasanya....Nie tekak aku la, tekak orang lain tak sama.


Sesiapa yang nak nasi itik tapi nak itik tue bahagian peha, kena tambah extra RM1.50 yerr.  Oh ya.. super sapien minum teh cina - 8 kupang je. Sapien satu lagi minum air limau asam noi. Masam tak hengat.. Dah kata limau kan, pastue tambah lak asam boi kan..

Cik admin pulak makan Mee Hokkien. Air pilihan beliau adalah air kedondong asam boi. Nie pun sama, masam tak hengat dunia. Air aku gak best dengan tekak aku.

Err..lupa lak. Ada satu lagi perut daa.. Dia tak makan pelik-pelik. Dia cuma makan menu yang normal dan kedengaran biasa kita dengar. Menu pilihan beliau adalah nasi goreng thai. Tapi tak macam Nasi goreng dari Thai pun. Che din nie kata nasi dia macam nasi bangla sebab banyak sangat tabur bawang besar kat atas nasi.

Menu:
Kuey teow kantonis RM6.50
Mee Hokkien RM7
Nasi itik RM6.50
Nasi goreng thai RM7
Dim Sum ayam (3 ketul) RM3.80
Teh cina RM0.80
Ribena Laici RM 4.5
Jus laici RM2.5
Air limau asam boi RM3
Air kedondong asam boi RM3

Rating:
Makanan: 3/5
Layanan 4/5
Persekitaran: berhawa dingin tapi tak rasa sangat pun aircond. Ada tandas dan surau disediakan


Lokasi:
Jln Utas B 15/B,
Seksyen 15, 40000
Shah Alam, Selangor
(berdekatan Ambank)















2 comments:

Unknown said...

hahhahaha... lets try another restaurant today... Restaurant Asam Pedas.. lets go ;p

aurikelsan said...

ok, no prob

Related Posts with Thumbnails